Isteri Balas Dendam Suami Curang



Kerana perbuatan si suami yang curang, Timeshia Brown telah mengambil langkah bijak dengan membeli ruangan iklan di dalam surat khabar bagi membongkarkan perbuatan sang suami tak guna itu. Perkara ini telah berlaku di Texas, dan surat khabar tersebut diedar di kawasan tempat tinggal perempuan simpanan suaminya. Memang langkah yang sangat berani dan bijak. 

Mesej yang di tulis beliau berbunyi "I would like to say congratulations to Shara Cormier and Patrick Brown. They are expecting a baby. Hope you both are really in love and I hope it works out. Always, Patrick's wife, Timeshia Brown."

Perbuatan Timeshia mendapat pujian dari ramai orang termasuklah pengguna laman sosial kerana gambar tersebut telah dimasukkan ke dalam Facebook. Memandangkan zaman sekarang terlalu ramai perampas dan pencuri, maka tidak hairan lah jika sebagai mangsa kita harus mengambil langkah yang lebih proaktif dan menggunakan kecerdikan akal. Setakat buat press conference lepas tu suruh si Isteri lelaki tersebut mintak maaf. Itu bodoh namanya. 

Lagi aku kagum kalau dia beli iklan tu guna duit suami tak guna dia tu. hihi.. :)



10 comments

  1. mesti suami dia terkejut beruk tengok sindiran pedas dari wife dia tu..huhu

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. bijak! apa kelas serang2.. tarik rambut bagai guna cara bijak yang tak menjatuhkan maruah seorang wanita

    ReplyDelete
  3. Baru ada akal suami dia tu huhu...

    ReplyDelete
  4. memang halus betul caranya.. tapi tentu berkesan.. selalu orang guna cara kasar.. menabung inti, churp2..

    ReplyDelete
  5. Not a bad idea Licha....he..he. Part PC Tu macam Nak setuju aje...

    ReplyDelete
  6. sepatutnya letak sekali gambar diorang berdua , kasi lagi pedas .

    ReplyDelete