Showing posts with label cara buat bunga. Show all posts

DIY | Bunga Hiasan di dalam Kotak


Bunga Hiasan di dalam Kotak

Dah lama tak ber-DIY. Kali ini aku nak tunjuk cara-cara membuat bunga hiasan di dalam kotak. Idea asal bagi bunga hiasan ini aku tengok di Pinterest. Bagi mereka yang memang gemarkan DIY Pinterest memang terbaik untuk dijadikan rujukan. Memandangkan aku suka sesuatu yang mudah, cepat dan ringkas maka aku ubah suai sikit dari konsep asal. Tak kisahlah yang penting hasilnya cantik di pandang :). Terpulang kepada citarasa masing-masing bunga ini boleh dijadikan hiasan di meja televisyen, meja makan (as a centerpiece) ataupun di atas pelamin.

DIY | Bunga Hiasan Pelamin {Tema : Ungu + Putih}

DIY | Bunga Hiasan Pelamin / Hiasan Rumah
 [Tema : Ungu + Putih ]

Just how much I love being surrounded myself with flowers, I also love creating and arranging them. If I don't have anything else to do in this world i would rather become a florist. Alasannya mudah, sebab bunga boleh membuatkan seseorang yang sedang berduka menjadi gembira. Bunga juga dijadikan sebagai tanda cinta, bilangan kuntum juga membawa satu petanda.

Bagi mereka yang sukakan konsep DIY (do it yourself), bunga hiasan ini adalah sesuatu yang wajib untuk dicuba disamping dapat menjimatkan wang daripada menyewa bunga hiasan untuk pelamin. You can also add your own personal touch to your precious day. Lepas hari bahagia, boleh guna pulak untuk hias rumah. Lets create something beautiful, jom!.

Bahan- bahan yang diperlukan :
 1) Bunga Carnation warna putih
2) Pucuk Bunga warna putih
3) Bunga Hydrangea warna ungu
4) Pasu Bersaiz Kecil
5) Cutter / Pemotong
6) Gabus
Bunga Hydrangea
Pucuk Bunga
Bunga Carnation Pasu Bunga 

________________________________________

Ini adalah cara menggubah bunga hiasan yang paling asas dan mudah. Tak perlu menggunakan tapi hijau dan lidi untuk memanjangkan bunga apabila hendak dicucuk di dalam pasu sebab kita cuma  menggunakan pasu bersaiz kecil. Sila pastikan cutter yang digunakan tajam, dan potong di bahagian paling hujung jambangan.

Cara-cara membuat Bunga Hiasan Pelamin/ Hiasan Rumah

1. Potong setiap kelopak bunga dengan menggunakan cutter/pemotong dan letakkan di tepi.

2. Ukur saiz gabus dan potong mengikut bentuk pasu. Gabus yang dipotong hendaklah muat-muat dengan pasu tersebut supaya bunga terletak kukuh dan tidak senget atau tumbang.

3. Mulakan dengan mencucuk bunga carnation dibahagian tengah. Tandakan 5 point seperti bucu bintang supaya nampak lebih seimbang. Untuk bahagian tengah jambangan, biarkan bunga carnation lebih tinggi dari yang lain. Tujuanya supaya jambangan yang telah siap tidak nampak seperti penyek. (maaf tak ada gambar ketika sedang mencucuk) 

4. Kemudian, cucuk pula bunga hydrangea menggunakan kaedah yang sama diantara bunga carnation tersebut. Kalau perlu cucukkan bunga carnation dan hydrangea rapat-rapat supaya kelihatan cantik dan tidak berlopong. :)

5. Langkah terakhir ialah dengan mencucuk pucuk bunga berwarna putih. Pucuk bunga ini tidak perlu diletakkan banyak. Cukup sekadar memenuhi ruang yang ada. Ianya berfungsi sebagai hiasan tambahan.


Pandangan atas Bunga Hiasan Pelamin
Close up - Bunga Hiasan Pelamin

Selamat Mencuba. Sebarang persoalan boleh tanya kan di ruangan komen :)

DIY | Gubahan Bunga Untuk Hantaran

Bunga Hantaran 

Memandangkan aku seorang yang agak cerewet dan sukakan DIY masa tunang dan kahwin haritu semua hantaran aku buat sendiri. Terkial-kial jugaklah pada mulanya sebab tak tahu jenis dan konsep yang sesuai. Eventhough it was done last minute, Alhamdulillah it turned out very well. 

