MISS MARIA | Jubah dan Blouse Muslimah Fesyen Terkini

Dengan perkembangan fesyen muslimah yang semakin mendapat perhatian pada masa kini, terdapat banyak pilihan yang terdapat di pasaran tidak kiralah dari segi warna, corak, gaya potongan, jenis fabrik dan sebagainya.  Muslimah kini lebih pandai menggayakan busana yang dipakai agar masih kelihatan sopan dan bertepatan dengan kehendak syariah, ianya mestilah labuh, longgar dan menutup aurat dengan sempurna.

 Bagi mereka yang meminati fesyen boleh lah mencuci mata di MISS MARIA
Memperkenalkan produk terlaris mereka iaitu ANDRA blouse & THEA Jubah.
 
 Aurat terjaga, cantik bergaya dengan ANDRA blouse dari Miss Maria.
   Kakak cantik nak kemana tu? 

Warna, design dan material yang dikeluarkan oleh Miss Maria merupakan keutamaan mereka dan 'up to date' supaya tidak ketinggalan. Merekah juga mementingkan kualiti dan semua pakaian kami patuh syariah 'LABUH & LONGGAR'

Sesetengah orang mungkin agak sedikit skeptikal untuk membeli pakaian online maklumlah kadang-kadang baju yang dibeli "indah khabar dari rupa".  Mementingkan keselesaan dan kepuasan hati pelanggan, baju keluaran Miss Maria juga sangat di jaga dari segi kualiti jahitan dan kemasan bagi setiap helai baju mereka. 

Apa yang menariknya, setiap design keluaran MISS MARIA ialah breastfeeding friendly (yeayyy to all mummies out there!), wudhuk friendly dan juga design yang mengikut kehendak dan permintaan terkini. Senang cerita, MISS MARIA faham sangat apa kehendak korang semua tu.

Contohnya THEA jubah yang dibawah ini:
 
* Ada 2 poket Sisi untuk menyimpan barangan
* Material kain yang tebal dan berkualiti
 *Jubah yang tidak mengikut potongan badan dan longgar.

Bukankah itu yang kita mahukan?. 
 Salam Sayang dari MISS MARIA.

Facebook: Miss Maria
instagram : Miss Maria Official

Review | Marilah Cantik Bersama Oles Skincare

Sejak kebelakangan ini, boleh dikatakan terdapat banyak jenis dan jenama produk kecantikan yang terdapat di pasaran.Walaupun kebanyakannya mempunyai fokus yang lebih kurang sama: menghilangkan jerawat, mencerahkan kulit, menghilangkan parut, menegangkan kulit wajah, mengurangkan bintik hitam, melembabkan kulit dan lain-lain namun permintaan terhadap produk kecantikan sangat lah tinggi. No wonder pengasas produk kecantikan ramai yang jadi jutawan. I is Very Jealous :P 

Bagi mereka yang inginkan produk kecantikan yang mampu menyelesaikan masalah kulit yang dihadapi tetapi mementingkan tahap keselamatan dan jaminan kualiti produk boleh lah mencuba Oles Skincare. 


Kelebihan produk Oles Skincare yang diperkenalkan oleh syarikat Radius Beauty ialah ianya bukan
produk repakaging, rebranding dan juga 100% bebas dari Mercury, Paraben, SLS dan sebagainya.
Secara kesimpulan Oles Skincare ialah sebuah produk yang dijamin selamat dan menggunakan bahan- bahan yang Halal.  

DIY | Bunga Hiasan di dalam Kotak


Bunga Hiasan di dalam Kotak

Dah lama tak ber-DIY. Kali ini aku nak tunjuk cara-cara membuat bunga hiasan di dalam kotak. Idea asal bagi bunga hiasan ini aku tengok di Pinterest. Bagi mereka yang memang gemarkan DIY Pinterest memang terbaik untuk dijadikan rujukan. Memandangkan aku suka sesuatu yang mudah, cepat dan ringkas maka aku ubah suai sikit dari konsep asal. Tak kisahlah yang penting hasilnya cantik di pandang :). Terpulang kepada citarasa masing-masing bunga ini boleh dijadikan hiasan di meja televisyen, meja makan (as a centerpiece) ataupun di atas pelamin.

Review | Executive Suite, Hotel Grand Bluewave [Johor Bahru]

Pengalaman Menginap di Hotel Grand Bluewave, Johor Bahru | Merupakan hotel 4 bintang dan terletak di tengah bandar Johor Bahru, hotel ini menawarkan pengalaman penginapan yang menyenangkan dan tentu nya keselesaan yang di idamkan oleh setiap pengunjung. Paling seronok, kita boleh melihat jambatan antara Johor dan Singapura melalui tingkap hotel. 

Bilik yang diberikan kepada aku ketika itu ialah Executive suite. Terdapat 2 pilihan iaitu sea view dan city view malah ada diantaranya yang mempunyai balkoni. Bilik aku? Balkoni Non Hado cuma sea view aje. Pendapat aku ialah bilik yang sangat luas, susunan perabut yang kemas dan selesa. Siap ada lounger area dengan sofa, coffee table dengan TV. Dapur untuk masak-masak pon ada jugak. Kira complete package lah kalau ambil executive suite nih.