Showing posts with label tarikh luput produk kecantikan. Show all posts

TIPS - ketahui Tarikh Luput Produk Kecantikan

hah, ini tahun aku nak bagi tips banyak sikit. Kata azam 2014 nak buat banyak kebaikan kan?.
Dan langkah pertama ialah buat post yang berguna dan tidak lapuk ditelan zaman. Aku haritu belek-belek blusher yang aku beli sejak sem 4 ijazah lagi sampai sekarang pon tak habis, jadi terpikir jugak entah-entah dah expired. Kalau makanan lain lah sikit sebab senang nak tahu kalau basi.

Jadi aku ada tips mudah cara nak tengok tarikh luput sesuatu produk. 
Sebenarnya gambar kanan yang digunakan sebagai petunjuk akan tempoh hayat sesuatu produk. 
Ia dikenali sebagai Period after Opening (PAO). Sebagai contoh 12 M - bermaksud produk itu tahan selama 12 bulan. Cuba tengok gambar sebelah kiri pulak, untuk produk DIOR, terdapat logo PAO dan nombor 6 M. Jadi produk itu cuma tahan untuk 6 bulan sahaja. 


















Selain logo PAO, kadang-kadang korang boleh tengok expiry date yang ada, takpun ada yang tulis best before __. Bau dan tekstur pon boleh menentukan produk tu masih elok untuk dipakai atau pun tidak.  Penting untuk tahu expired date bagi sesuatu barangan make up, nanti tidak lah rosak pulak kulit muka sebab pakai produk yang dah expired. Tak pasal je kan?. 

Kat bawah ni boleh tengok senarai tarikh luput produk kecantikan lain.



--Losyen 
Badan 
2 hingga 3 tahun, terutama bagi di dalam bekas "pump"

--Maskara dan liquid eyeliner 
2 hingga 3 bulan. Pastikan anda rajin untuk menggantikannya untuk mengelakkan jangkitan dan kuman. 

--Deodorant
tahan sehingga 2 tahun.

--Bedak asas /Foundation
tahan sehingga 2 tahun. 

--Minyak Wangi
tahan sehingga 2 tahun, untuk tahan lama simpan di tempat sejuk dan gelap. 

--Lipstick & Lip Gloss
2 hingga 3 tahun.

--Shampoo, Conditioner dan Gel Mandian
tahan sehingga 3 tahun. 

Kadang-kadang cara kita simpan pun memainkan peranan. Jangan dedahkan sesuatu barang contohnya krim muka di tempat yang panas. Simpan di tempat sejuk dan jauh dari sinaran cahaya matahari agar produk boleh tahan lama. Ok lah aku nak pergi buang mascara, dah 2 tahun dok pakai.. ewwww. :P


--> kalau rajin nak baca lebih korang boleh lah pergi ke link ini