[Gambar] Rumah Terbalik di Moscow, Rusia

Bukan aku flip gambar ini tau, tapi ini adalah rumah sebenar yang terletak di Moscow, Rusia. Rumah ini telah dijadikan pameran dimana para pengunjung yang ingin masuk dikenakan bayaran sebanyak 300 rubles. Kalau rumah terbalik diombak badai tu lain ye. Kes tak sama.

Bukan hanya luaran rumah ini terbalik, tetapi segala-galanya termasuk perabut, peti ais, kati, tandas dan lain-lain semunya terbalik. Syiling rumah berada di lantai. 
dekat patio ada mini cooper yang terbalik. hehe.. :)

 ini pulak bilik mainan bagi kanak-kanak. 
 Bahagian dapur rumah ini mempunyai semua peralatan lengkap, termasuklah bahan-bahan untuk memasak. Periuk dan sudip juga ada. 
 Turut disediakan tempat untuk menggantung kot. Dah nama rumah terbalik, mesti la smua pun upside down kan?. 
 Pintu masuk untuk rumah tunggang terbalik. 
 Ini pulak ruang mainan (play room) dalam rumah ini. Macam mana nak main pun tak tau lah sebab benda tu semua dekat atas. hehe. 
Salah satu bilik tidur yang terdapat di dalam rumah tersebut. 

Sayang sangat rumah ini ada dekat Moscow, kalau kat Sekinchan ke sure dah aku pergi. 
2,3 kali bawa sanak sedara semua. haha.. 

Makanan yang Baik Menurut Rasulullah

Salam Maulidurrasul kepada semua :) Adalah digalakkan untuk kita selaku umat Islam untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Antara perkara yang boleh dilakukan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang digalakkan oleh Nabi kita sendiri. 

1. Barli 
*bagus untuk demam jika dibuat sup


2. Kurma
*Nabi pernah berkata- rumah yang tidak mempunyai kurma seperti rumah yang tidak ada makanan. 

3. Buah Tin
*dikatakan ianya buah dari syurga. Mampu mengubati buasir

4. Anggur
*Nabi suka buah anggur --boleh membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut


5. Madu 
 *Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam. 


6. Tembikai (Segala Jenis) 
*Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya. 



7. Susu

*Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.



8. Cendawan
*Baik untuk mata, perancang keluarga. 



9. Minyak Zaitun 
*Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut. 



10. Delima
*Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

sumber : FB wall. 

tak pasti akan kesahihan sumber, tetapi kalau diikutkan kebanyakan ustaz juga menggalakkan makanan yang sama.

[Gambar ] Cantiknya Terowong CInta di Ukraine

juga dikenali sebagai tunnel of love, terowong cinta yang terletak di Ukraine sangat terkenal kerana dijadikan salah satu tempat yang harus dikunjungi walaupun sekali seumor hidup. Aku harap umur panjang lagi lah, supaya dapat pergi satu hari nanti. InsyaAllah. 
Terletak di Klevan, Ukraine ia adalah laluan kereta api yang menghala ke kilang fibreboard. Dikatakan jika kita ke sana bersama orang yang tersayang dan membuat hajat dengan ikhlas ia akan dimakbulkan. 

Jangan asyik ingat orang tersayang tu pasangan kekasih je, mungkin boleh pergi dengan mak bapak jugak. 
Itu baru kasih sayang abadi sebab ibu bapa ini tak ada pengganti. 

Terdapat ramai pasangan yang telah ke Terowong Cinta ini bagi mengambil gambar kerana pemandangan nya yang cantik. Korang nilai lah sendiri cantik ke tidak. 

 Kalau ada tempat macam ini kat Mesia mesti aku dah pergi. Sebab aku memang suka pemandangan hijau. Cantik dan tenang je rasa. Romantik pulak tu. :) 


gambar Terowong Cinta ketika musim salji. :) . 

