Showing posts with label diy. Show all posts

DIY | Bunga Hiasan di dalam Kotak


Bunga Hiasan di dalam Kotak

Dah lama tak ber-DIY. Kali ini aku nak tunjuk cara-cara membuat bunga hiasan di dalam kotak. Idea asal bagi bunga hiasan ini aku tengok di Pinterest. Bagi mereka yang memang gemarkan DIY Pinterest memang terbaik untuk dijadikan rujukan. Memandangkan aku suka sesuatu yang mudah, cepat dan ringkas maka aku ubah suai sikit dari konsep asal. Tak kisahlah yang penting hasilnya cantik di pandang :). Terpulang kepada citarasa masing-masing bunga ini boleh dijadikan hiasan di meja televisyen, meja makan (as a centerpiece) ataupun di atas pelamin.

DIY | Bunga Hiasan Pelamin {Tema : Ungu + Putih}

DIY | Bunga Hiasan Pelamin / Hiasan Rumah
 [Tema : Ungu + Putih ]

Just how much I love being surrounded myself with flowers, I also love creating and arranging them. If I don't have anything else to do in this world i would rather become a florist. Alasannya mudah, sebab bunga boleh membuatkan seseorang yang sedang berduka menjadi gembira. Bunga juga dijadikan sebagai tanda cinta, bilangan kuntum juga membawa satu petanda.

Bagi mereka yang sukakan konsep DIY (do it yourself), bunga hiasan ini adalah sesuatu yang wajib untuk dicuba disamping dapat menjimatkan wang daripada menyewa bunga hiasan untuk pelamin. You can also add your own personal touch to your precious day. Lepas hari bahagia, boleh guna pulak untuk hias rumah. Lets create something beautiful, jom!.

Bahan- bahan yang diperlukan :
 1) Bunga Carnation warna putih
2) Pucuk Bunga warna putih
3) Bunga Hydrangea warna ungu
4) Pasu Bersaiz Kecil
5) Cutter / Pemotong
6) Gabus
Bunga Hydrangea
Pucuk Bunga
Bunga Carnation Pasu Bunga 

________________________________________

Ini adalah cara menggubah bunga hiasan yang paling asas dan mudah. Tak perlu menggunakan tapi hijau dan lidi untuk memanjangkan bunga apabila hendak dicucuk di dalam pasu sebab kita cuma  menggunakan pasu bersaiz kecil. Sila pastikan cutter yang digunakan tajam, dan potong di bahagian paling hujung jambangan.

Cara-cara membuat Bunga Hiasan Pelamin/ Hiasan Rumah

1. Potong setiap kelopak bunga dengan menggunakan cutter/pemotong dan letakkan di tepi.

2. Ukur saiz gabus dan potong mengikut bentuk pasu. Gabus yang dipotong hendaklah muat-muat dengan pasu tersebut supaya bunga terletak kukuh dan tidak senget atau tumbang.

3. Mulakan dengan mencucuk bunga carnation dibahagian tengah. Tandakan 5 point seperti bucu bintang supaya nampak lebih seimbang. Untuk bahagian tengah jambangan, biarkan bunga carnation lebih tinggi dari yang lain. Tujuanya supaya jambangan yang telah siap tidak nampak seperti penyek. (maaf tak ada gambar ketika sedang mencucuk) 

4. Kemudian, cucuk pula bunga hydrangea menggunakan kaedah yang sama diantara bunga carnation tersebut. Kalau perlu cucukkan bunga carnation dan hydrangea rapat-rapat supaya kelihatan cantik dan tidak berlopong. :)

5. Langkah terakhir ialah dengan mencucuk pucuk bunga berwarna putih. Pucuk bunga ini tidak perlu diletakkan banyak. Cukup sekadar memenuhi ruang yang ada. Ianya berfungsi sebagai hiasan tambahan.


Pandangan atas Bunga Hiasan Pelamin
Close up - Bunga Hiasan Pelamin

Selamat Mencuba. Sebarang persoalan boleh tanya kan di ruangan komen :)

DIY | Bunga Kertas Besar Untuk Pelamin

 Cantik tak bunga kat atas tu?. Sebenarnya cara nak buat sangatlah mudah dan menjimatkan. Bunga Kertas (pompom flower) sangat sesuai untuk digunakan untuk backdrop pelamin, hiasan meja makan dan sebagainya.

Sebelum mulakan dengan proses membuat bunga kertas, mari kita tengok apa bahan yang diperlukan: 

1.Kertas Crepe / Tissue Paper
2. Dawai Halus 
3. Gunting

Cara-cara untuk membuat bunga kertas bersaiz besar : 

1. Lapis beberapa keping kertas crepe (8 -10 keping). Lagi tebal lagi cantik, especially untuk bunga yang bersaiz besar.  Dari segi warna boleh pilih mengikut tema majlis korang, contohnya aku menggunakan warna pink+ grey. Kalau nak lebih ceria boleh menggunakan banyak jenis warna macam pelangi. Meriah  uolls.

2. Lipat macam membentuk kipas dengan ukuran lebih kurang seinci untuk lebar. Di bahagian tengah, ikat dawai dengan ketat supaya ia tidak terbuka apabila proses untuk menarik kelopak bunga nanti. 
Rujuk gambar dibawah.
 3. Gunting bahagian hujung lipatan seperti di dalam gambar untuk membentu kelopak yang diingiini. Boleh juga kalau nak potong bucu yang tajam. macam ni " > " . Yang dalam gambar aku potong tu macam ni " ) " .

4. Ini adalah bahagian yang paling menarik dimana kita akan mula menarik satu persatu kelopak tersebut bagi membentuk bunga. Haruslah berhati-hati sebab takut nanti terkoyak pulak. Kan dah tak cantik. :'( .
Caranya ialah dengan menarik setiap bucu kertas tersebut dan tarik kearah dalam (kearah dawai di bahagian tengah). Perlukan sikit kesabaran bagi yang mencuba buat pertama kali.

5. Ulangi langkah yang sama untuk kelopak yang sebelah lagi tu. 

 TIPS : Jika menggunakan kertas tisu (tissue paper) kertas nya lebih nipis dan mudah terkoyak. Jadi korang perlu sangat berhati-hati. Bagi yang baru nak bermula boleh mengunakan kertas crepe. Harga diantara 50 - 70 sen sekeping.

Pastikan saiz kelopak mampu membentuk kipas. (hujung bertemu hujung). Sebab kalau tak, nanti bunga tu akan jadi seolah-olah terkangkang. :(  Itu maksudnya korang gagal dan kena cuba lagi.

Bunga Kertas untuk Pelamin
 Boleh buat pelbagai jenis saiz dan warna agar nampak lebih meriah. Kemudian gantung pada kain backdrop atau letak di bahagian tepi pelamin. Dah siap 1 lagi idea DIY untuk pelamin / hiasan rumah. :) 

Selamat Mencuba. Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah. InsyaAllah aku akan menjawap sehabis baik.