Untuk GA yang lepas, cuma 5 peserta yang mengambil bahagian dalam GA mengarang ayat dan mencurahkan idea mengenai tanda-tanda yang boleh korang jadikan petunjuk bagi memutuskan sesuatu hubungan.
Jadi antara peserta nya ialah Yumida.
Beliau boleh dikira antara blogger yang terkenal dan juga selalu BW ke blog-blog orang lain.
Pendek cerita tidak sombong lah kan.. :) So thats the thing i like about her.
Cuma 1 je yang aku musykil, tak pernah lagi aku tengok wajah di sebalik blog Yumida ni.
Mungkin 1 hari nanti boleh buat entry "Gambar Sebenar Pemilik Blog Yumida telah dibongkar" --gurau je.hihi.
SIMPLE GA : 5 tanda patut tinggalkan
je lelaki tu.
1. Tak ada wawasan
atau impian
seorang lelaki patutnya
memiliki impian atau perancangan untuk masa depan. Kalau dia sendiri tak tahu
apa dia nak, mesti dia pun akan terus hidup macam tu tanpa arah tuju. Ambil
contoh- Korang dah kapel, sekali tanya bila kita nak kahwin?. jawapannya "tak
tahu". OK!. that's the cue for you to leave him. If the guy is serious
enough, he will create something or come up with a plan. Bercinta nak, kahwin
tak sudi!. macam mana tu?
2. Tak serious dalam
sesuatu
Lelaki yang tidak serius dalam
melakukan sesuatu mempunyai prinsip yang tidak tetap. Pendiriannya
berubah-ubah. Baik hatinya, perasaannya, kesungguhannya dan
bermacam lagi. Dalam hubungan, mereka akan sentiasa bersikap sambil
lewa. Tidak benar-benar mahu melaksanakannya. Contohnya,
suatu hubungan telah terbina sekian lama. Apabila berbicara soal kahwin, mereka
akan mengelak. Mencipta berbagai alasan. Sebab
musabab tidak dapat berkahwin. Lelaki yang serius dalam perhubungan, akan
mencari jalan bagaimana untuk melangsungkan perkahwinan. Jika ianya berkaitan duit,
mereka akan meminta suatu tempoh agar duit dapat dikumpulkan untuk
melangsungkan perkahwinan. Ianya termasuklah dalam mengambil hati kita
sebagai pasangannya. Tiada usaha untuk membahagiakan kita,
membiarkan kita dengan perasaan kita sendiri. Umpama kita sorang je yang
bertepuk sebelah tangan, tapi dia…buat don’t know je. Sikap acuh tak acuh.
Terdetik di hati, siapa kita dalam hidup mereka? Mahukah kita menjalinkan cinta
dengan lelaki yang tidak serius dalam perhubungan?
3. Lelaki bermulut
murai
Mereka yang suka bercakap, bercakap
dan bercakap. Bercakap benda yang tidak berfaedah. Kengkadang
apa yang dituturkan tiada mesej. Umpama bercakap benda yang sia-sia.
Orang sebegini jenis yang bukan suka mendengar. Menurut sebuah hadis, lelaki
yang banyak bercakap, keras hatinya. Tidak mahu mendengar pandangan
orang lain. Hanya mahu pendapat dirinya sahaja diterima. Jadi
bagaimana dengan pendapat orang lain? Pentingnya dalam perhubungan untuk
menjadi seorang pendengar yang baik. Mendengar apabila
pasangan kita meluahkan perasaannnya, meluahkan masalahnya..agar sama-sama
mencari jalan penyelesaian. Kalau jenis yang banyak bercakap juga tak mahu
mendengar pendapat orang lain, hancuslah perhubungan kita. Itu baru couple,
kalau dah berkahwin lagi banyak cabaran, dugaan dan masalah yang menimpa.
Better kita tinggalkan lelaki sebegini dan mencari pengganti seorang pendengar
yang baik.
4. Suka mengungkit
Pasti sakit hati kita apabila
pasangan kita suka mengungkit! Mengungkit akan barang pemberiannya,
mengungkit akan wang yang telah dibelanjakan olehnya,
mengungkit akan pengorbanan masa dan tenaga mereka dan
sebagainya. Lelaki yang suka mengungkit membuatkan kita berasa tidak
dihargai. Rasa tersinggung..semestinya! Membuatkan kita sentiasa berkecil
hati. Sanggupkah kita hidup bersama lelaki yang suka mengungkit???
Seorang lelaki yang benar-benar mencintai kita akan mengikhlaskan
setiap perbuatannya. Ikhlas akan pemberiannya, pengorbanannya. Isu
ungkit-mengungkit tidak akan timbul. Pasti membina hubungan yang bahagia.
Umpama kata pepatah ‘give and take’. Yang sorang bagi, yang sorang lagi
menerimanya. Pasangan anda jenis suka mengungkit? Tidak ikhlas dalam
perhubungan? Tinggalkan sahaja. Moga anda menemui pasangan yang ikhlas
berkorban demi mencintai anda.
5. Lelaki yang panas
baran
Menyeramkan bila kita
mendapati pasangan kita seorang yang panas baran. Tidak boleh tersilap
sedikit, habis barang-barang menjadi tempat meluahkan
kemarahan! Menyepak kerusi, meja, memecahkan pasu, membaling handphone.
