Showing posts with label jangan buat selepas makan. Show all posts

6 Perkara Elakkan Buat Selepas Makan


Terjumpa 1 artikel di Internet yang agak bermanfaat iaitu tentang "7 things to avoid after eating".  Ada sesetengah yang memang aku selalu buat, contohnya makan buah selepas makan makanan yang berat. :( . Jadi kenalah berubah dari sekarang. Jom tengok apa 6 perkara jangan buat selepas makan. 

1. Jangan Merokok 
Ekperimen membuktikan merokok selepas makan dapat disamakan dengan menghisap 10 batang rokok. Peluang untuk kanser juga lebih tinggi
2. Jangan Terus Makan buah 
Dicadangkan supaya makan buah sekurang-kurangnya sejam selepas makan, dan sebolehnya pada waktu pagi ketika perut kosong. Seeloknya amalkan sunnah Rasulullah iaitu makan buah sebelum makan. 
3. Jangan Minum Teh  
Daun teh mengandungi kandungan acid yang agak tinggi. Ia akan menyebabkan Kandungan Protein yang terdapat di dalam makanan mengeras dan susah untuk di cerna. 
4. Jangan Mandi
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan peredaran dara ke tangan, kaki dan badan manakala peredaran darah kebahagian perut akan menurun. Ia akan melemahkan sistem pencernaan dialam perut. 
5. Jangan Tidur 
Makanan yang dimakan mengambil masa untuk dicerna dengan baik. Tidur selepas makan akan menyebabkan gastrik dan jangkitan di dalam usus. 
6. Jangan Berjalan-jalan
Fakta: ianya tak baik untuk anda,!. Berjalan selepas makan akan menyebabkan "acid reflux" dan masalah ketidakhadaman. Tetapi berjalan selepas 1/2 jam makan ialah bagus untuk anda bagi membakar tenaga.