Showing posts with label langkawi. Show all posts

[Gambar] Langkawi - Oriental Village & Geopark Center

  Greetings from Langkawi. Walaupun pergi Langkawi leibh 4 bulan yang lepas, I still dont care and want to blog about it :) . Tempat ini di namakan sebagai Oriental Village | Langkawi Geopark Center. Tak sangka, terdapat pelbagai aktiviti yang di tawarkan di sini disamping pemandangan yang cantik. Ternyata aku sangat teruja maklumlah sekali sekala dapat berjalan-jalan bersama ahli keluarga.




To those who have been to this place, surely they will agree with me saying the place is awesome. Patutlah ramai orang sebab dekat situ ada ATV, Langkawi Cable car, Elephant Ride, Horse Ride, Duck Tour dan sebagainya. Jangan terkejut, dekat langkawi pun ada Korea Jara Island. Sila tengok gambar di bawah ni.
-Korea Jara Island-
-Korea Nami Island-

Di Sky Adventure park, terdapat beberapa buah ATV yang disediakan untuk di sewa. Ada yang kecil dan ada yang besar. Kiranya budak pun boleh naik lah ATV ni.  :) As for the price I am not too sure because I did not try any. Jalan tengok-tengok je pon.

Keadaan kawasan sedikit berkabus sebab baru lepas hujan. Boleh nampak ramai orang beratur di bangunan tingkat atas tu, semua nak naik Langkawi Cable Car ke puncak Gunung Mat Cincang. Harga tiket ialah RM 25. Tu pun aku tak naik sebab like I said - cuma jalan-jalan jer.
Boleh dikatakan kawasan Oriental Village& Geopark Center agak besar dan bagi mereka yang penat berjalan boleh lah menaiki kuda yang disediakan. Maaf, ianya bukan percuma. Haha.
-Kereta Kuda Berhias-
 

-> Gambar di sekitar kawasan Geopark Center, Langkawi.

 
 -Jambatan merentasi parit kecil-
-Korea Nami Island & Jara Island-
-Kawasan Kedai-
-Kawasan kedai cenderamata-
-Kedai yang menjual pelbagai barangan-
-Restoran Makanan Arab-
- Gambar pemandangan selepas hujan-
Jumpa lagi

Memang tak rugi kalau ke Oriental Village dan Geopark Center nih walaupun cuma untuk jalan-jalan. Pemandangan di sana sangatlah cantik dan hijau. Rasa rugi pulak sebab tak naik Cable Car, sebab waktu tu terlalu ramai yang beratur. Mungkin lain kali. :)

Jalan-Jalan Langkawi | Beras Terbakar di Padang Mat Sirat

Orang kata kalau pergi Langkawi, kena singgah Beras Terbakar yang terletak di Padang Mat Sirat untuk tengok tinggalan sejarah sambil shopping kain batik. Jadi sampai je Langkawi terus ke Beras Terbakar Langkawi sebelum check in Hotel di Pekan Kuah. Bagi yang berminat untuk mengetahui kisah mitos Beras Terbakar boleh klik link ini -> Beras Terbakar Langkawi, Kedah .

 Kawasan tempat beras terbakar. Dulu dikatakan apabila waktu hujan akan kelihatan beras tersebut.
 Sebahagian daripada beras terbakar yang masih ada. Bercampur dengan batu-batu kecil. 
 
Orang ramai boleh melalukan sumbangan dengan meletakkan duit di dalam tabung yang disediakan.

Selain melihat tempat bersejarah, ada banyak kedai-kedai kecil yang disediakan. Antara barangan yang dijual ialah kain batik, kain pelikat, barangan cenderamata Langkawi, t-shirt dan lain-lain. Boleh dikatakan agak murah lah barang di sini.
 Terdapat seolah-olah 1 terowong yang dipenuhi dengan kedai-kedai. Tambahan pula ada bumbung, jadi nak membeli belah lebih selesa. :) Pendapat aku ok la kalau singgah nak jalan-jalan.