First quarter tahun ini kita sembang pasal entry jiwang-jiwang sikit eh. Mohon korang semua bertabah dengan aku. hahahah..


nak lebih, boleh tengok sini

REVIEW - Instagram best untuk solo traveller

Review terbaik ialah yang datangnya dari hati, baru lah menusuk dan meniggalkan kesan yang mendalam. Ecewahh :) . Aku memang seorang yang anti kopipes-review-pakai-berjemaah. Bukan apa, nanti macam tak tulen la kan. Pernah jugak aku baca blogger yang review blog sendu aku ini. Xiexie nimen :) . And i was so flattered by their comments and honest saying --walaupun ada yang cakap blog aku ni tah pape. haha. iolls suka orang yang jujur. Tapi tak pernah jumpa lagi orang cakap camtu. 

Alhamdulillah, this blog is getting better day by day. Trafik pun meningkat dan ramai jugak yang selalu BW kat sini dan curahkan komen, pendapat yang bernas. Ada jugak yang kelaut, aku buat GA, kau cakap "selamat bersegmen". Pon bolehh.. hentam je lah kan hehe.. Semalam masa tidur aku bukak instagram ada yang mention nama aku. Jadi tengok lah siapa gerangan yang menyeru aku ketika tengah tidur tu. 
Tup tup nin diaaaa..... 
"Selepas sebalang nutella 400g aku kerjakan. Aku terasa nak membaca. Tadaaa. . She is my best friend. Aku selalu baca blog dia, mcm suratkhabar kosmo, ringkas, padat, mutu gaya keunggulan. Hahaha. Tiba2. Pada siapa2 yg ada blog, folo la blog dia. Syok tau. Search je kt google cmtu. #lilylicha@liza_nora . Dia ni best friend aku kt ptrjaya. Sllu main bdmnthon dgn dia. Kalo team dgn dia sila bersedia utk diperlaukkan. Kah kah kah. Just kidding my dear. :p"
We have been together for so long now. Pergi tengok bunga api kat putrajaya masa merdeka sama2.
Jogging dekat putrajaya masa malam sama2. Paling kelakar masa pergi main badminton dengan blogger Ben Ashari dan YanTy  kat presint 9, soalan pertamaYan Ty tanya - "Korang husband and wife ke?" I cant forget the awkward moment right there bila dia cakap "tak, kami bestfriends, liza dah bertunang baru minggu lepas". Agak pelik bunyi kat situ.
Kalau korang ada pasang angan-angan nak travel all over europe sorang2, worry not. Sebab itu yang tengah dia buat sekarang. Mungkin agak gila bagi setengah orang tetapi dia resign kemudian bungkus barang terus fly pergi london nak jalan-jalan ke 23 negara dengan duit sendiri. Jadi bagi yang nak tengok gambar-gambar best yang dia ambil boleh follow instagram -- affendinayan.

Berbaloi kalau follow dia sebab tiap hari ada je gambar dari perjalanan dia selama dia pergi merantau. Hujung bulan feb baru balik. Walaupun kami jauh tapi tak terasa sangat lah sebab setiap hari whatsapp benda-benda lagha mcam gosip dan perkembangan terbaru. Jadi jom follow kawan aku yang sangat ramah ini.


oh ya fendi, aku bukan lah lauk sangat pun okay!!.


p/s: kalau nak aku review pon boleh. sila email ye 

W.W | Waktu tidur yang dilarang Rasulullah

Wordless Wednesday tak ada ulasan, yang ada cumalah gambar. 

Semoga bertambah ilmu. :) 

[Gambar] Model Pembedahan Plastik Promot Produk kecantikan

Aku beli majalah GLOW dari Watson, dapat free sample produk keluaran terbaru dari Olay Aquaction. 
Well, its just another new product in the market, but what attracted me was the model. 
No, she is not a transgender if that's make you curious. lol.
 Aku memang suka tengok perempuan cantik jadi lama sikitlah aku belek gambar model tu. Aku rasa sangat familiar bila tengok nama dia , SAH!!!. Angelababy. Teringat kenangan aku kerja part time 5 tahun lepas dengan manager aku, dia minat gila-gila dengan minah ni. Sampaikan wallpaper hp, laptop, screensaver semua nak muka Angelababy ini. Tapi minat tu tak lama sangatlah apabila 1 hari dia ternampak keratan akhbar gambar Angelababy versi original.

yang kiri itu adalah gambar sebenar beliau sebelum melakukan pembedahan plastik. Haruslah manager aku buang semua perasaan minat kepada dia ini kan.  Hahahaha.. I remembered back then i used to laugh like crazy because the woman he liked seems "so original" but yet so fake. 

