Checklist Bertunang - Apa yang perlu ada

assalamualaikum..

apabila sembang pasal bercinta, bertunang, berkahwin ni mesti ramai yang cerah biji mata eksaited nak baca. itu kalau aku lah. haha.

Ada jugak yang merisik dahulu sebelum bertunang sebab katanya mengikut adat. 
 perancangan perkahwinan mengambil masa yang agak panjang dan teliti. 

jadi apa elemen yang sebenarnya perlu untuk bertunang ni ha? 
meh kita tengok checklist. 

1. pelamin
dulu-dulu rasanya bertunang tak ada la pulak orang pakai pelamin.
duduk sarung cincin dalam bilik tak pun atas lantai tikar mengkuang makan biskut cicah air kopi. 
sangat klasik. 

tapi sekarang ni dik non, nak bertunang pun kena ada pelamin tak kira lah besar ke kecik. 
pelamin.....!!! wajib.

2. hantaran
hantaran yang diberi kepada si tunang selalunya bernombor ganjil.
let say lelaki bagi 5, perempuan balas 7 dan begitulah seterusnya. 

aku suka betul hantaran macam ni sebab guna bunga pastel nampak cantik je. 
very girlish tak la brutal sangat.  

cuma dah semua orang buat bunga ros aku lebih prefer guna bunga peony. 
tak dapat la nak pakai fresh flower sebb peony memang payah nak jumpa kat jual kat mesia. 
dulu aku pernah post pasal peony kat sini

3. bunga pegang kat tangan (hand bouquet, is it?) 

haritu aku tengok kat blog2 bride to be, dah ramai yang guna bunga pegang kat tangan tu. 
nampak cantik jugak la bagi menambah keserian majlis. tapi bila pikir costing, aku tak rasa benda ni macam perlu. 


tak ada bunga kat tangan pun takpe sebab aku ada cincin dijari :P

4. doorgift

ada sesetengah orang masa bertunang diorang buat kenduri sebab tu bagi doorgift.
dah jadi macam trend, tapi aku paling suka kalau orang bagi makanan macam cupcake ke, cookies ke. kalau sudu garpu kecik tu erm... no like. haha.

5. cincin

cincin bagi perempuan satu kemestian, tapi bagi lelaki pulak korang rasa macam mana?

harga emas sekarang RM148 per gram untuk 916. 2 bulan lepas baru RM128. Cepat betul naiknya. Orang cakap kalau bertunang pakai cincin belah rotan. Macam yang kat bawah ni, 


6. baju tunang

baju ini kat minaz boutique. Haritu aku pergi nak survey baju alang-alang dekat aku pun pergi la kedai dia nak tengok sendiri. Sumpah cantik gila, harga RM450 dia bagi free selendang. 
Sayangnya kalau nak custom made ikut size kena tunggu lagi sebulan..kecewa la sikit. 


ni pun design dia jugak, dia letak kat fb page. 
kalau korang nak tau fatin liyana pakai baju design dia lah masa jadi bridesmaid. 
klik sini

itu semua adalah antara barang yang perlu ada untuk majlis bertunang. ikutkan aku, kalau boleh tak payah nak membazir sangat. buat yang mana perlu je asalkan niat yang mulia itu sampai. 

nak bertunang je pun dah habis beribu padahal pendapatan tak sebesar mana. aku tak paham jugak la kenapa perlu dibesar-besarkan perkahwinan tu dengan hantaran yang tinggi, pelamin gedebuk sebesar alam?. 
kalau macam ni bila pon tak kahwin. 


19 comments

  1. pada kite mungkin membazir..tp pada yang duit tak cukup tempat nak simpan tuh lain pulak..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kelakar la duit tak cukup tempat nak simpan. :)

      Delete
  2. buat yg perlu je... simpan duit utk akan dtg.. ;)
    tp terpulang pd msg2.. yg penting ikut kemampuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman sekarang ni susah, buat kecik2 di katanya kedekut. pfftt.

      Delete
  3. cantik la pelamin tu sis
    buat majlis tunang yg sederhana..jimat duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. pelamin idaman tu ha nanti di majlis kebesaran . hehe

      Delete
  4. cantik2nya..rasa mcm nk bertunang skrg! hehehe...tp mai suka kaler pink n pastel..nmpk soft je n ayu gitu..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mysara.. sbar2.. :) tunggu masa yang sesuai ye. hehe

      Delete
  5. rm148 oklah hrga tu..bulan lepas rm168 kat tomei..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeke Yui? ohh. mahalnya.. hm.. tomei memang mahal pon kan?.

      Delete
  6. err checklist utama.. kewangan. hehehe :D

    Sekadar cukup syarat, cuma wakil lelaki + wakil perempuan duduk semeja.. dan sebentuk cincin belah rotan pon ok dah hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. afzalsukasuki.. ye betul tu.. $-$ kena ada baru boleh start apa-apa pon.. nak g dating pon pakai duit jgak tak gitu? hehe

      Delete
  7. sekarang bertunang dah macam nak kawin dah..hehe..sib baik pelamin pihak perempuan yang buat..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula pasalnya Azlan. :) makin melampau-lampau nak pakai belanja nya

      Delete
  8. Alhamdulillah.. sy dah lepas dah.. nak tunggu time anak2 lah pulak nanti.. :D
    menabung inti sini.. :D :D

    ReplyDelete
  9. Minaz Collection - wishlist :)

    ReplyDelete
  10. Ya kalau tunang seeloknya buat yang wajib sahaja. Tak perlu megah2 mcm org dh lepas akad nikah tu..

    ReplyDelete