Ini adalah salah satu contoh bunga gubahan hantaran yang aku buat untuk dulang rantai tangan nikah dan duit mas kahwin.  Jenis bunga yang diperlukan ialah :
1. Bunga Pink (saiz kecil) |2. Bunga Lily (saiz besar) | 3. Bunga Ros (saiz sederhana)

Bahan lain yang diperlukan ialah : 
Pemotong dawai (untuk kerat bunga), Dawai Lilit Bunga, Gam Tape yang berwarna hijau , bakul / bekas untuk meletak bunga , Hot Glue Gun (optional)

Untuk pilihan bunga gunakan 3 jenis bunga yang berbeza manakala untuk warna seboleh-boleh nya hadkan kepada 2. Tema warna yang aku pilih ialah Pink + Putih. Terpulang kepada citarasa masing-masing  tapi apa sahaja warna yang digabung dengan putih tak pernah "go wrong" . Bagi peminat pastel, gabungan warna terang (solid) dan pastel juga sangat cantik. :) 

Cara untuk membuat bunga hantaran sangat lah mudah. Satukan ketiga-tiga jenis bunga tadi dan lilitkan dengan gam tape berwarna hijau. Tujuannya supaya bunga tadi membentuk jambangan kecil dan kemas. 
Boleh juga menggunakan hot glue gun atau pun dawai tapi hasilnya akan jadi comot (Aku guna dawai semasa buat hantaran tunang). Lessons learnt!. 
Boleh lihat didalam gambar, jambak bunga menggunakan gam tape berwarna hijau.
Kemas kan?

Jambak Pertama

 Jambak Kedua

 Bilangan jambak bergantung kepada saiz dulang/ bakul hantaran tersebut. Sekiranya perlu, buat lagi 1 jambak kecil menggunakan bunga kecil dan bunga sederhana. Langkah terakhir ialah satukan kesemua jambak tersebut dan letakkan di dalam bakul / dulang hantaran. 

Tadaaa... 
Gambar diatas ialah hasil bagi bunga hantaran yang telah siap.


Selamat Ber-DIY. dan Selamat Pengantin Baru Semua 

DIY : Cara Buat Bunga Comel dengan Felt


cara membuat bunga hiasan felt sangat lah senang, its not a rocket science. 
Bahan yang digunakan pun tak banyak, iaitu - kain felt, hotgun (pistol gam)/ UHU dan gunting. 

Jadi mari mulakan dengan contoh pertama. 

Bunga Felt 
 
Tekap atau lukis bentuk bulat dengan menggunakan pen diatas kain felt. 
diameter yang dicadangkan ialah 1 inci, semakin besar diameter semakin besar bentuk bunga hiasan itu nanti. Jadi kena pandai agak nak besar mana. 

Ambil sekeping felt tadi dan bentuk kan menjadi bucu 3 segi. (Seperti didalam gambar) letakkan gam di bahagian tengah supaya melekat. 

Kemudian ambil sekeping kain felt bentuk bulat tadi dan tampalkan felt yang telah dibentuk segi tiga. 
Susun dan lapiskan mengikut kreativiti korang. 

Dah siap. 

Kalau korang ada idea kretif boleh jugak dijadikan kerongsang. Caranya letakkan pin dibelakang dan gamkan dengan hot glue gun. 

******************************************

Kalau minat nak buat bunga dengan menggunaka felt aku ada cara yang mudah dan cepat. 

bahan yang diperlukan ialah kain felt, jarum dan benang untuk menjahit.

contoh kedua ini memerlukan sedikit masa sebab korang kena jahit kain felt untuk dijadikan bentuk kelopak bunga. 

bunga kemboja felt 
1. caranya ialah tekapkan contoh bentuk bunga kemboja diatas kain felt, kemudian potong mengikut bentuk bunga tersebut. 

2. Ambil jarum dan benang kemudian jahit belahan kelopak tersebut, mulakan dari hujung ke bahagian tengah kelopak bunga.

3. Jahit setiap kelopak dengan kemas macam dalam gambar. 

4. Hasilnya akan nampak macam dalam gambar.

ini adalah asas untuk buat bunga kemboja, boleh jugak kalau buat kelopak pelbagai saiz, kemudian lapis untuk membentuk bunga yang lebih sempurna dan cantik. Letakkan manik/mutiara di bahagian tengah kelopak bunga bagi mendapatkan hasil yang lebih cantik 


selamat mencuba.