[Gambar] Pertandingan Ratu Cantik Unta

Ratu cantik dah biasa dengar sangat dah kalau peserta dia perempuan. Kalau ratu cantik kategori Pondan pun dah selalu. Kalau peserta Ratu cantik itu unta macam mana?. 


Pertandingan ratu cantik untuk Unta telah diadakan di Abu Dhabi. Perayaan yang dinamakan sebagai "The Al Dhafra Camel Festival" ini diadakan setiap tahun. Bertujuan untuk menunjukkan budaya dan warisan negara arab bersatu. Setiap unta akan dinilai berdasarkan bentuk, saiz, postur badan dan warna.



 Antara unta-unta yang turut mengambil bahagian. 
Para Hakim Ratu Cantik Unta. 

Pendapat aku pertandingan ratu cantik yang peserta dia unta ni bagus jugak diadakan. Kuranglah sikit dosa tengok perempuan seksi dan dosa mengumpat perempuan yang kalah. hahaha.. Tahun ini Miss World pemenang dia  kan orang Philipines kan?. Teruk jugak dia kena troll dekat 9gag. Kesian. 

Sebelum berpisah nah selfie sekeping. hehe. :) 


Siapa pernah makan daging unta? Apa rasa dia ea?


Review - BB Plus Collagen. Berkesan ke?

Kalau korang perasan, antara hadiah untuk GA aku haritu salah satunya ialah BB Plus Collagen 1 kotak yang bernilai RM180. Produk yang macam best je kan?. Jadi akak sponsor Azilda bagi aku cuba sample  BB Plus Collagen ini.

Sebelum cuba ada jugak lah aku godek-godek review di Internet pasal BB Plus Collagen ini. Wahh.. tengok manfaat dia macam bagus je nih. Betul ke apa yang diperkatakan itu? Bukan apa, aku pentingkan ke aslian testimoni dari orang yang betul-betul mengamalkannya. Tak mau lah yang jenis kopi pes digunakan secara berjemaah. Haha. 


Mari tengok pendapat aku :

Rasa. Rasa dia macam berry sikit. Walaupun antara bahan yang digunakan ialah Kolagen Ikan, bila bancuh dengan air tak ada bau pelik atau memualkan. Kalau korang pernah minum Aurawhite,  K Colly, BB plus ini kira sedap jugak lah.

Kesan. Setakat aku cuba sample memang tak boleh nak bagi komen umpama dah pakai setahun lah kan. Common sense kan?  Cuma memang aku sengaja minum masa muka naik jerawat. Alhamdulillah, belum sampai 2 hari jerawat dah surut, warna pun dah tak merah walaupun tak letak krim jerawat sebab nak uji keberkesanan produk ini sendiri. 

Harga. Dalam 1 kotak ada 20 sachet dijual dengan harga Rm180. Tapi kalau nak harga yang boleh kawtim korang contact akak Azilda ye. Harga kasih sayang yang bakal diberikan beserta dengan layanan yang mesra pelanggan. Akak ni sempoi jugak lah bagi aku. PR dia marvelous.  

muka berjerawat aku.

Kalau yang tak pernah minum segala jenis minuman collagen pulak, aku boleh sarankan untuk cuba BB Plus Collagen sebab ianya selamat dan bebas daripada bahan beracun. Lagipun tak ada siapa pon yang suka kalau muka ada jerawat lama-lama kan? . Cuma kalau korang cari produk yang asal  minum 5 jam terus putih, mintak maaf dik non ye. Baik kau pergi inject, seminit terus tegang. 

Kalau dah minat nak beli boleh lah cari kat:

Nak sembang lebih sikit boleh la whatsapp :
Adliza Azilda : 0172711930

Mesti kau nak seller yang boleh dipecayai dari segi servis yang tip top dan yang boleh dibuat kawan kan. 
Aku dah tahap bestfriend dah. Hehe..

Kalau antara azam 2014 korang nak cantik macam Che Ta silakan lah cuba produk BB Plus Collagen.



p/s: Ini adalah pendapat jujur aku tentang sesuatu produk, tak ada berat sebelah.
Kalau korang nak aku review, hantar email - n.lizanora@gmail.com

[Gambar] Ambil semula gambar perkahwinan dengan anak

Setelah kematian isteri pada tahun 2011 yang disebabkan oleh kanser paru-paru, si suami Ben dan anak mereka yang bernama Olivia telah membuat keputusan untuk mengambil semula gambar perkahwinan Ben dan isterinya iaitu Ali Nunery yang merupakan seorang guru. 

Mereka telah membuat keputusan untuk mengambil semula gambar perkahwinan itu kerana Ben dan Olivia hendak berpindah keluar dari rumah tersebut. It was sort of last tribute to her wife. 
Such a loving husband and dad, right? 


