"The secret to stay young is to live honestly, eat slowly and use Egyptian Magic Cream"
Review produk kali ini dibawakan kepada anda oleh
Natta Cosme.
Pastikan baca entry sampai habis sebab ada surprise yang menanti ! Yeay!!! .

Secara
ringkas, Egyptian Magic Cream ialah sejenis cream yang boleh digunakan
untuk pelbagai fungsi dan boleh digunakan diseluruh tubuh badan seperti rambut, tumit, lutut, siku, muka dll terutamanya bagi yang memiliki kulit yang bermasalah :)
Dari segi
tekstur
boleh dikatakan lebih kurang dengan Petroleum gel dari Vaselin. Cuma
ianya lebih
mudah meresap kedalam kulit dan
tidak meninggalkan rasa
melekit-lekit. Bahan asas bagi krim ini ialah madu, dan paling best
ialah krim ini
tidak mempunyai bau dan tidak ditambah pewangi / perfume. Sounds good right?.
Krim ini seeloknya simpan didalam bekas berasingan, supaya baki tidak rosak. Caranya ialah dengan meletakkan di dalam bekas krim. Krim ini jugak agak
menjimatkan dan tahan lama, anggaran 15 ml boleh dipakai sehingga 3 bulan, <- aku pakai setiap hari sebagai mosturizer. Kalau sebotol 59ml boleh tahan lebih dari setahun.
Antara bahan- bahan bagi Egyptian Magic Cream ialah :
-Minyak Zaitun / Olive Oil
-Madu / Honey
-Lilin lebah / Beeswax
-Royal Jelly
-Propolis
-Debunga lebah / Bee Pollen
kesemua bahan tersebut ialah bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan tambahan
Apa yang aku suka mengenai Egyptian Magic Cream :
~ Sejak pakai 4 bulan lebih setiap hari, jerawat tak naik langsung. Parut jerawat lama pun dah mula pudar.
~ Bila bangun tidur kulit nampak fresh dan lembab. Kulit aku mempunyai masalah kulit kering dan kadang-kadang jadi gatal-gatal. So far, so good. Sangat sesuai sebagai mosturizer dan juga di sapu di bahagian mata.
~ Boleh disapu di tangan, muka, rambut, tumit dan lutut. Yang aku perasan, krim ini boleh mengurangkan tumit kering (tested on my husband). Cuma tumit merekah aku tak pasti, mungkin ambil masa sikit.
~Garis halus di muka pon dah kurang terutamanya garis yang kelihatan kalau kita senyum tu. :)
~Cepat meresap ke dalam kulit dan tak rasa melekit lepas pakai. Aku pakai lepas cuci muka -> letak toner -> egyptian magic -> foundation ->loose powder. Dah siap. Tak tebal dan nampak natural.
~Gigitan serangga dapat dihilangkan dengan krim ini. Ruam, bintik merah dan kesan calar pon boleh.
~ Bahan- bahan yang digunakan sangat natural tidak mengandungi bahan kimia/ campuran merbahaya.
Apa yang aku kurang suka mengenai Egyptian Magic Cream:
~ Harga yang mungkin agak mahal
~ Rambut aku jadi melekat dan membentuk lump (macam lembab baru lepas mandi) kalau letak krim ini.
Cara - cara menggunakan Egyptian Magic Cream boleh rujuk gambar & video dibawah:
Apabila krim telah cair, sapu dan urutkan seketika di bahagian tersebut supaya dapat menyerap dengan baik dan mendapat hasil yang di ingini.
Secara keseluruhan, aku bagi 5/5 untuk produk ini.
Highly recommended to all of you. :)
Ingin mencuba magic daripada Egyptian Magic Cream ?
untuk soalan pertama sila isi nama blogger - NORA LIZA SABBERI, dan diikuti dengan butiran pembaca.
~3 pembaca bertuah akan menerima 2 pakets Egyptian Magic Cream 3ml.
~Tarikh tutup pada 15 Julai 2014.
~Pengumuman pemenang akan di buat pada
1 Ogos 2014 di page facebook :
Natta Cosme
Good luck :)