Showing posts with label keburukan vitamin. Show all posts

Adakah Vitamin Mencegah Penyakit?

Antara berita menarik yang aku sempat baca harini pasal vitamin. 
Penting jugak untuk aku tau sebab dalam sebulan ada jugak beberapa ratus yang aku belanja untuk vitamin semata. Antaranya Vitamin C (jenama Shaklee, sebab kena paksa beli dengan kawan aku), Vitamin E untuk sapu dekat kulit dan lain-lain. Jadi betul kah berita yang mengecewakan mengenai vitamin ni?


Menurut 2 kajian yang dijalankan, vitamin tidak melindungi penuaan otak mahupun membantu mangsa serangan sakit jantung. Kalau nak baca berita penuh mengenai perkara diatas boleh pergi ke link ini.

Satu lagi berita berkaitan boleh ditemui di Yahoo Health. Menariknya, saranan Physicians ialah untuk berhenti membazirkan duit kepada makanan tambahan kerana ianya tidak perlu malah boleh membahayakan. Berita penuh di sini.

Sekarang ini aku rasa macam dah terbiasa dan diajar makan buah selepas makan,
 tiba-tiba keluar kenyataan sepatutnya makan buah sebelum makan.
 Ha. Rasa macam tu tak?