Cantik
tak bunga kat atas tu?. Sebenarnya cara nak buat sangatlah mudah dan
menjimatkan. Bunga Kertas (pompom flower) sangat sesuai untuk digunakan
untuk backdrop pelamin, hiasan meja makan dan sebagainya.
Sebelum mulakan dengan proses membuat bunga kertas, mari kita tengok apa bahan yang diperlukan:
1.Kertas Crepe / Tissue Paper
2. Dawai Halus
3. Gunting
Cara-cara untuk membuat bunga kertas bersaiz besar :
1.
Lapis beberapa keping kertas crepe (8 -10 keping). Lagi tebal lagi
cantik, especially untuk bunga yang bersaiz besar. Dari segi warna
boleh pilih mengikut tema majlis korang, contohnya aku menggunakan warna
pink+ grey. Kalau nak lebih ceria boleh menggunakan banyak jenis warna
macam pelangi. Meriah uolls.
2.
Lipat macam membentuk kipas dengan ukuran lebih kurang seinci untuk
lebar. Di bahagian tengah, ikat dawai dengan ketat supaya ia tidak
terbuka apabila proses untuk menarik kelopak bunga nanti.
Rujuk gambar dibawah.
3.
Gunting bahagian hujung lipatan seperti di dalam gambar untuk membentu
kelopak yang diingiini. Boleh juga kalau nak potong bucu yang tajam.
macam ni " > " . Yang dalam gambar aku potong tu macam ni " ) " .4. Ini adalah bahagian yang paling menarik dimana kita akan mula menarik satu persatu kelopak tersebut bagi membentuk bunga. Haruslah berhati-hati sebab takut nanti terkoyak pulak. Kan dah tak cantik. :'( .
Caranya ialah dengan menarik setiap bucu kertas tersebut dan tarik kearah dalam (kearah dawai di bahagian tengah). Perlukan sikit kesabaran bagi yang mencuba buat pertama kali.
5. Ulangi langkah yang sama untuk kelopak yang sebelah lagi tu.
TIPS : Jika menggunakan kertas tisu (tissue paper) kertas nya lebih nipis dan mudah terkoyak. Jadi korang perlu sangat berhati-hati. Bagi yang baru nak bermula boleh mengunakan kertas crepe. Harga diantara 50 - 70 sen sekeping.
Pastikan saiz kelopak mampu membentuk kipas. (hujung bertemu hujung). Sebab kalau tak, nanti bunga tu akan jadi seolah-olah terkangkang. :( Itu maksudnya korang gagal dan kena cuba lagi.
Boleh
buat pelbagai jenis saiz dan warna agar nampak lebih meriah. Kemudian
gantung pada kain backdrop atau letak di bahagian tepi pelamin. Dah siap
1 lagi idea DIY untuk pelamin / hiasan rumah. :)
Selamat Mencuba. Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah. InsyaAllah aku akan menjawap sehabis baik.
cantik!
ReplyDeleteboleh try buat nnti ni
sng! terjah blog liza je :)
wahh...cantik..dulu waktu nak tunang gigih buat bunga ni banyak-banyak untuk hias hantaran..
ReplyDeleteCantekknyaa! Akak suka tgk combination warna dia :)
ReplyDeletetgk mcm snng..tp klau buat xtau la jd ke x...eheh
ReplyDeleteyui buat tak kmbg jdnya.. hahaha,,
ReplyDeleteWow... meriahnya bunga tu... cantik..
ReplyDeletecantik..tp tgn sy keras..confirm xkan jd cantik cmnie..hehe
ReplyDeletenice,, comel warna tu bila gabung
ReplyDeleteTenkiu Farra :)
Deleteorg yg kreatif buat apa pun menjadi kan
ReplyDeletesis suria pandai mengarang :) suka baca entry akak.. tenkiu salu singgah sini .
DeleteDIY sendiri benda benda macam nie memang menjimatkan...hehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
haha.. nanti time lan boleh mntak liza tolong :)
DeleteEee...cantiknyaaaa...suka...tak tahu pulak boleh buat macam ni...heeee..
ReplyDeletekena rajin cuba dear :) insyaAllah menjadi. modal pun tak tinggi sangat
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteassalamualaikum...sy nk mintak izin ambik step bunya ni utk contoh d.i.y dlm presentation ye..
ReplyDeleteTissues paper tu kertas wau ke.. Sy cari tak jumpa..
ReplyDeleteSalam :) tissue paper ni kertas jenis nipis tu. Tak pum boleh guna crepe paper.
DeleteSelalunya ada jual dekat kedai craft, kedai buku yang besar atau kedai barangan pengantin.
Crepe paper harga antara 50-70 sen sekeping.
sekeping tue size a4 ke?
ReplyDeleteNak sewa pelamin Mini DIY. RM180.
ReplyDeleteatau nak sewa asing2.. carpet bulu,stage dan jet set dan lain2 barang
boleh semak FB iris bakery cupcake.
Ksyam 0166026253
DIY with ur creativiti.
cantik
ReplyDeleteTerima kasih sis!!!! What a nice dan affordable idea to decorate pelamin. really gonna use this method to cut cost. i kene hias pelamin abang ai kawin nanti. huhhu peace
ReplyDeleteTq sis..akak tgh cari idea nak diy backdrop utk majlis kawen adik bongsu....thanks a lot
ReplyDeleteTq sis..akak tgh cari idea nak diy backdrop utk majlis kawen adik bongsu....thanks a lot
ReplyDeletesama-sama.. selamat mencuba ye. :) boleh jimat kos jugak kalau buat macam ni
ReplyDeletelich..
ReplyDeleteI was searching for DIY paper craft, and here I am, landed at your creative land of idea.
hihi
love you fren =D