Tips Mudah| Cara Menghilangkan Bekas Jerawat di Wajah

Cara Menghilangkan Bekas Jerawat di Wajah

Jerawat ialah musuh ketat bagi seorang perempuan. Kalau tak, tak adalah bersepah-sepah produk yang di jual di pasaran untuk menghilangkan jerawat, mencantikkan kulit, meruncingkan dagu, meratakan tona kulit dan sebagainya. :) And trust me, these manufacturers make a lot of money per year for those products they claimed as "anti-acne" and "whitening" your skin. 

Macam mana pun, tidak dinafikan kalau menggunakan barang-barang semulajadi kesannya pon boleh tahan cepat dan berkesan untuk menghilangkan bekas jerawat. Tak percaya boleh la cuba tips di bawah ni :


1. Kayu Manis + Madu
Cara menghilangkan bekas jerawat dengan kayu manis dan madu. Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. Kita buat ala-ala masker. Sapukan pada muka yang ada bekas jerawat. Amalkan untuk buat sebelum tidur dan bilas dengan air sejuk bila dah kering ataupun keesokan hari.

 2. Kayu Manis + Bedak
Cara menghilangkan bekas jerawat dengan kayu manis dan bedak sejuk. Caranya ialah dengan mengambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada parut jerawat, lakukan setiap hari secara konsisten. Insya Allah parut akan pudar dan beransur hilang. Cara ini mungkin agak sedikit pedih tapi berkesan.
 

3. Bawang Putih
Kita boleh menghilangkan bekas jerawat dengan menggunakan bawang putih. Bawang putih dikatakan mampu menghilangkan parut/bekas jerawat dengan berkesan. Seperti kulit kayu manis, Bawang putih juga agak pedih dan menyakitkan. Tetapi ianya dijamin berkesan!. Ambil 2 atau 3 biji ulas bawang putih, tumbuk lumat dan gosok atau sental ke bahagian yang terlibat beberapa kali sehari, ianya dapat mengurangkan parut jerawat anda!.
 

4. Nasi 
Cara menghilangkan bekas jerawat dengan air rendaman nasi. Caranya ialah rendam nasi ke dalam air suam biarkan seketika, lepas tu ambil air rendaman tersebut dan basuh pada muka anda. Biarkan sampai kering dan bilas dengan air sejuk. Petua ini banyak digunakan di negara sejuk seperti Jepun dan Korea.


Cara Menghilangkan Bekas Jerawat seperti di atas sangat mudah dan jimat. Selamat Mencuba  In sha Allah mujarab dan berkesan bila kita lakukan secara konsisten.  Klik Sini.

Tips | Melancong Ke Universal Studio [USS] Singapore

Universal Studio Singapore (USS) 

As a part of my Singapore trip, which was months ago I went to Universal Studio Singapore. USS ialah taman tema yang terletak di dalam Resorts World Sentosa yang terletak di Sentosa Island, Singapore. Dari hotel aku bergerak ke Sentosa Island dengan menaiki MRT. It is very convenient to travel the whole Singapore using MRT as their public transport is very reliable and impressive. Thumbs up for that :)

Secara ringkas, USS mempunyai 7 themed zone dan design bagi setiap satu kawasan ialah mengikut tema tersebut. Boleh rujuk gambar dibawah.
 source : wikipedia. 

Tips Melancong ke USS, Singapore

~ Gunakan MRT untuk ke sentosa world. Jadi seeloknya gerak awal pagi Contohnya aku 8:30 pagi keluar dari Madras Street ambil MRT terus ke Sentosa. Sampai dalam 9 lebih. Jadi dapat jalan-jalan sekitar sentosa sebelum beratur untuk masuk USS.

~ Beratur awal bagi mengelakkan membuang masa menunggu. Dalam 9:30 pagi dah boleh mula beratur sebab pintu akan dibuka tepat 10 pagi. Jadi keluarkan tiket siap-siap untuk pengesahan. Be prepared.

~Bawa sekurang-kurangnya 1 botol mineral water. :) Kawan aku cakap bawa makanan pon boleh letak dalam beg sebab kalau beratur awal selalunya diorang tak akan check sebab ramai sangat. So its totally depending on your luck.

