W.W | Komen Luahan Hati Seorang Perempuan


Percayalah ada yang lebih baik sedang menunggu :)
InsyaAllah

9 Makanan yang tak perlu disimpan di dalam peti sejuk

Edisi peti ais kita kali ini mengenai 11 makanan yang tak boleh disimpan di dalam peti sejuk. Macam biasalah kadang-kadang benda yang tak perlu pun kita akan letakkan di dalam peti sejuk. Epal gigit separuh pun kadang-kadang ada tersimpan sampai seminggu. ewww.. aku la tu kadang-kadang. haha.


Mari kita semak apa yang patut dikeluarkan dari peti sejuk korang tu. Berguna jugak info ini :


1. Bawang Putih : Lama kelamaan ianya akan bercambah dan juga berkulat.   

2. Bawang Merah : Bawang akan berkulat dan lembik/ benyek. Kalau biarkan terlalu lama akan tumbuh daun bawang. 

3. Hot Sauce/ Sos Pedas : Ianya boleh disimpan di kabinet dan mampu bertahan sehingga 3 tahun.!

4. Serbuk Kopi/ Biji Kopi : Kopi akan hilang rasa dan menyerap bau-bauan di dalam peti sejuk. Salah 1 tips untuk menghilangkan bau busuk didalam peti sejuk ialah dengan meletakkan serbuk kopi. 

5. Madu : Madu tidak mempunyai tarikh luput dan mampu bertahan sehingga 3000 tahun, tetapi jika diletakkan di dalam peti sejuk, ia nya akan membentuk kristal dan memekat dengan cepat. 

6. Roti : Kepingan roti yang lembut akan berubah menjadi roti kering.

7. Tembikai :  salah satu kandungan tembikai ialah antioxidants. dengan meletakkan tembikai di dalam peti sejuk, ia akan kehilangan antioxidants tersebut. 

8. Tomato : Tekstur dan rasa tomato akan berubah apabila diletakkan di dalam peti sejuk.

9. Kentang : Kentang akan jadi bergerutu dan rasanya akan berubah.

Boleh la mula mengemas peti sejuk korang pulak ye. Apa yang tak perlu tu keluarkan dan letak je dalam kabinet. :) 

Sumber :  Buzz Feed Video 

Bajet Perjalanan Ke Singapore

Bajet Perjalanan Ke Singapore| Fokus utama aku harini ialah pengangkutan.Ada banyak pilihan untuk ke Singapore dari KL melalui jalan darat, laut mahupun udara. Bagi budget traveller setiap kos haruslah dikira dengan bijak. Selagi boleh berjimat apa salahnya berbelanja lebih untuk penginapan. Kan lagi best tidur tilam empuk?. Kan?.

Keretapi
Menurut kata kawan aku dah tak de. Ntah lah. Tak survey pulak. hee. 

Kereta
Kalau nak menaiki kereta ke Singapura memang boleh dan tak ada masalah, kos utama yang perlu dikira ialah tol dan minyak. Bagi aku kalau dari tempat yang tak jauh sangat ok lah nak drive. Dan kalau ada orang lain yang mampu nak drive perjalanan jarak jauh. Agak leceh sikit bila nak lepas imigresen dan kastam sebab kalau naik kereta kena beratur panjang tapi kalau naik bas ada laluan khas. Jadi tak delah sangkut lama sangat dekat border. 

Bas
Cara yang paling mendapat pilihan di hati backpackers. Kalau dari Kuala Lumpur cuma Puduraya &TBS sahaja yang ada menawarkan perkhidmatan bas ke Singapore. Pengiraan aku : Dari Putrajaya menaiki ERL - berdua RM9.40 (aku guna student card + husband kadar biasa) ke TBS. Dari TBS naik bas ke Larkin harga tiket RM35 seorang. Perjalanan dari TBS ke Larkin mengambil masa lebih kurang 5 jam. Bas berhenti di Yong Ping sekejap untuk berehat. 

 Dari Larkin naik bas RM1.70 seorang untuk ke sempadan Johor- Singapore. Dan bayar lagi $ 2.50 seorang (kadar tukaran ialah RM2.60 = $1 sgd) untuk sampai ke hentian bas di Singapore (katakan ke Little India). Tempoh perjalanan ialah 7 jam. Jumlah perbelanjaan sehala :  RM47.90  Pergi balik : RM95.80  

Kapal Terbang
Mungkin sedikit mahal kalau pergi ke Singapore menaiki kapal terbang. Ada banyak jenis airlines yang menawarkan penerbangan ke Singapore. Contohnya-- Air Asia, Jet Star, Mas, Tiger Air dll. 
Harga pula agak berbeza mengikut hari dan tempoh belian tiket. Ada yang makin mahal dan makin murah.
Kita mulakan dengan pilihan orang ramai, tak lain tak bukan Air Asia. Katakan aku nak pergi seminggu dari sekarang. Untuk depart Harga cuma Rm67 all-in fare. Tetapi flight pukul 6.10 pagi. Maksudnya pukul 4 pagi dah kena pergi air port. Kena stand by awal-awal sebab KLIA 2 sangat lah besar dan luas. Lenguh nak berjalan. Siyes. Jauh jugaklah nak jalan dari tempat check in. 

