Showing posts with label tips kesihatan badan. Show all posts

Gambar | 5 makanan untuk otak yang cerdik



Terdapat 5 jenis makanan yang didapati mampu membuatkan otak seseorang menjadi  lebih sihat, cerdik dan cergas.  


1. Teh Hijau

Bukan sahaja merupakan sumber yang bagus untuk anti-oksidan tetapi juga mengandungi kafein. 
Kajian menunjukkan kafein meningkatkan fungsi kognitif, fokus dan tumpuan. Walaupun kopi dan coklat mempunyai anti -oksidan tapi mungkin tidak begitu tinggi berbanding teh hijau. 


2. Yougurt


Vitamin B12, sering dirujuk sebagai "vitamin memori," hanya didapati secara semula jadi dalam makanan haiwan. Makanan yang terlibat dalam fungsi saraf terdapat dalam yogurt, keju, salmon, udang, dan daging lembu.

3. Carrot

Selain baik untuk mata, carrot juga membantu mengeluarkan dan membebaskan bahan kimia di dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter. Sistem saraf bergantung kepada neurotransmitter untuk menyampaikan mesej di dalam otak, seperti mengawal mood, kelaparan dan tidur.

4. Telur

Walaupun terdapat percanggahan mengenai kebaikan dan keburukan telur kepada kesihatan, namun untuk fungsi otak ia tidak boleh diabaikan. Choline yang terlibat dalam ingatan ditemui dalam telur, khususnya kuning telur.

5. Bayam

Makan bayam jadi kuat macam Popeye :) . Sayuran berdaun gelap contohnya Bayam merupakan salah satu makanan untuk kesihatan otak. Selain anti-oksidan sangat berfaedah kepada otak, ia juga memberi kuasa dari segi vitamin dan kandungan mineral kepada tubuh badan. 


seeloknya di seimbangkan semua makanan tersebut dan digalakkan makan makanan yang organik. 
Boleh lah di amalkan ye korang semua :) 





[Gambar] 5 Jenis Makanan Menambah Air di dalam Badan

Assalamualaikum..

Meminum air 8 gelas sehari adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Malah, 70% daripada kandungan badan kita adalah terdiri daripada air. 
 Tetapi tahukah anda bahawa didalam makanan yang kita makan juga mengandungi air?. Contoh terdekat, buah-buahan. 



1. Pisang
1 biji pisang = 105 ml air

2. Tembikai
1 cawan tembikai yang dipotong = 180ml air

3. Apple
1 biji epal = 130ml air

4. Yogurt
200g yogurt = 165ml air

5. Kacang panggang (baked beans)
100g kacang panggan = 75ml air


Bukan sahaja dengan meminum air secara terus, 
tetapi melalui makan juga kandungan air di dalam badan dapat ditambah. 


Untuk mengetahui 7 kepentingan air terhadap tubuh badan, boleh klik link ini.