[Gambar] Apabila Kucing Ambil Gambar Selfie.


Apakah maksud selfie
A selfie is a type of self-portrait photograph, typically taken with a hand-held digital camera or camera phone.


kalau orang selfie, dah salu tengok dah. 
Jadi aku cadang jom tengok kalau kucing pulak selfie, ada tak dia buat duck face? 


selalunya orang selfie untuk letak gambar kat fb. 

selfie bersama musuh, nak menganjing di kemudian hari.

yang ni pulak, mata sepet macam retis korea.. 

kasi lentok sikit, ni selfie daring dari miss meow.

kalau nak feeling retis, pose pakai spect. aww.. 

kucing yang pandai, dia tangkap guna efek fish eye. 





selfie? macam comel jeww.. 

[gambar] Kreativiti Ibu ketika Anak sedang Tidur



Karya kreatif ini dihasilkan oleh Sioin Queenie Liao yang merupakan seorang artis freelance menetap di California. 
Ibu kepada 3 orang anak ini suka melibatkan anak-anaknya di dalam hasil seni beliau.  

Gambar berikut ialah anak Queenie yang berusia 3 bulan -- Wengenn. 
Gambar- gambar ini diambil ketika anak nya sedang tidur. 

Sungguh kreatif. 





untuk melihat karya-karya Queniee, boleh lah lihat di Facebook beliau. 











p/s: siapa ada jual Catalyst -- Minyak Kelapa Dara?
Aku nak beli. Mohon diskaun. heee.. 

[ Resepi ] Ayam BBQ di Hujung Minggu

Hujung minggu ni sedap jugak kalau makan ayam bbq bersama keluarga. 
Apatah lagi kalau yang senang nak buat kan?.
Nah aku nak buat pahala kongsi resepi. heeee.

**** 
Bahan- bahan: 
-beberapa ketul ayam 
- Sos barbeque, aku rekemen guna sos BBQ Life. (5 sudu besar)
(please note that Master Foods does not have the halal logo, my bad!)
-Sos cili Life (3 sudu besar)
-Sos tiram Life (1 sudu teh)
-Madu Polleney (1 sudu teh)

Sukatan :
Gunakan formula 5:3:1
Kalau ayam banyak sila darabkan sukatan.

Bahan tambahan: 
sedikit serbuk Lada Sulah
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
halia


Cara- caranya:

1. Bersihkan ayam di dalam bekas. Masukkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
 2. Potong bahan tambahan, dan gaulkan bersama ayam dan campuran sos tadi.
3. Biarkan selama beberapa jam di dalam peti ais, (aku biarkan semalaman) lagi lama lagi bagus. 


Nyalakan api, dan bakar. 






**Nota :
-madu dan sos tiram tak de pun takpe.
-bahan tambahan tak de pun takpe.
-boleh ganti ayam dengan udang, daging, sotong, sosej, lain-lain
-tak semestinya bakar, nak goreng, panggang pon boleh
-Sebab tak de sos Life, aku beli Master Food tu, tak perasan tak de halal. Maaf semua Umat Islam. (nanti ada pulak marah aku cakap resepi tak halal) 







[Gambar] Sekurus, Secantik dan Sejelita Kate Middleton

Kate Middleton 
ketika keluar dari hospital setelah melahirkan putera beliau.

Walaupun baru melahirkan anak pada bulan julai yang lalu, Kate Middleton nampaknya telah berjaya mengembalikan bentuk badannya kepada asal, atau mungkin lebih hot dari sebelum ini.

Kate telah singgah di London's Olympic Park untuk bermain bola tampar. Beliau berada di sana untuk menunjukkan sokongan kepada program amal, SportsAid. Beliau juga merupakan penaung bagi program tersebut.

Ini adalah gambar terbaru beliau.

Kate kelihatan sangat cantik walaupun dengan hanya memakai blazer dan skinny jeans.
 Effortless yet very beauty. 

Perkara yang tentunya menarik perhatian ialah perut beliau. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, pastinya susah untuk mendapatkan perut yang rata (flat tummy)
 tetapi Kate mampu mendapatkan bentuk badan yang kurus dalam hanya 3 bulan.


Semestinya gambar ini mampu membuatkan para wanita lain jeles. 


haaa.. tengok tu... kau hado ? :)

Gambar | 5 makanan untuk otak yang cerdik



Terdapat 5 jenis makanan yang didapati mampu membuatkan otak seseorang menjadi  lebih sihat, cerdik dan cergas.  