 
Comel sangat apabila Olivia cuba untuk meniru semula keadaan ibunya ketika di siapkan. :)

Secara peribadi, aku sangat tersentuh dengan kisah ini. Walaupun isteri beliau telah meninggal dunia, dia cuba untuk mengekalkan memori yang indah dan menghargai percintaan mereka dengan mengambil semula gambar perkahwinan mereka suatu masa dulu. I m so touched. Honestly its hard to find such kind of guy these days.

Semua gambar tersebut telah diambil oleh ipar nya, Pace yang merupakan jurugambar asal untuk gambar perkahwinan Ben. Kalau korang nak tengok lagi, boleh pergi ke blog Pace

Adakah Vitamin Mencegah Penyakit?

Antara berita menarik yang aku sempat baca harini pasal vitamin. 
Penting jugak untuk aku tau sebab dalam sebulan ada jugak beberapa ratus yang aku belanja untuk vitamin semata. Antaranya Vitamin C (jenama Shaklee, sebab kena paksa beli dengan kawan aku), Vitamin E untuk sapu dekat kulit dan lain-lain. Jadi betul kah berita yang mengecewakan mengenai vitamin ni?


Menurut 2 kajian yang dijalankan, vitamin tidak melindungi penuaan otak mahupun membantu mangsa serangan sakit jantung. Kalau nak baca berita penuh mengenai perkara diatas boleh pergi ke link ini.

Satu lagi berita berkaitan boleh ditemui di Yahoo Health. Menariknya, saranan Physicians ialah untuk berhenti membazirkan duit kepada makanan tambahan kerana ianya tidak perlu malah boleh membahayakan. Berita penuh di sini.

Sekarang ini aku rasa macam dah terbiasa dan diajar makan buah selepas makan,
 tiba-tiba keluar kenyataan sepatutnya makan buah sebelum makan.
 Ha. Rasa macam tu tak?


[Gambar] 7 gambar langit tercantik di Dunia

Seoul, South Korea.

Gambar pemandangan yang cantik dan  mendamaikan sememangnya mampu menarik minat aku. Wallpaper laptop pun aku lebih suka letak gambar pemandangan. Rasa lebih tenang bila nak buat kerja. 
Dah la kerja serabut, kalau tengok wallpaper yang serabut jugak lagi stress aku rasa. 
Antara semua, aku paling suka gambar Dubai, sangat epic. hehe.. 

 Bangkok, Thailand


 Beijing, China

 Boston, USA

 Paris, Perancis

Taipei, Taiwan

Dubai, Emiriah Arab Bersatu


Nak tengok lagi, klik Sumber 

Tafsiran Mimpi - Maksud Mimpi Pelik


Aku tak sangka pula kalau kat Nuffnang pun aku boleh jumpa lawak antarabangsa macam dalam komik Ujang. Ada je benda nak buat aku gelak sakan pagi-pagi kat pejabat. Teringin aku nak bersua muka dengan orang yang cari keywords "maksud mimpi pakai seluar slack itm" tu. Soalan aku,
kalau tidur pakai seluar tak? hahaha.. 

Macam-macam kan orang cari kat internet ni? 


 I totally cannot brain this!. 

Tafsiran mimpi oleh Licha Jemah : 

Mungkin mimpi itu nak memberitahu bahawa awak akan mendapat kerja yang lebih bagus, memakai seluar slack itam, blazer dan juga tali leher. Jadi sila bangun dari tidur dan mulakan usaha. 

Mimpi tak kan menjadi kenyataan. 
Kalau tak cuba digapai dengan tangan. 

Salam Jumaat. 

[Gambar] Beginikah rupa "Perempuan Sempurna" di mata Lelaki ?

Dalam sebuah survey kecantikan, lelaki dan perempuan telah diminta untuk meberikan gambaran wajah yang sempurna dengan mengambil ciri-ciri antara perempuan tercantik di dunia. 
Melalui kajian tersebut, lelaki lebih menyukai rambut perang seperti shakira, mempunyai bibir seperti Angelina Jolie dan dagu yang runcing seperti Megan Fox. Gambaran tersebut boleh dilihat seperti gambar dibawah. 

Berlainan pula dengan perempuan, mereka mempunyai tanggapan sendiri tentang perempuan yang sempurna. 



Gambaran Perempuan Sempurna pilihan perempuan ialah mempunyai rambut hitam, bibir mungil milik Scarlet Johansson, hidung seperti Blake Lively. 

Persamaan antara pilihan lelaki dan perempuan ialah dagu milik Megan Fox. 
Dagu Megan Fox. Dagu "tersempurna" . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...