resepi ~ Sexy Chicken Wings

assalamualaikum.. 
selamat datang ke rancangan masak memasak dengan chef licha.

resepi hari ni sangat mudah untuk disediakan dan yang penting,  Murah. 
sedap dan murah, itulah harapan aku tiap kali aku nak masak sesuatu.

tak perlu sembang panjang lebar.. Jadi mari kita lihat bahan2nya.

1. 6 ketul chicken wings 
2. sos barbeku Oriental Jenama Life (6-8 sudu besar)
3. kicap manis (1 sudu besar)
4. sos cili Life (2 sudu besar)

cara-caranya 

bersihkan ayam kemudian rebus dalam air mendidih selama beberapa minit. Jangan lama sangat nanti kepak masak terus.

ni rupa ayam selepas di rebus 

toskan ayam, letak sos barbeku, kicap manis dengan sos cili. gaulkan dan perap selama semalaman di dalam peti sejuk. 

selepas di perap semalaman keluarkan ayam. panaskan ketuhar pada suhu 200- 250 degree celcius. bakar ayam di dalam oven. dalam 15 minit kemudian terbalikkan. cucuk dengan garpu untuk test dah masak ke belum.

itu sahaja. bolehlah di hidang..


nyumm..


p/s:
1. boleh letak madu kalau suka.. kalau nak pedas boleh sprinkle serbuk cili di atas ayam. aku tak suka pedas, so thats it la .. 

2. tak perlu ikut sukatan sangat. sebab aku main agak2 je.. letak sesedap rasa lah. :)



Muzium Coklat di Malaysia

assalamualaikum..

Tahukah anda Malaysia mempunyai muzium Coklat pertama di Asia Tenggara.? 

Muzium ini  terletak di Kota Damansara dan ditubuhkan oleh syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn Bhd. 

Apa yang menarik ialah muzium ini bukan sahaja mendidik orang ramai mengenai asal usul coklat tetapi juga manfaat coklat untuk kesihatan.



Pengunjung boleh mendapatkan banyak jenis pilihan coklat. Terdapat kira-kira 100 jenama serta 1000 jenis coklat dijual di muzium itu. dan semestinya dengan harga yang lebih murah!.


Di samping itu, demonstrasi membuat coklat buatan tangan turut diadakan.
Bunyinya agak menarik.. jadi bagi coklat lover, mungkin tempat ni sesuai untuk anda semua :)

oh, ya. masuk PERCUMA. je.. 

ni alamat :
MSB2, Jalan Teknologi 3/4, Seksyen 3, Kota Damansara, Petaling Jaya.


p/s: ada blogger yang cakap, rupa luarnya nampak macam kilang. aku tak pernah pergi. jadi no comment.

secantik bunga peony

assalamualaikum..

i only write, so u just need to read, not listen . eh. ???

bunga PEONY, atau nama saintifiknya Paeonia suffruticosa. 
bunga ini banyak didapati di Asia, Selatan Eropah dan di barat Amerika Utara. 




Bunga Peony adalah simbol kecantikan dalam lagenda masyarakat di negara-negara Mediterranean. 
Cantik bukan?

ia juga terkenal sebagai bunga kekayaan dan kehormatan oleh kerana warnannya yang terang, serta bau yang WANGI. 


kalau dibuat jambangan bunga untuk pengantin pun sesuai, sebab dia ada pelbagai jenis warna..
nampak lah sikit kelainan dari kebiasaan.. kalau dulu asyik2 pakai bunga ros pun bosan jugak.

\
bunga Peony ni kalau perasan, gambarnya selalu di lukis di atas beg, payung, dan pelbagai cenderamata lain.

:)  teringinteringinteringin sangat


peony anyone?!