Review | Goo.N Doraemon Edition Diapers dari Jepun

Goo.N Doraemon Diapers
Antara cabaran seorang ibu ialah untuk memastikan yang terbaik untuk anaknya.  Ia termasuklah dari segi pemakanan, cara didikan, pakaian dan juga keperluan asas yang lain antaranya lampin pakai buang. Memandangkan seorang bayi yang dilahirkan tidak disertakan dengan "manual guide" jadi para ibu kebanyakannya membesarkan anak mereka dengan kaedah mengikuti petua dan tips daripada golongan yang lebih berpengalaman.  


Apabila bercakap mengenai lampin pakai buang ianya agak subjektif kerana setiap kulit bayi tidak sama antara satu sama lain.  Mungkin anak anda sesuai jenama AB, tetapi tidak bagi anak saya dan begitulah sebaliknya. 

Apakah kriteria penting dalam pemilihan lampin pakai buang?

1. Daya tahan dan resapan
Lampin pakai buang yang tebal tak semestinya mampu menyerap lebih banyak berbanding yang nipis.  Terdapat sesetengah jenama dipasaran yang walaupun dipakai cuma 2 jam tetapi telah membentuk jelly dan lembik.  Adalah penting bagi memilih lampin pakai buang yang tidak mudah bocor. 

2. Keselesaan Bayi 
Keselesaan bayi juga perlulah dititikberatkan dalam pemilihan lampin pakai buang.  Pernah juga anak saya terkena ruam yang teruk akibat pemakaian lampin pakai buang yang tidak sesuai dengan kulitnya. 

3. Saiz dan Jenis Lampin
Pastikan anak anda memakai lampin yang bersesuaian dengan saiz mengikut berat badan.  Pemakaian lampin yang terlalu ketat mungkin akan menyebabkan kulit menjadi merah dan melecet terutamanya jika bayi anda sudah mula merangkak atau berjalan.  Pastinya ia akan menyebabkan mereka berasa tidak selesa.

Review : Lampin Pakai Buang Goo.N dari Jepun

Goo.N Doraemon DiapersTerdapat pelbagai jenama lampin pakai buang yang terdapat dipasaran antaranya ialah Goo.N dari Jepun. Antara kelebihan bagi lampin pakai buang ini ialah :

    1.  Mampu mengurangkan ruam dari berlaku
   2.  Terdapat lebih ruang pengudaraan bagi kulit bayi bernafas
   3.  Permukaan lampin yang kekal kering dan tidak mudah basah



 

 Goo.N Doraemon Edition Diapers Panties

Menariknya Goo.N juga menghasilkan lampin pakai buang edisi kartun kegemaran kanak-kanak yang digemari ramai iaitu Doraemon.  Lampin pakai buang jenis seluar ini lebih sesuai kepada kanak- kanak yang dalam fasa berjalan dan tidak mudah duduk diam untuk memakai lampin.  Adakalanya terpaksa berkejar satu rumah hanya untuk dipakaikan lampin.  Itulah ragam si anak kecil!.


Gambar dibawah ialah contoh lampin pakai buang Goo.N edisi doraemon yang dipakai oleh Mikael.  Memandangkan beratnya sekarang sudah melebih 12kg, jadi saiz yang sesuai untuknya ialah XL.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan lampin Goo.N boleh dapatkan di Lazada.
Harga : RM94.90 bagi 3 pek (XL - 42 keping)

2 comments

  1. Sally yg takde anak pun rasa nak beli pampers macam ni...hahahah #minatdoraemon :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..itulah sebab comel sangat. kita orang dewasa pon suka tengok doraemon

      Delete