Jalan-Jalan Langkawi | Dayang Bay Serviced Apartment & Resort



Dayang Bay Services Apartment & Resort Langkawi | Kesempatan bercuti bersama keluarga pada bulan Jun yang lalu membawa aku dan keluarga ke Langkawi. Its been so long, last time I went was 2 years ago. When i was single and only have 2 nieces and 1 nephew. Now I am married and its my husband's first time being there. Ok First Time pergi. Note that. :)

Sama jugak macam dulu, kali ini tinggal 3 hari 2 malam di Pekan Kuah di hotel yang berbeza. Dayang bay Serviced Apartment & Resort beralamat di Persiaran Pelangi, 07100 Langkawi, Kedah. Ia baru beroperasi lebih kurang 6 bulan. Jadi pandangan pertama ialah -- Cantik, Moden dan Selesa.

--> Pandangan tentang Dayang Bay Serviced Apartment & Resort:

Ramai foreigner yang tinggal di situ. Majoriti nya ialah gang mak & pak arab (yang pakai serba hitam tu). Ada jugak lah mat saleh, tapi tak ramai. Kami check in hari Ahad, check out hari Selasa jadi memang tak ramai sangat lah orang tempatan. Memandangkan cuti sekolah baru je habis.

Menu sarapan pagi yang pelbagai jenis--fruit salad, salad, ham, sausage, roti bakar, mee goreng, kuaytiao, bihun, cereals, etc. tapi tak ada nasi lemak . Kecewa sikit lah. Menu bertukar setiap hari. Contohnya hari ini ada mashed potato, esok ada potato wedges.

Dari segi facilities, boleh dikatakan agak lengkap setiap bilik menyediakan peti ais, oven, hair dryer, water heater, dan barang-barang asas yang lain tetapi bergantung kepada jenis bilik yang pilih. Iron tidak ada sebab diorang dah sediakan ironing room di tingkat 2. Oh ya, sejadah kalau nak kena request dari receptionist.

Terdapat 1 tempat untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Cuma terdapat 3 jenis pilihan iaitu Ping pong, Snooker dan Foosball. Pada waktu malam mungkin agak crowded sikit, tapi waktu siang memang tak ada siapa pon dekat sana.

Tarikan lain ialah Kolam Renang yang besar dan banyak kerusi disediakan untuk baring-baring santai sambil baca novel. Kalau tak nak bersesak di dalam kolam utama, boleh mandi di kolam renang khusus untuk wanita. What a thoughtful hotel. :)

Akan datang -- Kids Club. Untuk masa sekarang masih lagi baru nak set up.

--> Gambar di sekitar Dayang Bay Serviced Apartment & Resort 


Pemandangan dari balkoni bilik aku di Tingkat 3.

Kolam Renang Wanita yang mengadap laut dan mempunyai atap.
Bilik yang mengadap pantai (sea view) sangat cantik, disarankan untuk pilih tingkat 3 dan ke atas. 
Dapat tengok kapal dan bot pada waktu petang.

 Kawasan Lobby dan Reception. Receptionist cakap Kedah baq hang. :)
 Pemandangan lobby pada waktu malam. Cantik kan?. And i guess they have the biggest chandelier I have seen entire life.
Antara pokok yang terdapat di sana. Sangat cantik, feeling- feeling oversea gitu
Terdapat banyak bilik yang di tawarkan di Dayang Bay Serviced Apartment & Resort. Warna bangunan ini mengingatkan aku kepada kuarters kediaman pegawai polis. Korang tak rasa gitu? . haha.
Pelancong yang baru sampai  dan menunggu masa untuk check in.
Tempat aktiviti riadah -- antaranya ialah Snooker, Foosball, Ping pong. 


Cantik bukan?. Secara keseluruhan, selama 3 hari 2 malam aku sekeluarga sangat berpuas hati dengan servis yang cepat dan mesra. Bagi yang bercadang untuk ke Langkawi boleh la tinggal di Dayang Bay Serivced Apartment & Resort.
http://www.dayangbayresort.com/
Klik gambar untuk ke website :) Selamat Melancong.