9 Makanan yang tak perlu disimpan di dalam peti sejuk

Edisi peti ais kita kali ini mengenai 11 makanan yang tak boleh disimpan di dalam peti sejuk. Macam biasalah kadang-kadang benda yang tak perlu pun kita akan letakkan di dalam peti sejuk. Epal gigit separuh pun kadang-kadang ada tersimpan sampai seminggu. ewww.. aku la tu kadang-kadang. haha.


Mari kita semak apa yang patut dikeluarkan dari peti sejuk korang tu. Berguna jugak info ini :


1. Bawang Putih : Lama kelamaan ianya akan bercambah dan juga berkulat.   

2. Bawang Merah : Bawang akan berkulat dan lembik/ benyek. Kalau biarkan terlalu lama akan tumbuh daun bawang. 

3. Hot Sauce/ Sos Pedas : Ianya boleh disimpan di kabinet dan mampu bertahan sehingga 3 tahun.!

4. Serbuk Kopi/ Biji Kopi : Kopi akan hilang rasa dan menyerap bau-bauan di dalam peti sejuk. Salah 1 tips untuk menghilangkan bau busuk didalam peti sejuk ialah dengan meletakkan serbuk kopi. 

5. Madu : Madu tidak mempunyai tarikh luput dan mampu bertahan sehingga 3000 tahun, tetapi jika diletakkan di dalam peti sejuk, ia nya akan membentuk kristal dan memekat dengan cepat. 

6. Roti : Kepingan roti yang lembut akan berubah menjadi roti kering.

7. Tembikai :  salah satu kandungan tembikai ialah antioxidants. dengan meletakkan tembikai di dalam peti sejuk, ia akan kehilangan antioxidants tersebut. 

8. Tomato : Tekstur dan rasa tomato akan berubah apabila diletakkan di dalam peti sejuk.

9. Kentang : Kentang akan jadi bergerutu dan rasanya akan berubah.

Boleh la mula mengemas peti sejuk korang pulak ye. Apa yang tak perlu tu keluarkan dan letak je dalam kabinet. :) 

Sumber :  Buzz Feed Video 

35 comments

  1. baru lepas kemas.. erkk.. asben tolong kemaskan tapi terlebih rajin abis asam jawa akak di buangnya.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi :) hm.. mungkin dia rasa dah rosak sebb lama sangat dduk dlm peti ais tu..

      Delete
  2. tomato ngn tembikai tak pernah letak kat lua .
    kalau tembikai mgkin boleh kalau xbelah lagi
    tomato tu letak lua takot busuk la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin tahan utk sehari 2 cmtu je la. tapi sebb kalau letak dlm peti ais mungki khasiat dia akan hilang

      Delete
  3. perkongsian yang menarik, dalam semua list ni biasa letak tomato je dalam peti sejuk.

    ReplyDelete
  4. oh..tembikai kalau makan sejuk sedap..tapi rupanya letak dlm fridge kebaikannya hilang ke..thanks for info..:)

    ReplyDelete
  5. uih..

    ada beberapa item "termasuk"..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena keluarkan la semua tu Yui :)

      Delete
  6. owh...sos pun rupanya tak perlu simpan dalam peti ais ehh..hehehe...menabung VW sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Azlan :) letak kat rak dapur je

      Delete
  7. HAHAHA . DEQ SLALU LETAK TEMBIKAI DLM PETI SBB SUKE MKN SEJUK2 :p .. LAGI SEJUK LG SEDAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita. :) licha suka letak lychee pon

      Delete
  8. nice sharing Licha...tp tu laa....kekdg letk jgk tembikai tu kejp dlm peti..ada org tu nk rasa sejuk2 sikit..klu NS...yg segar tu lebih sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hm.. dulu licha siap letak dekat tmpat beku lagi.. haha.. nk buat mcm sorbet gitu

      Delete
  9. ooo tomato pun xpyh ek...slalu simpan je sbb nk dia segar =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. itulah licha pun pikir benda yang sama jgk, sebab nak segar.

      Delete
  10. kalau housemate sy dia suka simpan roti dalam peti sejuk. lagi sedap katanya. haha

    ReplyDelete
  11. Nice... akk selama ni simpan tomato dlm peti ais... tapi brp lama tomato bule tahan luar peti ais?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya pun tak lama sangat nanti akan lembik jugak. :( kena beli sikit2 je la nampaknya

      Delete
  12. Oh.. baru tau yg tembikai x elok simpan dlm fridge.. thanks sharing Licha
    huawei & umobile.. salam ceria hujung minggu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu so much khir :) alhamdulillah.. yup, kena letak kat luar je.

      Delete
  13. Tembikai & tomato tu selalu ada dalam Freeze..So kena keluarkan ya..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kena keluarkan. nanti kurang khasiat dia :)

      Delete
  14. tomato selalu simpan dlm peti ais.. huhu

    ReplyDelete
  15. sy semua pon sumbat dlm fridge..cam lemari dah jadinya..haha

    ReplyDelete
  16. madu boleh la letak di luar? tapi kenapa macam jadi berbuih ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. madu memang seeloknya disimpan dalam suhu bilik dalam kabinet. Kalau berbuih tu tak pasti pulak, cuma kalau madu asli simpan dalam peti sejuk pun dia tak akan jadi macam kristal tu.

      Delete