Magic Jelly Lovera | 5 Kegunaan Aloe Vera Untuk Kecantikan

Tahukah anda, Aloe Vera merupakan antara bahan yang terkenal dan digunakan secara meluas untuk mengubati masalah yang berkaitan kulit?.  Terdapat pelbagai jenis tutorial dan tips yang boleh didapati di internet mengenai cara penggunaan Aloe Vera untuk kecantikan.  Bukan sahaja boleh diletakkan di muka, kulit dan rambut tetapi gel Aloe Vera juga dikatakan mampu  untuk membantu meningkatkan sistem imun badan, membekalkan nutrien dan juga membantu pencernaan makanan jika dimakan.

magic jelly lovera

Kegunaan Aloe Vera untuk kecantikan ialah seperti berikut: 

  • Melegakan kesan terbakar akibat berjemur (Sunburn)
Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti dibawah terik mentari, kesan terbakar daripada terdedah kepada cahaya matahari (Sunburn) boleh dihilangkan dengan meletakkan gel aloe vera ke seluruh wajah.  Aloe Vera mengandungi anti-flammitory (anti-radang) dan boleh mempercepatkan proses penyembuhan selain menyejukkan kulit.

  • Sebagai agen pelembab kepada kulit kering
Aloe Vera tidak menyebabkan liang pori tersumbat sebab itulah ia nya menjadi pilihan terbaik untuk digunakan sebagai pelembab.  Bagi mereka yang memiliki masalah kulit kering boleh gunakan Aloe Vera untuk melembabkan kulit.  Ianya berkesan dan lebih menjimatkan.

  • Mengurangkan jerawat dan jangkitan kulit  
Antara kegunaan lain untuk kecantikan, Aloe Vera dikatakan mampu untuk mengurangkan masalah jerawat dan jangkitan kulit.  Ini kerana Aloe Vera memiliki ciri-ciri anti radang, anti bakteria dan anti septik.  Jika digunakan secara berterusan saiz pori juga akan mengecil dan lebih licin.

  • Menghilangkan kelimumur dan menyihatkan kulit kepala
Kelimumur adalah salah satu musuh ketat bagi kaum wanita.  Punca kepada kelimumur ialah kulit kering, jangkitan kulat, kulit kepala yang luka dan berminyak.  Sapukan gel Aloe Vera dikulit kepala dan biarkan selama beberapa minit kemudian bilas.  Kulit kepala akan bertambah sihat dan kurang berminyak.

Review  : Magic Jelly Lovera Gel Kecantikan Serbaguna

magic jelly lovera

magic jelly lovera

Masalah lazim bagi wanita ialah kulit kusam, berjerawat, parut jeragat yang sukar hilang, tona tidak sekata dan sebagainya.  Penggunaan produk yang dibeli dari dari farmasi (drug-store) kebanyakannya mengandungi bahan kimia yang akan membahayakan kesihatan.  Malah, bukan semua orang mempunyai keserasian terhadap produk tertentu.  Mungkin atas faktor tersebut kini permintaan terhadap produk yang mempunyai bahan semulajadi semakin meningkat.  

Magic Jelly Lovera, satu botol pelbagai guna

Magic Jelly daripada Lovera menggunakan Aloe Vera sebagai bahan asas utama disamping bahan lain iaitu Timun, Sengkuang dan Bunga Chamomile.  Semua bahan yang digunakan ialah bahan semulajadi dan tidak mengandungi sebarang bahan yang membahayakan kulit.

Magic Jelly tidak mengandung bahan berbahaya seperti Mercury,  Hydroquione, Steroid, ataupun pewarna tiruan dan ianya selamat digunakan daripada bayi sehingga orang dewasa.

Aloe Vera boleh digunakan untuk kecantikan, tidak hanya terhad untuk kulit.  Antara kebaikan dan kelebihan Magic Jelly daripada Lovera adalah seperti berikut :

  • membunuh jerawat
  • membuatkan solekan bertambah glowing
  • mengurangkan kulit berminyak
  • melembabkan kulit kering
  • menguatkan akar rambut
  • melegakan ruam lampin bagi bayi
  • melebatkan bulu mata & kening, dan lain- lain

magic jelly lovera
 Adalah berbaloi untuk memiliki Magic Jelly kerana ianya bersifat universal dan mempunyai pelbagai gunaIanya selamat digunakan kepada bayi kerana tidak mengandungi bahan kimia.  Tambahan lagi gel mudah menyerap kedalam kulit dan tidak meninggalkan rasa melekit.  Gel Aloe Vera keluaran Lovera mempuyai bau Chamomile yang lembut.

Tekstur gel yang lembut dan mudah menyerap akan memberi kesan lembapan yang berpanjangan.  Tidak melekit dan sangat sesuai dipakai sebagai mosturizer sebelum memakai make-up.  Hasilnya make up akan tahan lebih lama dan glowing.  Selain itu, Magic Jelly boleh digunakan untuk memanjangkan dan melebatkan bulu mata dan kening. Cuma letakkan sedikit gel diatas putik kapas (cotton bud) dan sapukan keatas bulu mata dan kening setiap hari sebelum tidur. 

Jika anda tidak membawa pencuci make up bersama-sama ketika keluar, ataupun perlu menanggalkan  make up tidak perlu risau kerana boleh gunakan Magic Jelly.  Mudah bukan?.  Cuma 1 botol untuk pelbagai guna, terutama ketika berjalan jauh atau mengikuti rombongan ke mana-mana Magic Jelly sememangnya harus ada didalam beg dan dibawa bersama. 




Untuk menguji keberkesanan Magic Jelly disarankan untuk mendapatkan sebotol dan anda pasti akan berpuas hati.

Instagram : @LoveraMalaysia
Website : www.lovera.com.my

No comments