Kalau korang perasan, antara hadiah untuk GA aku haritu salah satunya ialah BB Plus Collagen 1 kotak yang bernilai RM180. Produk yang macam best je kan?. Jadi akak sponsor Azilda bagi aku cuba sample BB Plus Collagen ini.
Sebelum cuba ada jugak lah aku godek-godek review di Internet pasal BB Plus Collagen ini. Wahh.. tengok manfaat dia macam bagus je nih. Betul ke apa yang diperkatakan itu? Bukan apa, aku pentingkan ke aslian testimoni dari orang yang betul-betul mengamalkannya. Tak mau lah yang jenis kopi pes digunakan secara berjemaah. Haha.
Mari tengok pendapat aku :
Rasa. Rasa dia macam berry sikit. Walaupun antara bahan yang digunakan ialah Kolagen Ikan, bila bancuh dengan air tak ada bau pelik atau memualkan. Kalau korang pernah minum Aurawhite, K Colly, BB plus ini kira sedap jugak lah.
Kesan. Setakat aku cuba sample memang tak boleh nak bagi komen umpama dah pakai setahun lah kan. Common sense kan? Cuma memang aku sengaja minum masa muka naik jerawat. Alhamdulillah, belum sampai 2 hari jerawat dah surut, warna pun dah tak merah walaupun tak letak krim jerawat sebab nak uji keberkesanan produk ini sendiri.
Harga. Dalam 1 kotak ada 20 sachet dijual dengan harga Rm180. Tapi kalau nak harga yang boleh kawtim korang contact akak Azilda ye. Harga kasih sayang yang bakal diberikan beserta dengan layanan yang mesra pelanggan. Akak ni sempoi jugak lah bagi aku. PR dia marvelous.
muka berjerawat aku.
Kalau yang tak pernah minum segala jenis minuman collagen pulak, aku boleh sarankan untuk cuba BB Plus Collagen sebab ianya selamat dan bebas daripada bahan beracun. Lagipun tak ada siapa pon yang suka kalau muka ada jerawat lama-lama kan? . Cuma kalau korang cari produk yang asal minum 5 jam terus putih, mintak maaf dik non ye. Baik kau pergi inject, seminit terus tegang.
Kalau dah minat nak beli boleh lah cari kat:
Nak sembang lebih sikit boleh la whatsapp :
Adliza Azilda : 0172711930
Mesti kau nak seller yang boleh dipecayai dari segi servis yang tip top dan yang boleh dibuat kawan kan.
Aku dah tahap bestfriend dah. Hehe..
Kalau antara azam 2014 korang nak cantik macam Che Ta silakan lah cuba produk BB Plus Collagen.
p/s: Ini adalah pendapat jujur aku tentang sesuatu produk, tak ada berat sebelah.
Kalau korang nak aku review, hantar email - n.lizanora@gmail.com