~ Sediakan air untuk ke tandas. Please bear in mind, that the place you are visiting tandas nya tak macam Malaysia. Tak ada air la maksudnya. Jadi itulah kegunaan botol mineral water. Sebelum masuk tandas disediakan air (watercooler) jadi isi dalam botol and do your business inside.
~ Untuk setiap game, cuma ada 1 atau 2 yang melibatkan air iaitu di zon The Lost World -Jurassic Park Rapids Adventure Saranan aku pakai baju yang tak transparent  kalau korang tak nak pakai baju hujan. . Tapi tak adalah sampai basah kuyup :)

~ Pakai pakaian yang ringan dan boleh menyerap peluh. Kalau boleh t-shirt dan jeans. This is because USS is a theme park, hence you will be engaging in a lots of physical activities. Naik roller coster, water boat, accelerator, tengok 4D, dll. 

~ Disarankan untuk pakai sport shoes atau kasut bertutup. Korang akan berjalan seharian dan kenalah jaga kaki supaya tak melecet. Kalau main roller coster pon tak risau sandal akan tertanggal atau tercabut. 

~ Bawa camera untuk mengambil gambar tapi tak perlu dslr. A small digital camera/phone would serve the purpose. Asalkan ada camera untuk ambil gambar cukup lah. Tak perlu nak bawa kamera besar gedabak sebab susah nak simpan dan bawa. Ada loker yang disediakan, bayaran kalau tak salah lebih kurang sgd 5 sejam ataupun 30 minit

~ Dari segi makanan, terdapat banyak kiosk, dan F&B outlet di setiap zon tetapi bukan semuanya  makan menyediakan makanan halal. Jadi tengok betul-betul. Kalau tak salah, ada 1 kedai pizza/burger/western yang menjual non halal food. Saranan aku, makan dekat luar dari USS. Boleh keluar masuk bila2 masa, bila dekat gate tu nanti dia akan cop tangan korang.

~Makan di luar USS. Masih dalam kawasan sentosa dekat kawasan luar / area yang ada Globe tu ada tempat makan. Ada banyak menu dan harga pon boleh tahan. SGD3.5 untuk Nasi Briyani. Makanan yang dijual pon sangatlah sesuai dengan tekak melayu lagi pun lebih murah.

Where to start?

~ Most people would say- start from the left. But for me- start from the right. The sequence following from the right is going to be : Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City and lastly New York. Alasan aku untuk bermula dari kanan sebab tak perlu nak beratur lama untuk setiap bahagian. Kebanyakan game di bahagian kanan adalah simple, dan very rilex. Kira bolehlah nak warm up dulu sebelum main game yang lebih ekstrem seperti di Ancient Egypt. Last reason is I want to save the best for the last. Paling lama aku habiskan masa ialah di bahagian kiri sebab dekat situ banyak live show yang best.



What is the best & What not to miss?.

~The scariest part is Revenge of The Mummy: The Ride di zon The Ancient Egypt. Secara ringkas, korang akan naik roller coster yang sangat laju, di dalam gelap dan penuh dengan efek bunyi yang mengerikan macam dalam filem the Mummy.  Even my hubs scream like a girl  because the roller coaster is freaking fast, up and down. Rasa nak tercabut jantung.

~ The interesting ride is Transformers: The Ride . Ianya ialah 4D Dark Ride Motion Simulator. The thing feels really real like you are in the movie itself helping Bumblebee to fight the bad guys. Terdapat efek khas, iaitu air, angin, udara panas, kabus dan sebagainya.

~ Their live show is a must to watch. Wajib tengok. Caranya bila masuk ambil jadual masa live shows yang disediakan. Setiap 1 show akan ada 3 atau 2 kali dalam tempoh sehari. Kena pandai merancang masa. 
Show yang paling aku suka ialah Pantages Hollywood Theater, Lights! Camera! Action ! Hosted by Steven Spielberg, Live Performance by Elmo & Friends di kawasan Hollywood boulevard dan sebagainya.

~Take pictures with all the characters :) In USS there are so many characters that you can meet. Di setiap zon, kita berpeluang untuk mengambil gambar dengan pelbagai jenis karakter. Contohnya di Hollywood ada Marylin Monroe. Wooot Woot. There are Elmo and friends, Madagascar characters, Kungfu Fanda and so much more. Rugi sangat kalau tak ambil gambar dengan semua watak-watak kartun yang comel.