Gambar kiri ini aku rasawaktu paling dia cantik, gambar pada tahun 2009. Tapi biasalah manusia tak pernah puas, dah rasa cantik sikit nak buat dagu pulak. Sebelah kanan gambar tahun 2011, dengan dagu yang runcing. Umur dia sekarang baru 24 tahun, tapi nampak lebih berusia bagi aku.

Antara pembedahan yang pernah dilakukan ialah double eyelid untuk membesarkan mata, pembedahan untuk meninggikan batang hidung, pembedahan rahang untuk mengecilkan dan mecuncingkan muka, dan pembedahan untuk memanjangkan dagu. 

I am not bashing on this brand, and whatever they do or whoever they appointed to promote their product. But why cant they choose someone more original?. Aku tengok model dia pun dah tinggal 5% je keinginan untuk membeli, sebab dah tahu model dia palsu. Bukan kerana produk tu dia cantik. 
Dalam pikiran aku, "tak mo beli ah krim ni baik aku simpan duit buat pembedahan plastik" . meehee.. :) 



TIPS - ketahui Tarikh Luput Produk Kecantikan

hah, ini tahun aku nak bagi tips banyak sikit. Kata azam 2014 nak buat banyak kebaikan kan?.
Dan langkah pertama ialah buat post yang berguna dan tidak lapuk ditelan zaman. Aku haritu belek-belek blusher yang aku beli sejak sem 4 ijazah lagi sampai sekarang pon tak habis, jadi terpikir jugak entah-entah dah expired. Kalau makanan lain lah sikit sebab senang nak tahu kalau basi.

Jadi aku ada tips mudah cara nak tengok tarikh luput sesuatu produk. 
Sebenarnya gambar kanan yang digunakan sebagai petunjuk akan tempoh hayat sesuatu produk. 
Ia dikenali sebagai Period after Opening (PAO). Sebagai contoh 12 M - bermaksud produk itu tahan selama 12 bulan. Cuba tengok gambar sebelah kiri pulak, untuk produk DIOR, terdapat logo PAO dan nombor 6 M. Jadi produk itu cuma tahan untuk 6 bulan sahaja. 


















Selain logo PAO, kadang-kadang korang boleh tengok expiry date yang ada, takpun ada yang tulis best before __. Bau dan tekstur pon boleh menentukan produk tu masih elok untuk dipakai atau pun tidak.  Penting untuk tahu expired date bagi sesuatu barangan make up, nanti tidak lah rosak pulak kulit muka sebab pakai produk yang dah expired. Tak pasal je kan?. 

Kat bawah ni boleh tengok senarai tarikh luput produk kecantikan lain.



--Losyen 
Badan 
2 hingga 3 tahun, terutama bagi di dalam bekas "pump"

--Maskara dan liquid eyeliner 
2 hingga 3 bulan. Pastikan anda rajin untuk menggantikannya untuk mengelakkan jangkitan dan kuman. 

--Deodorant
tahan sehingga 2 tahun.

--Bedak asas /Foundation
tahan sehingga 2 tahun. 

--Minyak Wangi
tahan sehingga 2 tahun, untuk tahan lama simpan di tempat sejuk dan gelap. 

--Lipstick & Lip Gloss
2 hingga 3 tahun.

--Shampoo, Conditioner dan Gel Mandian
tahan sehingga 3 tahun. 

Kadang-kadang cara kita simpan pun memainkan peranan. Jangan dedahkan sesuatu barang contohnya krim muka di tempat yang panas. Simpan di tempat sejuk dan jauh dari sinaran cahaya matahari agar produk boleh tahan lama. Ok lah aku nak pergi buang mascara, dah 2 tahun dok pakai.. ewwww. :P


--> kalau rajin nak baca lebih korang boleh lah pergi ke link ini