Showing posts with label makanan. Show all posts

9 Makanan yang tak perlu disimpan di dalam peti sejuk

Edisi peti ais kita kali ini mengenai 11 makanan yang tak boleh disimpan di dalam peti sejuk. Macam biasalah kadang-kadang benda yang tak perlu pun kita akan letakkan di dalam peti sejuk. Epal gigit separuh pun kadang-kadang ada tersimpan sampai seminggu. ewww.. aku la tu kadang-kadang. haha.


Mari kita semak apa yang patut dikeluarkan dari peti sejuk korang tu. Berguna jugak info ini :


1. Bawang Putih : Lama kelamaan ianya akan bercambah dan juga berkulat.   

2. Bawang Merah : Bawang akan berkulat dan lembik/ benyek. Kalau biarkan terlalu lama akan tumbuh daun bawang. 

3. Hot Sauce/ Sos Pedas : Ianya boleh disimpan di kabinet dan mampu bertahan sehingga 3 tahun.!

4. Serbuk Kopi/ Biji Kopi : Kopi akan hilang rasa dan menyerap bau-bauan di dalam peti sejuk. Salah 1 tips untuk menghilangkan bau busuk didalam peti sejuk ialah dengan meletakkan serbuk kopi. 

5. Madu : Madu tidak mempunyai tarikh luput dan mampu bertahan sehingga 3000 tahun, tetapi jika diletakkan di dalam peti sejuk, ia nya akan membentuk kristal dan memekat dengan cepat. 

6. Roti : Kepingan roti yang lembut akan berubah menjadi roti kering.

7. Tembikai :  salah satu kandungan tembikai ialah antioxidants. dengan meletakkan tembikai di dalam peti sejuk, ia akan kehilangan antioxidants tersebut. 

8. Tomato : Tekstur dan rasa tomato akan berubah apabila diletakkan di dalam peti sejuk.

9. Kentang : Kentang akan jadi bergerutu dan rasanya akan berubah.

Boleh la mula mengemas peti sejuk korang pulak ye. Apa yang tak perlu tu keluarkan dan letak je dalam kabinet. :) 

Sumber :  Buzz Feed Video 

6 Perkara Elakkan Buat Selepas Makan


Terjumpa 1 artikel di Internet yang agak bermanfaat iaitu tentang "7 things to avoid after eating".  Ada sesetengah yang memang aku selalu buat, contohnya makan buah selepas makan makanan yang berat. :( . Jadi kenalah berubah dari sekarang. Jom tengok apa 6 perkara jangan buat selepas makan. 

1. Jangan Merokok 
Ekperimen membuktikan merokok selepas makan dapat disamakan dengan menghisap 10 batang rokok. Peluang untuk kanser juga lebih tinggi
2. Jangan Terus Makan buah 
Dicadangkan supaya makan buah sekurang-kurangnya sejam selepas makan, dan sebolehnya pada waktu pagi ketika perut kosong. Seeloknya amalkan sunnah Rasulullah iaitu makan buah sebelum makan. 
3. Jangan Minum Teh  
Daun teh mengandungi kandungan acid yang agak tinggi. Ia akan menyebabkan Kandungan Protein yang terdapat di dalam makanan mengeras dan susah untuk di cerna. 
4. Jangan Mandi
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan peredaran dara ke tangan, kaki dan badan manakala peredaran darah kebahagian perut akan menurun. Ia akan melemahkan sistem pencernaan dialam perut. 
5. Jangan Tidur 
Makanan yang dimakan mengambil masa untuk dicerna dengan baik. Tidur selepas makan akan menyebabkan gastrik dan jangkitan di dalam usus. 
6. Jangan Berjalan-jalan
Fakta: ianya tak baik untuk anda,!. Berjalan selepas makan akan menyebabkan "acid reflux" dan masalah ketidakhadaman. Tetapi berjalan selepas 1/2 jam makan ialah bagus untuk anda bagi membakar tenaga.