Huish…dahsyat! Lagi parah andai kita ditakdirkan menjadi isterinya. Bukan
sahaja objek di rumah menjadi tempat melepaskan marahnya tapi badan
kita. Lebam di sana sini. Malah kes penderaan suami terhadap
isteri sekarang ni makin meningkat. Jika kita mengesan adanya sikap
panas baran pasangan kita. Baik kita berundur, putuskan hubungan.Biar
hati kita kecewa dek cinta tak kesampaian, jangan sampai badan kita luka
berdarah dek tempias kemarahan.
pssttt.... Aku paling suka bila Yumida cakap mengenai mulut murai.
hehe.. tenkiu Yumida walaupon femes nak jugak join GA licha yang serba simple.
yela kita pun tak pernah lagi nmpk muka yumida yg sebenar
ReplyDeletelaki mlut murai ?
ReplyDeletexpenah jmpe lg tp kalau jmpe sure annoying
haha :P
paling tak suka mengungkit.. mencik. dulu ex bila nak clash minta abis barang dia bagi.. walhal barang2 kita bg x pulak kita minta balik. sebab bagi akak la kan.. apa yg akak bg kt orang tu.. tu dh jd milik dia.
ReplyDeleteLicha tgh belajar2 nak cari jodoh ni..hehehe
ReplyDeleteyang xde wawasan dan impaian tu mmg patut di tinggalkan..
ReplyDeletepernah jumpa lelaki yang ada 5 tanda tu.. memang tinggalkan je..
ReplyDeletesesiapa ada boyfriend macam kat atas tu baik tinggalkan sekarang.. hehe..
ReplyDeletedah jupe yg pertama dan kedua..memang mencabar keimanan..last2 bye2
ReplyDelete:(
ReplyDeleteyup...agree on that, yumida memang dikalangan blogger yang femes dan rajin..hehehe..and her point dalam entry nie pun saya setuju..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
paling tak suka lelaki yang panas baran >:(
ReplyDeletekalau ada ciri2 tu, mmg patut tinggalkan pun. heheh
ReplyDeleteyg mulut murai tu yg xtahan..kalau panas baran skAli pakej dgn kaki pukul lg lah... jauh kn diri...
ReplyDeletehuahuahua..thanks sudi publish pendapat yumida
ReplyDeleteaah yumida jarang letak gambar kat blog
pernah letak..dalam artikel tertentu je..
Dlm entri ephyra dulu ada tgk gambar sis yumida. hehe
ReplyDeleteyg bermulut murai tu yg tak tahan.. huhu
oh yeke? ok tenkiu dear.. nak google sekarang.. hahaha..
Deletebetul2. mulut murai tu patut dicilikan aje
Oklah tu kalau kena tinggal..he..he
ReplyDeleteAlhamdulillah.. saya langsung tiada kesemua ciri2 tu.. :D :D
ReplyDeleteHmm hmm most ciri ciri tu ada pd ex bf sy.. plus ex *madu* sy tuh still tanak tinggalkan dia selama 9thn.. even lelaki tu cari sy, pmpn tu pn kerap cari sy mengadu pasai bf dy tuh.. yg paling sedih, bila i tinggalkan dia means i bukan terbaik utk dia.. lelaki tersebut boleh dikatakan nakal dan dia pernah mengakui pada sy.. bkn pada pmpn tu.. tetapi lepas sy tinggal kan dia.. dia lebih bahagia melayan that gurl.. and that gurl ignore what ive said .. skrg nie hati rasa teruk sgt sbb pilih jln ptus. :'(
ReplyDeleteMengakui pernah jadi jahat pd masa silam dia tp tetap xserius bercinta****
DeleteSalam Dear,
DeleteSome people will change, some people will not. Licha tak pernah ada pengalaman macam ni jadi i am sorry kalau apa yang licha cakap ni mungkin tak kena sebab i was not there or i am not you. Kan?.
Ingatlah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Mungkin pedih untuk meningalkan seseorang tu kalau dah sayang, yelah .. kita kan perempuan.. Hihi..
Kalau perlu, bagi peluang. Tapi i should say, u make a good decision. Let him go.
Biarkan. Lelaki kalau bercinta pun dah serba tak kena, bila ada hubungan yang lebih serius, dan untuk dia berubah memang agak susah.
Jangan di kenang ye dear.
*hugs*. U are strong. and you know it.
Tak mati pon tak tengok ex bf sehari kan? .
I pnh ade ex y ade 5 ciri2 di ats..bru je knl tp dh ckp nk seyes ngn i...siap bjnji ngn mak abah i tp lazly jnji tgl jnji..dlm di die ade pmpn len y keje kt jusco tuh..1ari die mntk pnjm wit ab nk bayar wit kete+ roadtax katenye...i runsing bile ari2 ckp bnde y same smpai die mrh2 i...so dgn kpendekan akal i,i pn bg la rm2500 kt die...bile dh dpt wit 2 die pn mule la mjauhkn diri dr i..smpai la bru2 ni i dpt tngkp y die ade pmpn len..siap nk btunang pn...tuhan je y tw ati i...mmg dr dlu lg i nk tgl kn die sb i mmg xske laki y ade ciri2 di ats tp ntah laaaa...i rse berat ati nk tgl kn die sb die slalu ckp y die 2 ssh la ape la...now i rse lege sbb dh pts ngn die..tp i xtw cmne nk dptkn blk wit i tuh..iskkkk issskkkkk
ReplyDeletehi dear :)
Deletekalau mula2 kenal dah mintak pinjam duit -- kebanyakan nya mempunyai niat yg tak baik iaitu cuma nak ambil kesempatan :( . tak logik jugak kan kalau baru-baru je kenal belum kenal betul2 lagi dah cakap nak serious.
sabar ye. banyak jugak 2500 tu. its not your fault, sebab kita perempuan kalau dah sayang sayang sangat2. i understand that. jadikan pengajaran dan jadi lebih bijak lagi lepas ni k.
insyaAllah yg lebih baik tu akan datang 1 hari nanti. just keep hoping and pray for the Best
gud luck :)