Jalan-Jalan Langkawi | Dayang Bay Serviced Apartment & Resort



Dayang Bay Services Apartment & Resort Langkawi | Kesempatan bercuti bersama keluarga pada bulan Jun yang lalu membawa aku dan keluarga ke Langkawi. Its been so long, last time I went was 2 years ago. When i was single and only have 2 nieces and 1 nephew. Now I am married and its my husband's first time being there. Ok First Time pergi. Note that. :)

Sama jugak macam dulu, kali ini tinggal 3 hari 2 malam di Pekan Kuah di hotel yang berbeza. Dayang bay Serviced Apartment & Resort beralamat di Persiaran Pelangi, 07100 Langkawi, Kedah. Ia baru beroperasi lebih kurang 6 bulan. Jadi pandangan pertama ialah -- Cantik, Moden dan Selesa.

--> Pandangan tentang Dayang Bay Serviced Apartment & Resort:

Ramai foreigner yang tinggal di situ. Majoriti nya ialah gang mak & pak arab (yang pakai serba hitam tu). Ada jugak lah mat saleh, tapi tak ramai. Kami check in hari Ahad, check out hari Selasa jadi memang tak ramai sangat lah orang tempatan. Memandangkan cuti sekolah baru je habis.

Menu sarapan pagi yang pelbagai jenis--fruit salad, salad, ham, sausage, roti bakar, mee goreng, kuaytiao, bihun, cereals, etc. tapi tak ada nasi lemak . Kecewa sikit lah. Menu bertukar setiap hari. Contohnya hari ini ada mashed potato, esok ada potato wedges.

Dari segi facilities, boleh dikatakan agak lengkap setiap bilik menyediakan peti ais, oven, hair dryer, water heater, dan barang-barang asas yang lain tetapi bergantung kepada jenis bilik yang pilih. Iron tidak ada sebab diorang dah sediakan ironing room di tingkat 2. Oh ya, sejadah kalau nak kena request dari receptionist.

Terdapat 1 tempat untuk melakukan aktiviti bersama keluarga. Cuma terdapat 3 jenis pilihan iaitu Ping pong, Snooker dan Foosball. Pada waktu malam mungkin agak crowded sikit, tapi waktu siang memang tak ada siapa pon dekat sana.

Tarikan lain ialah Kolam Renang yang besar dan banyak kerusi disediakan untuk baring-baring santai sambil baca novel. Kalau tak nak bersesak di dalam kolam utama, boleh mandi di kolam renang khusus untuk wanita. What a thoughtful hotel. :)

Akan datang -- Kids Club. Untuk masa sekarang masih lagi baru nak set up.

--> Gambar di sekitar Dayang Bay Serviced Apartment & Resort 


Pemandangan dari balkoni bilik aku di Tingkat 3.

Kolam Renang Wanita yang mengadap laut dan mempunyai atap.
Bilik yang mengadap pantai (sea view) sangat cantik, disarankan untuk pilih tingkat 3 dan ke atas. 
Dapat tengok kapal dan bot pada waktu petang.

 Kawasan Lobby dan Reception. Receptionist cakap Kedah baq hang. :)
 Pemandangan lobby pada waktu malam. Cantik kan?. And i guess they have the biggest chandelier I have seen entire life.
Antara pokok yang terdapat di sana. Sangat cantik, feeling- feeling oversea gitu
Terdapat banyak bilik yang di tawarkan di Dayang Bay Serviced Apartment & Resort. Warna bangunan ini mengingatkan aku kepada kuarters kediaman pegawai polis. Korang tak rasa gitu? . haha.
Pelancong yang baru sampai  dan menunggu masa untuk check in.
Tempat aktiviti riadah -- antaranya ialah Snooker, Foosball, Ping pong. 


Cantik bukan?. Secara keseluruhan, selama 3 hari 2 malam aku sekeluarga sangat berpuas hati dengan servis yang cepat dan mesra. Bagi yang bercadang untuk ke Langkawi boleh la tinggal di Dayang Bay Serivced Apartment & Resort.
http://www.dayangbayresort.com/
Klik gambar untuk ke website :) Selamat Melancong.

10 comments

  1. cantiknyaaa..tempat baru ke ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes Inani :) Tempat baru dekat Kuah..
      memang selesa sangat

      Delete
  2. cantekknyaaa...
    bila lah nak pergi sana ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. nanti bawa la baby nory :)

      Delete
  3. ohhh myyyyy cantikkkkkkk tempat ni!!! kos penginapan cane? is it affordable?

    p.s ika klik3 tabung nuffanng :)

    ReplyDelete
  4. cantik sangat tempat lagi dengan beach view tu..seriously tak nak balik dok sini

    ReplyDelete
  5. Thanks Licha for sharing..macam best je tempat ni..

    ReplyDelete
  6. wah.... boleh pergi ni... :D

    ReplyDelete
  7. Menarik... cantik tempatnya. Thanks sharing Licha.. :)

    ReplyDelete
  8. not bad jugak tempat ini...yang penting nampak bersih hotel nie...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete