REVIEW : Beauty Box yang memuaskan hati | Modbox

assalamualaikum and hey to non muslims..

Since today is my review day i gonna write a review on the beauty box. Have you heard about it?.
well stay tune, because its just worth RM15 including postage.!

Awesome bukan? kotak kecantikan yang boleh dibeli dengan harga cuma RM15 ringgit. Mesti ramai yang akan skeptical pada mulanya, iyelah barang apa yang boleh dibeli dengan hanya RM9, (postage fee - RM6). But its worth more than that. :)

 ini lah rupanya modbox yang aku baru terima hari ini. 

(the flower is not included). :P

konsep beauty box ini sebenarnya dah lama. Sama ada kita bayar dan tahu produk yang bakal diterima (boleh pilih) atau pun tidak tahu barang kecantikan apakah yang bakal korang dapat. 
in short, blind date cenggitu.

As for modbox, korang daftar dekat website dia. Kemudian boleh pilih sendiri produk apa yang korang nak. Dia ada bagi pilihan :) jadi tak de la korang akan end up tak puas hati dengan produk yang korang dapat tu. 

Kena tunggu beberapa hari jugaklah baru dapat modbox ini. Aku purchase 12 September, hari ini (19 September) dapat.  Korang akan dapat e-mail update mengenai Modbox ini. 

Sila baca :


oh Goshh.. I was amused by the way the wrote the message. 
I never ever got a message from any online shop like that. This is Genius.
And they really know how to treat people nicely :) 

Inilah pemandangan yang korang akan nampak bila bukak kotak. 


Agak terharu jugak lah bila tengok ada card yang tertulis nama aku. 
Rasa dihargai sekejap .. T_T 


Mari kita tengok apa yang aku pilih.


1. UNICO | Advance UV Defense SPF 50/ PA+++ 
2. Crabtree & Evelyn | Lavender Hand Therapy
3. Crabtree & Evelyn | Somerset Meadow Eau De Toilette
4. Murad | Hybrids Eye Lift Illuminator
5. Crabtree & Evelyn | Tarocco Orange Body Lotion 

Untuk produk yang ditawarkan, ada yang full size dan juga sample.
Its fair and square right?. U got to try several products. 

Apa yang buat aku lagi suka ialah ada card yang dikepilkan bersama yang mengandungi info tentang produk yang telah kita beli. 
Descriptions given are brief and concise. 
Really helpful for those who has no idea whats the product is about. 

Jadi amacam? Korang rasa nak beli tak? 
Go and visit them here : Modbox



MODBOX
 you are beyond awesome <3

delivery: 3.5/5 
i would be very happy is i receive it the next day  (i dont wanna wait. :P)
products: 3.5/5
more range of products i hope
presentation and PR: 5/5
no flaws. good joob


p/s : sorry for a bit mixture of languages. No offense. :)

Checklist Bertunang - Apa yang perlu ada

assalamualaikum..

apabila sembang pasal bercinta, bertunang, berkahwin ni mesti ramai yang cerah biji mata eksaited nak baca. itu kalau aku lah. haha.

Ada jugak yang merisik dahulu sebelum bertunang sebab katanya mengikut adat. 
 perancangan perkahwinan mengambil masa yang agak panjang dan teliti. 

jadi apa elemen yang sebenarnya perlu untuk bertunang ni ha? 
meh kita tengok checklist. 

1. pelamin
dulu-dulu rasanya bertunang tak ada la pulak orang pakai pelamin.
duduk sarung cincin dalam bilik tak pun atas lantai tikar mengkuang makan biskut cicah air kopi. 
sangat klasik. 

tapi sekarang ni dik non, nak bertunang pun kena ada pelamin tak kira lah besar ke kecik. 
pelamin.....!!! wajib.

