Pastinya ramai orang pernah bercakap dengan Siri, iaitu sebuah applikasi "pembantu" bagi telefon pintar terkenal Iphone. Tapi pernahkah anda terbayang bagaimanakah rupa sebenar pemilik suara berkenaan?
Agak menarik untuk mengetahui siapakah pemilik suara Siri kerana sejak ia diperkenalkan identiti kepada pemilik suara tidak didedahkan. Tambahan lagi, Susan sendiri tidak mengetahui suara yang dirakamnya satu ketika dahulu bakal menjadi suara kepada Siri.
Beliau ialah Susan Bennett, seorang pelakon suara veteran. Selain Siri, suara beliau juga dapat di dengari di lapangan terbang bagi Delta Airlines.
Walaupun pihak Apple masih belum memberikan sebarang kenyataan, namun terdapat beberapa pakar yang mengesahkan bahawa suara Susan sama 100% dengan Siri.
Bagi berita penuh, klik sini (CNN news.com)
Tengok tu? Masih lagi tak nak mengaku.. haha..
p/s: Walaupun aku pengguna Samsung,
aku lebih suka Iphone. teheee..