1. Teh Hijau

Bukan sahaja merupakan sumber yang bagus untuk anti-oksidan tetapi juga mengandungi kafein. 
Kajian menunjukkan kafein meningkatkan fungsi kognitif, fokus dan tumpuan. Walaupun kopi dan coklat mempunyai anti -oksidan tapi mungkin tidak begitu tinggi berbanding teh hijau. 


2. Yougurt


Vitamin B12, sering dirujuk sebagai "vitamin memori," hanya didapati secara semula jadi dalam makanan haiwan. Makanan yang terlibat dalam fungsi saraf terdapat dalam yogurt, keju, salmon, udang, dan daging lembu.

3. Carrot

Selain baik untuk mata, carrot juga membantu mengeluarkan dan membebaskan bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter. Sistem saraf bergantung kepada neurotransmitter untuk menyampaikan mesej di dalam otak, seperti mengawal mood, kelaparan dan tidur.

4. Telur

Walaupun terdapat percanggahan mengenai kebaikan dan keburukan telur kepada kesihatan, namun untuk fungsi otak ia tidak boleh diabaikan. Choline yang terlibat dalam ingatan ditemui dalam telur, khususnya kuning telur.

5. Bayam

Makan bayam jadi kuat macam Popeye :) . Sayuran berdaun gelap contohnya Bayam merupakan salah satu makanan untuk kesihatan otak. Selain anti-oksidan sangat berfaedah kepada otak, ia juga memberi kuasa dari segi vitamin dan kandungan mineral kepada tubuh badan. 


seeloknya di seimbangkan semua makanan tersebut dan digalakkan makan makanan yang organik. 
Boleh lah di amalkan ye korang semua :) 





Tutorial Bergambar : Cara Mudah Meletakkan Instagram di Blogspot


Ikuti tutorial mudah yang telah aku sediakan untuk orang yang masih lagi tercari-cari cara meletakkan gambar-gambar instagram di Blogspot. 

Berpandukan gambar, sila turuti langkah yang telah aku screenshot. 

(sila klik gambar untuk pembesaran)


Untuk bahagian "Customize your Widget" aku pilih Grid,
untuk layout mulanya aku pilih 1 X 3, kemudian aku tukar kepada 2 X 2 . 
Hasilnya seperti dibawah :


kedudukan aku letak dibawah follower :


5 minit je dah boleh siap. 
Aku harap tutorial mudah ini dapat membantu korang semua. 

selamat mencuba



oh ya, username aku: liza_nora 

Gambar Pemilik Suara Siri untuk Iphone


Pastinya ramai orang pernah bercakap dengan Siri, iaitu sebuah applikasi "pembantu" bagi telefon pintar terkenal Iphone. Tapi pernahkah anda terbayang bagaimanakah rupa sebenar pemilik suara berkenaan?


Agak menarik untuk mengetahui siapakah pemilik suara Siri kerana sejak ia diperkenalkan identiti kepada pemilik suara tidak didedahkan. Tambahan lagi, Susan sendiri tidak mengetahui suara yang dirakamnya satu ketika dahulu bakal menjadi suara kepada Siri.    

Beliau ialah Susan Bennett, seorang pelakon suara veteran. Selain Siri, suara beliau juga dapat di dengari di lapangan terbang bagi Delta Airlines. 


Walaupun pihak Apple masih belum memberikan sebarang kenyataan, namun terdapat beberapa pakar yang mengesahkan bahawa suara Susan sama 100% dengan Siri. 


Bagi berita penuh, klik sini (CNN news.com)


 Tengok tu? Masih lagi tak nak mengaku.. haha.. 




p/s: Walaupun aku pengguna Samsung, 
aku lebih suka Iphone. teheee.. 

Video Berhenti Kerja yang sangat Awesome..

Assalamualaikum. 

Selalunya orang akan mengemukakan surat apabila hendak berhenti kerja, tetapi tidak kepada 
Marina Shifrin, beliau telah memilih cara yang lebih kreatif dengan membuat 1 video untuk menyatakan keinginan untuk berhenti kerja dari sebuah syarikat animasi. 

Video tersebut telah di upload di Youtube ditonton melebihi 12 juta kali (ketika entry ini ditulis).


Untuk menonton video tersebut, sila klik sini
Berikut adalah kata-kata beliau mengenai video tersebut.



 Marina kemudian dijemput untuk muncul di dalam rancangan bersama Queen Latifah, dan telah ditawarkan berkerja di dalam syarikat milik beliau. Tahniah!. 





p/s : pendapat anda?