2. hantaran
hantaran yang diberi kepada si tunang selalunya bernombor ganjil.
let say lelaki bagi 5, perempuan balas 7 dan begitulah seterusnya. 

aku suka betul hantaran macam ni sebab guna bunga pastel nampak cantik je. 
very girlish tak la brutal sangat.  

cuma dah semua orang buat bunga ros aku lebih prefer guna bunga peony. 
tak dapat la nak pakai fresh flower sebb peony memang payah nak jumpa kat jual kat mesia. 
dulu aku pernah post pasal peony kat sini

3. bunga pegang kat tangan (hand bouquet, is it?) 

haritu aku tengok kat blog2 bride to be, dah ramai yang guna bunga pegang kat tangan tu. 
nampak cantik jugak la bagi menambah keserian majlis. tapi bila pikir costing, aku tak rasa benda ni macam perlu. 


tak ada bunga kat tangan pun takpe sebab aku ada cincin dijari :P

4. doorgift

ada sesetengah orang masa bertunang diorang buat kenduri sebab tu bagi doorgift.
dah jadi macam trend, tapi aku paling suka kalau orang bagi makanan macam cupcake ke, cookies ke. kalau sudu garpu kecik tu erm... no like. haha.

5. cincin

cincin bagi perempuan satu kemestian, tapi bagi lelaki pulak korang rasa macam mana?

harga emas sekarang RM148 per gram untuk 916. 2 bulan lepas baru RM128. Cepat betul naiknya. Orang cakap kalau bertunang pakai cincin belah rotan. Macam yang kat bawah ni, 


6. baju tunang

baju ini kat minaz boutique. Haritu aku pergi nak survey baju alang-alang dekat aku pun pergi la kedai dia nak tengok sendiri. Sumpah cantik gila, harga RM450 dia bagi free selendang. 
Sayangnya kalau nak custom made ikut size kena tunggu lagi sebulan..kecewa la sikit. 


ni pun design dia jugak, dia letak kat fb page. 
kalau korang nak tau fatin liyana pakai baju design dia lah masa jadi bridesmaid. 
klik sini

itu semua adalah antara barang yang perlu ada untuk majlis bertunang. ikutkan aku, kalau boleh tak payah nak membazir sangat. buat yang mana perlu je asalkan niat yang mulia itu sampai. 

nak bertunang je pun dah habis beribu padahal pendapatan tak sebesar mana. aku tak paham jugak la kenapa perlu dibesar-besarkan perkahwinan tu dengan hantaran yang tinggi, pelamin gedebuk sebesar alam?. 
kalau macam ni bila pon tak kahwin. 


DIY : cara membuat bunga ros kertas.

"My love is like a rose divided into two, the leaves I give to others, but the rose I give to you."
(Source Unknown) 

Harini aku mood bunga-bunga. jadi nak post pasal tutorial membuat bunga ros menggunakan kertas macam gambar kat bawah ni. cara membuat dia tak lah susah pon. cuma kena ambil masa sikit untuk mendapatkan bunga ros yang cantik. 


bunga ros ini aku buat menggunakan template sedia ada di internet. thanks google!. 
potong setiap kelopak dari template tersebut, setiap kelopak mempunyai nombor,
jadi bagi amatur tak perlu risau sebab last product korang sure nampak macam bunga, cuma bunga tahi ayam ke, bunga kemboja ke, bunga teluki ke. haaa. itu beza nya. haha. 


selepas potong, guna belakang gunting untuk membentuk kelopak. 


yang bernombor 8 itu adalah daun bagi bunga ros kita. jadi bentukkan menggikut gambar. 
gam setiap bucu kelopak satu persatu. 

cara melekatkan mungkin agak susah bagi no 1,2,3. 
ambil lidi dan balut keliling dan kemudian jadi mcm ni. 

setelah siap, lekat kelopak 1,2,3 dengan kelopak ke 4, 5 dan seterusnya. 
maka siaplah bunga ros kita. 

ini adalah gambar bunga yang aku buat haritu. semuanya adalah cubaan pertama. 
Alhamdulillah, menjadi. :)


untuk bunga kedua aku print template yang besar sikit. 


potong setiap kelopak dengan berhati-hati. 

gam setiap kepingan untuk membentuk kelopak.
sila rujuk gambar dibawah. 

bila semua dah siap, mulakan dengan gamkan kelopak yang terakhir dengan turutan kebawah. 

