Cantik
tak bunga kat atas tu?. Sebenarnya cara nak buat sangatlah mudah dan
menjimatkan. Bunga Kertas (pompom flower) sangat sesuai untuk digunakan
untuk backdrop pelamin, hiasan meja makan dan sebagainya.
Sebelum mulakan dengan proses membuat bunga kertas, mari kita tengok apa bahan yang diperlukan:
1.Kertas Crepe / Tissue Paper
2. Dawai Halus
3. Gunting
Cara-cara untuk membuat bunga kertas bersaiz besar :
1.
Lapis beberapa keping kertas crepe (8 -10 keping). Lagi tebal lagi
cantik, especially untuk bunga yang bersaiz besar. Dari segi warna
boleh pilih mengikut tema majlis korang, contohnya aku menggunakan warna
pink+ grey. Kalau nak lebih ceria boleh menggunakan banyak jenis warna
macam pelangi. Meriah uolls.
2.
Lipat macam membentuk kipas dengan ukuran lebih kurang seinci untuk
lebar. Di bahagian tengah, ikat dawai dengan ketat supaya ia tidak
terbuka apabila proses untuk menarik kelopak bunga nanti.
Rujuk gambar dibawah.
3.
Gunting bahagian hujung lipatan seperti di dalam gambar untuk membentu
kelopak yang diingiini. Boleh juga kalau nak potong bucu yang tajam.
macam ni " > " . Yang dalam gambar aku potong tu macam ni " ) " .4. Ini adalah bahagian yang paling menarik dimana kita akan mula menarik satu persatu kelopak tersebut bagi membentuk bunga. Haruslah berhati-hati sebab takut nanti terkoyak pulak. Kan dah tak cantik. :'( .
Caranya ialah dengan menarik setiap bucu kertas tersebut dan tarik kearah dalam (kearah dawai di bahagian tengah). Perlukan sikit kesabaran bagi yang mencuba buat pertama kali.
5. Ulangi langkah yang sama untuk kelopak yang sebelah lagi tu.
TIPS : Jika menggunakan kertas tisu (tissue paper) kertas nya lebih nipis dan mudah terkoyak. Jadi korang perlu sangat berhati-hati. Bagi yang baru nak bermula boleh mengunakan kertas crepe. Harga diantara 50 - 70 sen sekeping.
Pastikan saiz kelopak mampu membentuk kipas. (hujung bertemu hujung). Sebab kalau tak, nanti bunga tu akan jadi seolah-olah terkangkang. :( Itu maksudnya korang gagal dan kena cuba lagi.
Boleh
buat pelbagai jenis saiz dan warna agar nampak lebih meriah. Kemudian
gantung pada kain backdrop atau letak di bahagian tepi pelamin. Dah siap
1 lagi idea DIY untuk pelamin / hiasan rumah. :)
Selamat Mencuba. Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah. InsyaAllah aku akan menjawap sehabis baik.