Hari balik pulak harga Rm122. Itu yang paling murah tetapi flight 8.45 malam. Ok la kan boleh lepak airport dulu lama-lama. Its not a big deal. Wifi pon free. :) 
Jumlah Perbelanjaan : RM189 seorang pergi balik. 

Pilihan kedua ialah Malaysia Airlines (MAS) 
Mas mungkin bukan pilihan yang sesuai untuk orang yang nak berjimat. Lebih sesuai kepada mereka yang menginginkan keselesaan. Tapi flight sejam je pon. Tak perlu nak selesa sangat lah kan. Haha. 
Ok tiket pergi ialah RM210 pukul 6.55 pagi. Sama je macam Air Asia tadi.
Boleh balik pukul 3 kalau nak murah, itupun mahal jugak lah bagi aku. 
Jumlah kesemuanya ialah : Rm506.00. Not my choice la nampak gayanya. 

Seterusnya ialah Tiger Air. Ia merupakan milik Singapura dan juga terdapat di KLIA 2. Dari segi harga pendapat aku agak konsisten kecuali pada waktu tertentu harga mungkin akan sedikit mahal. Boleh perhatikan gambar dibawah: 

Ya, cuma RM49 ringgit dan perjalanan pertama ialah pada 9:20 pagi. Pukul 7 lebih boleh stand by dekat airport. Senang la skit kan. Especially to the not-so-morning person like me. Berat maximum cabin luggage ialah 10kg. Kalau pergi 3 -4 hari memang lebih dari cukup lah. Tak perlu nak add on luggage. 
Untuk penerbangan balik mahal sikit lah. RM90 per person. Paling aku suka mengenai Tiger Air ialah harga yang dinyatakan ialah include taxes and fees. How cool is that?. 

Tips kawan aku :
*Tak perlu pilih seat, cuma perlu check in awal masa dekat kaunter mintak seat mana yang korang nak diorang akan bagi. 
*Saiz beg jangan besar sangat, sekalipun lebih 10kg tapi beg kecil-kecil diorang tak strict sangat. Bawa 2 beg la kiranya. 
Jumlah perbelanjaan : Rm139 pergi balik. Memang kena bayar banyak tu je. Tak de lah macam satu airlines tu kan, salu je taxes and fees lagi mahal dari tiket. pffftt... Seat dia pun luas. I loike. 

Ini satu lagi pilihan untuk terbang ke Singapura iaitu Jetstar. Senang cakap -- Konsep Jetstar ni lebih kurang macam Air Asia. Got that idea?. Ok lets proceed to our search.
Harga yang dipamerkan ialah harga tiket ( I think so) dan apabila dicampur dengan taxes dan fees akan menjadi seperti jumlah diatas. RM 79. Harga lebih kurang dengan Air Asia. 
Dari segi servis aku tak pasti ok ke tak sebab kawan aku pun tak pernah naik Jetstar. 
Jumlah tiket pergi balik ialah: RM190.26.

Perbelanjaan aku ke Singapore = 
Pergi naik Tiger Air dari KLIA2 - Changi Airport  : RM49
Balik naik bas dari Little India - TBS : RM47.90  
Jumlah keseluruhan :  RM96.90 seorang 

Aku memang jenis kaki survey nak beli apa pon termasuklah kalau melibatkan perbelanjaan yang besar. Tapi semuanya aku buat last minit, macam tiket flight esok nak fly harini baru beli. Sebab tu aku last-last beli tiket pergi je. Sebab tiket balik tu dah jadi mahal $100 sgd (Rm260 sorang). Mau tak pengsan. haha. 
Jadi balik gigih naik bas. Seronok jugak sebab dapat tengok tempat-2 di Singapore. Overall, jimat sikit lah. 


FIFA 14 World Cup T-Shirt Painting Contest

Around 3 weeks ago my team has launched the t-shirt painting contest for the upcoming FIFA 14 World Cup in Brazil. There are many series of events arranged during the FIFA 14 like guess the score, penalty kick, locate the ball and also t-shirt painting contest. We were divided according to the countries that participated in the FIFA. Well, i was in team Argentina. Husband was so proud of me, coz he also supported the team. Anyway.. 

A little bit about the t-shirt painting contest. The t-shirt need to be strictly hand painted and we are not allowed to use stickers or sew any fabric on it. This was the design that we came up for : 
Hand Painted Argentina T shirt for the FIFA 14 WORLD CUP challenge.  


It took hours to paint the shirt given such a limited time i think my team did a great job. :) 
kudos. 
Front design

So who is the winner? 
*Drumroll*
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Exactly!. LOL

Which team are you in guys?.