Review - Red Pomegranate (L Glutathione) lotion. Putih ke u'olls?

assalamualaikum..

sepatutnya aku nk up review ni hari khamis, tapi terlewat sehari sebab ada group meeting dengan china team. terbengkalai sekejap..

hari ini interesting sikit, sebab i (suara garau control macho) nak buat review pasal lotion red pomegranate (l- glutathione) lotion. mula-mula aku tau pasal lotion ni melalui FB. 
ada ramai jugak seller yang promote kat page diorang pasal lotion ni. 

jadi aku pun, as always teruja... !! sebab khasiat nya adalah untuk MEMUTIHKAN kulit. 
dalam mempromot lotion ni ada jugak seller cakap yang SOng Hye GYo - highly suggested this lotion. (correct me if i am wrong).

aku beli lotion ni masa jalan-jalan kat downtown. sembang-sembang dengan akak yang jual tu aku pun bayar. $%7$..


selain lotion pengeluar produk ini ada jugak keluarkan cleanser dan lain2. 
aku beli yang kaler merah, menurut kata akak penjual yang ini paling femes. 
sesuai sangatlah aku yang tengah desprate nak mencerahkan kulit demi hari bersejarah.. haha.  =_='

cara pakai -
sapu keseluruh anggota badan termasuk muka.

aku cuma sapu kat badan (tak sapu kat muka) waktu malam sebelum tidur. 

dibawah adalah gambar sebenar menggunakan tangan aku. not edited at all. aku takde masa. hehe.. 
bau dia wangi jugak la sebab pomegranate is one of the ingredients. 


gambar tu kali pertama aku sapu tangan. nampak tak efek dia?. sekali sapu je terus cerah sikit. 
ni pulak gambar tangan sebelah kanan. pun sama jugak nampak la cerah sikit tangan aku tu ha.. 
cerah sikit je.. ulang lagi sekali, sikit jeww.... 


jadi ikutkan apa yang orang cakap memang betul, lotion ni boleh cerahkan kulit. sama ada efek dia berkekalan itu aku tak pasti. 

apa yang aku kurang  gemar  minat pasal lotion ni :

- tekstur dia tak betul-betul menyerap ke kulit apabila disapu. kalau nak dibandingkan dengan lotion yang jual kat watson tu aku rasa yang ini la yang paling susah nak menyerap. kena tonyoh sental kuat sikit baru nampak ok sikit. contohnya macam gambar kat bawah.

 nampak tak? macam tu la aku tak suka.

-tak serap air. ini aku tak pasti sangat tapi bila aku nak cuci kaki aku macam dia waterproof pulak. 
sebab lotion tu stay macam tu, last2 sental dengan tuala. hm.... 

-lotion ni akan nampak macam tepung komak kalau pakai waktu siang. sebab tu aku pakai waktu malam sahaja. melekit sikit la. lagi tak best sebab bulu roma aku macam panjang. jadi sangat tak comel ok kalau nak pakai time g opis. haha.. 

mari kita tengok scale yang aku bagi untuk lotion ini.

efek putih - 3.5/5
bau wangi - 4/5
efek sapuan - 2/5
nak beli lagi - 0/5 .so sorrryyy. 

secara keseluruhan aku rasa ok la kalau takat korang nak beli dan cuba. mana tau kan lotion ini berkesan untuk kulit korang. sebagai pengguna ini apa yang aku rasa lah. aku suka bau tapi tak suka rasa melekit tu. mungkin tekstur tu boleh di impovekan lagi formula nya. or something maybe. 

haritu aku try2 jugak lotion cathy magic cream tu. bau dia macam lovely lace. hehe. 
ada sesiapa nak sponsor aku?.. boleh tulis review lagi.  

perhatian : review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi. bukanlah post berbayar :) . nanti khamis aku buat review lain pulak..