Showing posts with label beauty blogger. Show all posts

[Review] Glacial Clay Facial Mask by Skin Lab

Glacial Clay Facial Mask by Skin LabHello Everyone & Happy Holiday!.
Its already reaching the end of the year and 2015 is coming way too fast for my liking :)  It has been a good year for me and truly I am grateful for that. Alhamdulillah. To close the year I would like to share with you about a product from NattaCosme, its the Glacial Clay Facial Mask by Skin Lab.

As posted on my Instagram the parcel is a special one, together with the products I have received gifts, a x-mas card personally signed by Natta Staff. I never feel touched this way. **Disclaimer : I am not saying this because I am doing the products review for them every now and then. But I also purchased several products from the website myself. Overall being a costumer, I am very satisfied with their service.  
Lets talk about the mask shall we? The main focus of this mask is for deep cleaning, acne treatment, sebum control, pore contraction and hydration balancing. 
Memang terbaik dan menyeluruh lah kiranya fungsi mask ini sebab ianya fokus kepada rawatan jerawat, sebum dan juga kawalan lembapan kulit. Bahan-bahan utama iaitu canadian glacial clay, oatmeal dan tea tree leaf. Setiap satunya mempunyai banyak kebaikan untuk kulit terutamanya bagi yang memiliki kulit berminyak.
I found the tips provided to be very helpful. Honestly, I am not really fond of a products which have a stinging or minor-sharp-pain effect while applying/wearing any skincare products. Its really a turn off!. :( 
It does sting for few minutes and it gradually subsides after that. You can put the mask into fridge and will feel a lot better wearing it.

Please note that different people might have different effect/reaction towards their skin. Taking my hubs as example, he proudly say "I feel no pain at all" . Lucky man. 

How to apply?
Clean your face first before applying the mask. For hygienic purposes use spatula provided to scoop and lather on your face. Make sure to avoid the eyes area. Leave it for 10-15 minutes and rinse with warm water.

For frequency
Oily skin : 2~3 times a week
Normal to dry skin : 1~2 times a week

My opinions on the Glacial Clay Facial Mask 
It is easy to spread the product all over the face, and after cleaning the face my skin felt hydrated and clean. Surprisingly though my skin does not feel dry or very tight after that. Even the pores are not that visible.

Secara kesimpulan, produk ini sangat sesuai kepada mereka yang mempunyai liang pori terbuka/ besar, masalah bintik hitam di muka (terutamanya bahagian hidung, iaitu aku), minyak yang berlebihan  dan memiliki kulit yang tidak sekata kerana banyak sel kulit mati. Untuk lebih info, klik gambar di bawah ->

http://www.nattacosme.com/SKIN-LAB-Dr-Pore-Tightening-Glacial-Clay-Facial-Mask
Dr. Pore Tightening Glacial Clay Facial Mask.

REVIEW | Egyptian Magic Cream

"The secret to stay young is to live honestly, eat slowly and use Egyptian Magic Cream"

Review produk kali ini dibawakan kepada anda oleh Natta Cosme
Pastikan baca entry sampai habis sebab ada surprise yang menanti ! Yeay!!! .
     Secara ringkas, Egyptian Magic Cream ialah sejenis cream yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi dan boleh digunakan diseluruh tubuh badan seperti rambut, tumit, lutut, siku, muka dll terutamanya bagi yang memiliki kulit yang bermasalah :) 

     Dari segi tekstur boleh dikatakan lebih kurang dengan Petroleum gel dari Vaselin. Cuma ianya lebih mudah meresap kedalam kulit dan tidak meninggalkan rasa melekit-lekit. Bahan asas bagi krim ini ialah madu, dan paling best ialah krim ini tidak mempunyai bau dan tidak ditambah pewangi / perfume. Sounds good right?.

     Krim ini seeloknya simpan didalam bekas berasingan, supaya baki tidak rosak. Caranya ialah dengan meletakkan di dalam bekas krim. Krim ini jugak agak menjimatkan dan tahan lama, anggaran 15 ml boleh dipakai sehingga 3 bulan, <- aku pakai setiap hari sebagai mosturizer. Kalau sebotol 59ml boleh tahan lebih dari setahun.

 Antara bahan- bahan bagi Egyptian Magic Cream ialah :
     -Minyak Zaitun / Olive Oil
     -Madu / Honey
     -Lilin lebah / Beeswax
     -Royal Jelly
     -Propolis
     -Debunga lebah / Bee Pollen
kesemua bahan tersebut ialah bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan tambahan

Apa yang aku suka mengenai Egyptian Magic Cream :
~ Sejak pakai 4 bulan lebih setiap hari, jerawat tak naik langsung. Parut jerawat lama pun dah mula pudar.
~ Bila bangun tidur kulit nampak fresh dan lembab. Kulit aku mempunyai masalah kulit kering dan kadang-kadang jadi gatal-gatal. So far, so good. Sangat sesuai sebagai mosturizer dan juga di sapu di bahagian mata.
~ Boleh disapu di tangan, muka, rambut, tumit dan lutut. Yang aku perasan, krim ini boleh mengurangkan tumit kering (tested on my husband). Cuma tumit merekah aku tak pasti, mungkin ambil masa sikit.
~Garis halus di muka pon dah kurang terutamanya garis yang kelihatan kalau kita senyum tu. :)
~Cepat meresap ke dalam kulit dan tak rasa melekit lepas pakai. Aku pakai lepas cuci muka -> letak toner -> egyptian magic -> foundation ->loose powder. Dah siap. Tak tebal dan nampak natural.
~Gigitan serangga dapat dihilangkan dengan krim ini. Ruam, bintik merah dan kesan calar pon boleh.
~ Bahan- bahan yang digunakan sangat natural tidak mengandungi bahan kimia/ campuran merbahaya. 