Read more: Wikipedia

DIY | Bunga Hiasan Pelamin {Tema : Ungu + Putih}

DIY | Bunga Hiasan Pelamin / Hiasan Rumah
 [Tema : Ungu + Putih ]

Just how much I love being surrounded myself with flowers, I also love creating and arranging them. If I don't have anything else to do in this world i would rather become a florist. Alasannya mudah, sebab bunga boleh membuatkan seseorang yang sedang berduka menjadi gembira. Bunga juga dijadikan sebagai tanda cinta, bilangan kuntum juga membawa satu petanda.

Bagi mereka yang sukakan konsep DIY (do it yourself), bunga hiasan ini adalah sesuatu yang wajib untuk dicuba disamping dapat menjimatkan wang daripada menyewa bunga hiasan untuk pelamin. You can also add your own personal touch to your precious day. Lepas hari bahagia, boleh guna pulak untuk hias rumah. Lets create something beautiful, jom!.

Bahan- bahan yang diperlukan :
 1) Bunga Carnation warna putih
2) Pucuk Bunga warna putih
3) Bunga Hydrangea warna ungu
4) Pasu Bersaiz Kecil
5) Cutter / Pemotong
6) Gabus
Bunga Hydrangea
Pucuk Bunga
Bunga Carnation Pasu Bunga 

________________________________________

Ini adalah cara menggubah bunga hiasan yang paling asas dan mudah. Tak perlu menggunakan tapi hijau dan lidi untuk memanjangkan bunga apabila hendak dicucuk di dalam pasu sebab kita cuma  menggunakan pasu bersaiz kecil. Sila pastikan cutter yang digunakan tajam, dan potong di bahagian paling hujung jambangan.

Cara-cara membuat Bunga Hiasan Pelamin/ Hiasan Rumah

1. Potong setiap kelopak bunga dengan menggunakan cutter/pemotong dan letakkan di tepi.

2. Ukur saiz gabus dan potong mengikut bentuk pasu. Gabus yang dipotong hendaklah muat-muat dengan pasu tersebut supaya bunga terletak kukuh dan tidak senget atau tumbang.

3. Mulakan dengan mencucuk bunga carnation dibahagian tengah. Tandakan 5 point seperti bucu bintang supaya nampak lebih seimbang. Untuk bahagian tengah jambangan, biarkan bunga carnation lebih tinggi dari yang lain. Tujuanya supaya jambangan yang telah siap tidak nampak seperti penyek. (maaf tak ada gambar ketika sedang mencucuk) 

4. Kemudian, cucuk pula bunga hydrangea menggunakan kaedah yang sama diantara bunga carnation tersebut. Kalau perlu cucukkan bunga carnation dan hydrangea rapat-rapat supaya kelihatan cantik dan tidak berlopong. :)

5. Langkah terakhir ialah dengan mencucuk pucuk bunga berwarna putih. Pucuk bunga ini tidak perlu diletakkan banyak. Cukup sekadar memenuhi ruang yang ada. Ianya berfungsi sebagai hiasan tambahan.


Pandangan atas Bunga Hiasan Pelamin
Close up - Bunga Hiasan Pelamin

Selamat Mencuba. Sebarang persoalan boleh tanya kan di ruangan komen :)

Proton Iriz- Betul2 ONz

Proton IRIZ Betul2 ONz

Perasaan memandu kereta baru memang sangat mengujakan. It can be Exiciting, Awesome, Cool, Fantastic and so much more. Apatah lagi kalau kereta tersebut merupakan model keluaran baru dan masih ramai yang belum memandunya. Presenting to you the talk of the town -  the NEW Proton Iriz :)
https://www.betulbetulonz.com.my/
 Dari website je pun dah nampak aura stylo dan sporty, ternyata Proton Iriz memang mampu menepati cita rasa golongan anak muda. Bawa awek pergi dating, dekat traffic light mesti orang usha.. Perghh!.  Well i am a puan now, so doesnt matter which car I am in, nobody will turn their head.

Bagi sesiapa yang masih tercari-cari kereta baru untuk dibeli Proton Iriz boleh di jadikan pilihan. Harga bagi Proton Iriz bermula dari RM 42,438 hingga RM 62,888. Such an affordable price for a good car I have to say. There are many colors that you can choose from - Citrus Green, Genetic Silver, Fire Red, Silver Moondust, etc.
https://www.betulbetulonz.com.my/


Thank you Nuffnang for the CPUV this time.

 CPUV Proton PCC dari Nufnang



 No matter what car you drive, buckle up and be safe :)