Review - Red Pomegranate (L Glutathione) lotion. Putih ke u'olls?

assalamualaikum..

sepatutnya aku nk up review ni hari khamis, tapi terlewat sehari sebab ada group meeting dengan china team. terbengkalai sekejap..

hari ini interesting sikit, sebab i (suara garau control macho) nak buat review pasal lotion red pomegranate (l- glutathione) lotion. mula-mula aku tau pasal lotion ni melalui FB. 
ada ramai jugak seller yang promote kat page diorang pasal lotion ni. 

jadi aku pun, as always teruja... !! sebab khasiat nya adalah untuk MEMUTIHKAN kulit. 
dalam mempromot lotion ni ada jugak seller cakap yang SOng Hye GYo - highly suggested this lotion. (correct me if i am wrong).

aku beli lotion ni masa jalan-jalan kat downtown. sembang-sembang dengan akak yang jual tu aku pun bayar. $%7$..


selain lotion pengeluar produk ini ada jugak keluarkan cleanser dan lain2. 
aku beli yang kaler merah, menurut kata akak penjual yang ini paling femes. 
sesuai sangatlah aku yang tengah desprate nak mencerahkan kulit demi hari bersejarah.. haha.  =_='

cara pakai -
sapu keseluruh anggota badan termasuk muka.

aku cuma sapu kat badan (tak sapu kat muka) waktu malam sebelum tidur. 

dibawah adalah gambar sebenar menggunakan tangan aku. not edited at all. aku takde masa. hehe.. 
bau dia wangi jugak la sebab pomegranate is one of the ingredients. 


gambar tu kali pertama aku sapu tangan. nampak tak efek dia?. sekali sapu je terus cerah sikit. 
ni pulak gambar tangan sebelah kanan. pun sama jugak nampak la cerah sikit tangan aku tu ha.. 
cerah sikit je.. ulang lagi sekali, sikit jeww.... 


jadi ikutkan apa yang orang cakap memang betul, lotion ni boleh cerahkan kulit. sama ada efek dia berkekalan itu aku tak pasti. 

apa yang aku kurang  gemar  minat pasal lotion ni :

- tekstur dia tak betul-betul menyerap ke kulit apabila disapu. kalau nak dibandingkan dengan lotion yang jual kat watson tu aku rasa yang ini la yang paling susah nak menyerap. kena tonyoh sental kuat sikit baru nampak ok sikit. contohnya macam gambar kat bawah.

 nampak tak? macam tu la aku tak suka.

-tak serap air. ini aku tak pasti sangat tapi bila aku nak cuci kaki aku macam dia waterproof pulak. 
sebab lotion tu stay macam tu, last2 sental dengan tuala. hm.... 

-lotion ni akan nampak macam tepung komak kalau pakai waktu siang. sebab tu aku pakai waktu malam sahaja. melekit sikit la. lagi tak best sebab bulu roma aku macam panjang. jadi sangat tak comel ok kalau nak pakai time g opis. haha.. 

mari kita tengok scale yang aku bagi untuk lotion ini.

efek putih - 3.5/5
bau wangi - 4/5
efek sapuan - 2/5
nak beli lagi - 0/5 .so sorrryyy. 

secara keseluruhan aku rasa ok la kalau takat korang nak beli dan cuba. mana tau kan lotion ini berkesan untuk kulit korang. sebagai pengguna ini apa yang aku rasa lah. aku suka bau tapi tak suka rasa melekit tu. mungkin tekstur tu boleh di impovekan lagi formula nya. or something maybe. 

haritu aku try2 jugak lotion cathy magic cream tu. bau dia macam lovely lace. hehe. 
ada sesiapa nak sponsor aku?.. boleh tulis review lagi.  

perhatian : review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pendapat peribadi. bukanlah post berbayar :) . nanti khamis aku buat review lain pulak.. 

18 comments

  1. yuyu bru cadang nak beli ... hihi tak jadilah ... :P yuyu follow sini gak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk try ok je kot yuyu.. cuma tula licha xmnt sgt dgn tekstur dia..

      Delete
  2. nice review.
    putih dia nampak macam kepoh .
    tahu tak kepoh?
    mcm putih x natural
    pastu penat la nk sental 1 badan ...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. hm.. terpengaruh punya pasal.. betul tu. Dia npk xnatural... sedih jee

      Delete
  3. doc kulit kata kalu nk putih bukan setakat dari luaran tp dalaman juga cuma dia tak pernah gtau makan supplement ape :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la azie.. tengah desprate nih nak kulit cantikk.. uwaaa..

      Delete
    2. ape kata try bbplus collagen =) luar dalam cantik...

      Licha, check ur email dik. nak sponsor GA awak ni =)

      Delete
    3. Salam Sis,
      Wah bbplus ye?. tenkiu2.

      dah reply :)

      Delete
  4. tgk ada jual rm10..

    tak pernh try lg..hihi

    ReplyDelete
  5. Ade jual kt on9shop x??nk cube

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dear :) paling murah boleh dapat RM25. hehe.. selamat mencuba.
      tapi Kathy punya lagi elok kot

      Delete
  6. hahaha..su pun gune gak..agak macam kurg berkesan untk jgka masa yang lame but nice try...hahah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. kan??. Pelik jugak lah pasal tekstur dia sangatlah tak best. Nak sapu pon macam terpaksa. :(

      Delete
  7. Org ckp product tu made in china sbnrnyaa

    ReplyDelete
  8. Org ckp product tu made in china sbnrnyaa

    ReplyDelete