selalu bila aku pergi blog orang, kemudian aku tinggalkan komen. Aku mesti tertanya-tanya apa cara atau sistem yang diguna pakai oleh tuan punya blog?. Dia baca tak setiap komen yang dia dapat?.
You know who they are, right?...
Selalunya aku akan komen balik komen-komen yang orang tinggalkan bagi setiap post.
Kalau kau tulis panjang, panjang la aku tulis. Kalau hashtag, hashtag jugaklah aku bagi. Umpama memulangkan buah paku keras. Giteww...
Semua komen yang aku screenshot adalah hak milik blog aku. Jadi semuanya aku punya, kalau kau nak jugak komen comel-comel camni, mintak owner komen kat blog korang. hihihi.
1. Komen hashtag feeling-feeling #Instagram
baru sepadan kan komen kita ?. heee..
2. Komen Panjang macam karangan SPM
aku yakin orang yang komen macam ni memang dah pernah jawap soalan spm karangan 500 patah perkataan. :) macam akak dari catatan sensasi suami isteri ini.
Ramalan aku mesti A+ time SPM. Kiranya akak nak ulang kejayaan yang sama dengan komen kat blog aku
macam mana pulak aku balas?
tak la panjang sangat kan?
3. Komen SPAM
Apa itu spam? Spam ialah satu perbuatan melakukan iklan sesuka hati tanpa melakukannya di tempat yang sepatutnya. Contoh termudah : Komen di gambar istagram Atitaharis tapi jual barang sparepart motor. itu spam!.
Kalau dapat macam ini nak buat macam mana?
Selalunya orang akan ignore, takpun delete. Paling kurang pun akan di mark as spam.
Aku mood bagus hari tu jadi beginilah jawapannya.
secara ringkas aku nak cakap "bulls*^#". haihh..
4. Komen Sweet Macam Gula
Kebanyakan follower aku termasuk dalam kategori ini.
Semua ayat komen manis belaka tetapi yang paling manis adalah seperti dibawah :
Ramai jugak yang selalu singgah dan komen cakap klik nuffnang aku.
Jadi aku ucapkan TERIMA KASIH sangat-sangat. Harapnya bertambah la pendapatan lepas ini walaupun tak pernah lagi cash out. (-_-') sedih tau uolls.
jadi aku nak bagi tahu bahawa aku baca setiap komen, dan cuba sehabis baik untuk reply setiap satu di blog ini, dan kemudian di blog si pengkomen. Dan untuk korang tahu juga, setiap kali aku melawat aku akan klik IKLAN kt blog korang. Walaupun aku tak cakap atau tak tulis di ruangan komen sebab terlupa nak mention. Jadi aku harap semua orang clear~
hah, apa lagi???.. Komenlah cepat!.
#camonlah #komensikit.
hee. .love ya