wordless wednesday : TIPS elak menangis ketika Kupas Bawang

episod wordless wednesday hari ni berkenaan tips menahan sendu ketika potong bawang. 
Khusus untuk adik-adik dan kakak-kakak yang selalu tangkap leleh dengan bawang boleh lah mencuba tips dibawah :

potong sepuluh bijik pun rilek je :)

bagi yang tak ada chewing gum boleh rujuk lain-lain tips yang boleh di cuba seperti dibawah :


harap nya post ini membantu. 
agar tiada lagi sendu antara bawang dan dirimu :)

[Gambar] Apabila Kucing Ambil Gambar Selfie.


Apakah maksud selfie
A selfie is a type of self-portrait photograph, typically taken with a hand-held digital camera or camera phone.


kalau orang selfie, dah salu tengok dah. 
Jadi aku cadang jom tengok kalau kucing pulak selfie, ada tak dia buat duck face? 


selalunya orang selfie untuk letak gambar kat fb. 

selfie bersama musuh, nak menganjing di kemudian hari.

yang ni pulak, mata sepet macam retis korea.. 

kasi lentok sikit, ni selfie daring dari miss meow.

kalau nak feeling retis, pose pakai spect. aww.. 

kucing yang pandai, dia tangkap guna efek fish eye. 





selfie? macam comel jeww.. 

[gambar] Kreativiti Ibu ketika Anak sedang Tidur



Karya kreatif ini dihasilkan oleh Sioin Queenie Liao yang merupakan seorang artis freelance menetap di California. 
Ibu kepada 3 orang anak ini suka melibatkan anak-anaknya di dalam hasil seni beliau.  

Gambar berikut ialah anak Queenie yang berusia 3 bulan -- Wengenn. 
Gambar- gambar ini diambil ketika anak nya sedang tidur. 

Sungguh kreatif. 





untuk melihat karya-karya Queniee, boleh lah lihat di Facebook beliau. 











p/s: siapa ada jual Catalyst -- Minyak Kelapa Dara?
Aku nak beli. Mohon diskaun. heee.. 

[ Resepi ] Ayam BBQ di Hujung Minggu

Hujung minggu ni sedap jugak kalau makan ayam bbq bersama keluarga. 
Apatah lagi kalau yang senang nak buat kan?.
Nah aku nak buat pahala kongsi resepi. heeee.

**** 
Bahan- bahan: 
-beberapa ketul ayam 
- Sos barbeque, aku rekemen guna sos BBQ Life. (5 sudu besar)
(please note that Master Foods does not have the halal logo, my bad!)
-Sos cili Life (3 sudu besar)
-Sos tiram Life (1 sudu teh)
-Madu Polleney (1 sudu teh)

Sukatan :
Gunakan formula 5:3:1
Kalau ayam banyak sila darabkan sukatan.

Bahan tambahan: 
sedikit serbuk Lada Sulah
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
halia


Cara- caranya:

1. Bersihkan ayam di dalam bekas. Masukkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
 2. Potong bahan tambahan, dan gaulkan bersama ayam dan campuran sos tadi.
3. Biarkan selama beberapa jam di dalam peti ais, (aku biarkan semalaman) lagi lama lagi bagus. 


Nyalakan api, dan bakar. 






**Nota :
-madu dan sos tiram tak de pun takpe.
-bahan tambahan tak de pun takpe.
-boleh ganti ayam dengan udang, daging, sotong, sosej, lain-lain
-tak semestinya bakar, nak goreng, panggang pon boleh
-Sebab tak de sos Life, aku beli Master Food tu, tak perasan tak de halal. Maaf semua Umat Islam. (nanti ada pulak marah aku cakap resepi tak halal)