Aku tak sangka pula kalau kat Nuffnang pun aku boleh jumpa lawak antarabangsa macam dalam komik Ujang. Ada je benda nak buat aku gelak sakan pagi-pagi kat pejabat. Teringin aku nak bersua muka dengan orang yang cari keywords "maksud mimpi pakai seluar slack itm" tu. Soalan aku,
kalau tidur pakai seluar tak? hahaha..
Macam-macam kan orang cari kat internet ni?
I totally cannot brain this!.
Tafsiran mimpi oleh Licha Jemah :
Mungkin mimpi itu nak memberitahu bahawa awak akan mendapat kerja yang lebih bagus, memakai seluar slack itam, blazer dan juga tali leher. Jadi sila bangun dari tidur dan mulakan usaha.
Mimpi tak kan menjadi kenyataan.
Kalau tak cuba digapai dengan tangan.
Salam Jumaat.