Pengalaman Menginap di Hotel Grand Bluewave, Johor Bahru | Merupakan hotel 4 bintang dan terletak di tengah bandar Johor Bahru, hotel ini menawarkan pengalaman penginapan yang menyenangkan dan tentu nya keselesaan yang di idamkan oleh setiap pengunjung. Paling seronok, kita boleh melihat jambatan antara Johor dan Singapura melalui tingkap hotel.
Bilik yang diberikan kepada aku ketika itu ialah Executive suite. Terdapat 2 pilihan iaitu sea view dan city view malah ada diantaranya yang mempunyai balkoni. Bilik aku? Balkoni Non Hado cuma sea view aje. Pendapat aku ialah bilik yang sangat luas, susunan perabut yang kemas dan selesa. Siap ada lounger area dengan sofa, coffee table dengan TV. Dapur untuk masak-masak pon ada jugak. Kira complete package lah kalau ambil executive suite nih.
