Showing posts with label suami curang. Show all posts

Isteri Balas Dendam Suami Curang



Kerana perbuatan si suami yang curang, Timeshia Brown telah mengambil langkah bijak dengan membeli ruangan iklan di dalam surat khabar bagi membongkarkan perbuatan sang suami tak guna itu. Perkara ini telah berlaku di Texas, dan surat khabar tersebut diedar di kawasan tempat tinggal perempuan simpanan suaminya. Memang langkah yang sangat berani dan bijak. 

Mesej yang di tulis beliau berbunyi "I would like to say congratulations to Shara Cormier and Patrick Brown. They are expecting a baby. Hope you both are really in love and I hope it works out. Always, Patrick's wife, Timeshia Brown."

Perbuatan Timeshia mendapat pujian dari ramai orang termasuklah pengguna laman sosial kerana gambar tersebut telah dimasukkan ke dalam Facebook. Memandangkan zaman sekarang terlalu ramai perampas dan pencuri, maka tidak hairan lah jika sebagai mangsa kita harus mengambil langkah yang lebih proaktif dan menggunakan kecerdikan akal. Setakat buat press conference lepas tu suruh si Isteri lelaki tersebut mintak maaf. Itu bodoh namanya. 

Lagi aku kagum kalau dia beli iklan tu guna duit suami tak guna dia tu. hihi.. :)