Apa yang aku kurang suka mengenai Egyptian Magic Cream:
~ Harga yang mungkin agak mahal
~ Rambut aku jadi melekat dan membentuk lump (macam lembab baru lepas mandi) kalau letak krim ini.

Cara - cara menggunakan Egyptian Magic Cream boleh rujuk gambar & video dibawah:

 
Apabila krim telah cair, sapu dan urutkan seketika di bahagian tersebut supaya dapat menyerap dengan baik dan mendapat hasil yang di ingini. 
Secara keseluruhan, aku bagi 5/5  untuk produk ini. 
Highly recommended to all of you. :) 

Ingin mencuba magic daripada Egyptian Magic Cream ? 
     Berita baik kepada semua pembaca, klik link ini http://www.nattacosme.com/emc-giveaway-event ,
untuk soalan pertama sila isi nama blogger - NORA LIZA SABBERI, dan diikuti dengan butiran pembaca. 
~3 pembaca bertuah akan menerima 2 pakets Egyptian Magic Cream 3ml. 
~Tarikh tutup pada 15 Julai 2014
~Pengumuman pemenang akan di buat pada 1 Ogos 2014 di page facebook : Natta Cosme

Good luck :) 


REVIEW | Tokyo Love Soap Pure Girls


Sabun Cinta |  Waktu mandi adalah waktu yang mampu menghilangkan stress dan mengembalikan kesegaran tubuh dan wajah. Terdapat beribu-ribu jenis sabun mandi yang dipasaran. Some are high mosture, with vitamin, soften the skin, cellulite reducer, etc etc. But wait, whitening?. Yes as most of the product claimed to "whiten your skin". Right. I bet if all of them works, now i will be whiter than snow white <--note the sarcasm.

For me its interesting to see new products in the market, and Nattacosme has been generous enough to let me try one. Memang waktu yang sangat tepat memandangkan aku terima parcel seminggu sebelum ke honeymoon. Maka pergilah Love Soap ke Singapore bersama aku. Ecewaahh. 

Lets meet my new bestfriend in the shower. 
--Tokyo Love Soap Pure Girls--
Sabun ini berbentuk bulat dan mempunyai berat 80g. Packaging pula serba ringkas iaitu didalam sebuah kotak berwarna merah jambu. 

: Cara mandi dengan Tokyo Love Soap

Caranya ialah basahkan seluruh tubuh dengan air, kemudian gosok tubuh badan dan muka dengan sabun Love Soap. Biarkan selama beberapa ketika (sekurang-kurangnya 3 minit) supaya sabun dapat meresap kedalam kulit. Langkah terakhir bilas dengan air. Ulang langkah sekiranya perlu.
--Buih yang dikeluarkan oleh sabun Tokyo Love Soap--
--Selepas 1 cucian.-- 
--Kulit tangan lebih bersih tanpa kulit mati-- 

:Pendapat tentang Tokyo Love Soap.

Kriteria pilihan aku bagi sabun mandi ialah dari segi bau yang wangi dan tidak terlalu kuat. Sabun ini mengingatkan aku kepada kedai Lovely Lace :) Ia meninggalkan bau yang sangat romantik dan juga bauan bunga ros. Sesuailah dengan nama sabun cinta korang akan rasa seperti sangat dicintai ketika mandi. Wah! 

 Selain itu, ianya mestilah tahan lama. The longer they stay, the better. Bau sabun ini boleh dikira tahan agak lama berbanding sabun mandian yang lain. Dah la wangi, tahan lama pulak tu. I guess it justifies the price which some of them claimed to be "a bit pricy" .

Masalah utama bagi kebanyakan sabun mandi ialah kadangkala selepas mandi kulit akan terasa kering dan tegang. Thats the thing that i hated the most because the soap absorbs all the moisture from your body and left your skin to be super tight. Luckily with this soap i experience none but a clean skin. Selepas mandi kulit tak terasa kering dan tegang. Kulit mati dan daki pun turut tertanggal.

Pada pendapat aku, sabun ini jugak sesuai bagi orang yang memiliki kulit muka yang berminyak kerana selepas satu cucian kulit muka terasa bersih dan tidak melekit dan berkilat seperti sebelumnya. To further justify the statement, i asked my husband to try it on. Yes, he agrees. No more shine even he is the knight of my shining armor. JK.
Antara kelebihan lain yang dinyatakan  ialah:
mampu mencerahkan kulit| mengecilkan pori | mengurangkan garis halus| kedutan dan parut| meratakan tona kulit| boleh di gunakan dibahagian intim | menghasilkan kompleksi "rosy white"| menghilangkan melasma |tanda usia dan bintik hitam | melembutkan dan melicinkan kulit | dll. 

 To get to know more :



=This product review is brought to you by Nattacosme.