TIPS : Kekalkan Hubungan dengan Pasangan

“Cheating and lying aren't struggles, they're reasons to break up.” 


Kadangkala hubungan yg dibina berdasarkan cinta, tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan. 
Ada jugak yang tercundang di tengah jalan. Jadi mungkin kita boleh mempraktikkan beberapa tips yang aku nak kongsi.

1. Konsep Transparency & Trust di dalam hubungan
Antara kau dan dia tak boleh ada rahsia. Sentiasa berterus terang tak kiralah apa situasi sekali pun. 
Dengan cara ini, kau dan dia tak perlu rasa risau yang sampai tak tidur malam. Tak delah sekejap2 nak telefon tanya kat mana? dengan siapa?. Hidup pun tak tenang macam tu. 

Trust pulak kepercayaan. Kau kena percaya dekat si dia, dan kebolehan dia. 
Jangan sesekali perlekehkan dia, mentang-mentang perempuan kau cakap dia lembik. Kalau kau sentiasa jujur dan percaya, yakin lah bahawa hubungan korang memang akan bertambah kuat. 

2. Jadi romantik & buat kejutan sekali-sekala
Kalaupun kau tu jiwa rock kapak, sekali sekala jadi lah romantik sikit. Bagi bunga ke, bawa pergi tempat romantik ke, nyanyi lagu jiwang ke. Walaupun benda tu nampak macam isu kecil, but its a big matter.
jangan sampai nanti pasangan mula komplen cakap "alah.. kawan i tu, husband dia buat cenggini.. cenggitu.."
I feel you bro, pompuan memang kuat sembang pasal pasangan. Cuba nyanyi lagu romantik 1, setahun pun dia tak habis sembang pasal tu. hihihi..

Kalau balik rumah tiba-tiba tengok meja dah berhidang dengan lauk mesti best kan?. Ini untuk suami la. Cuba ada usaha sikit, masakkan untuk dia lauk kegemaran ke. Paling tidak pun pergi beli. 
Nyalakan lilin, buatlah ucapan romantik sikit. Tak perlu tunggu ulang tahun pun takpe. 
Kalau si dia cakap buang tabiat, lantak lah. But she will be super duper happy. 

3. Bagi perhatian & jadi pendengar 
Paling mudah ialah bila ada masalah, tanya dan cuba untuk dengar dan paham apa yang si dia cuba sampaikan. Bear in mind, your loved ones pun manusia, kadang-kadang dia ada problem. Jadi pinjamkan telinga dan bahu untuk dia luahkan apa yang dia rasa. Walaupun jauh dan sibuk tapi luangkan sikit masa untuk berhubung. A simple message as "I LOVE YOU" can make the sadness fade away. 

Walaupun tak minat dengan apa yang si dia bebelkan, berikan dia masa untuk luahkan semua.
Jangan nak potong line pulak "Awak ni tiap hari bebel...." hmm..
itu memang nak mintak parang.! --kalau aku lah. haha.

4. Jadi peminat NO 1 pasangan anda
Selalu aku tengok pasangan post apa2 kat FB sorang lagi tu buat tak layan je. Komen tidak, like pun tidak.
Come on!!!!.. Kalau gambar retis laju kau like ye Leman?.
Bukanlah sampai nak post status yg manja-manja semua. Tapi sekurang-kurangnya bagi la perhatian sikit kepada apa yang pasangan buat. Contohnya, si dia upload gambar di Instagram.
Like pun dah cukup. 

Tak jeles ke tengok orang lain yang tak kenal komen kat gambar pasangan:
--cantik nya awak
--comel larh.
--wauu.. so stylo.

korang?
---- (habuk)

5. Jadi lah seperti mula-mula bercinta
Cinta memang indah pada mulanya, tapi liku-liku yang perlu dilalui tu perlu lah dihadap dengan tabah.
Bila gaduh, pujuklah si dia. Jangan biarkan aje. Macam kalau luka, tak letak ubat. 
Lama-lama kalau luka di tempat yang sama akan menjadi lebih dalam. 

Saat kau rasa nak putuskan hubungan/ cerai pikir balik apa yang kau pernah suka pasal dia?
Apa yang membuatkan kau nak kahwin dengan dia?.
Lagi 1, kalau dah ada anak.. Tengok muka anak-anak kau. 
Sanggupkah kau biarkan mereka tanpa ibu/ bapa hanya kerana rasa cinta telah tiada?



Sayangi pasangan kerana Allah :) 
Sebab itu sahaja yang akan membuatkan korang semua kuat dan tabah mengharungi cabaran. 


W.W : Ketahui Personaliti Melalui Kedudukan Tidur

A lil something for today. 

Just for fun. 


I am a Yearner, sometimes a Starfish. :) 

Tengok sini : Rokok John tak sah? 


[Gambar] 5 Elevator paling cool di dunia

masa kecik-kecik aku selalu konfius antara elevator dan escalator. 
Elevator ialah "a platform or compartment housed in a shaft for raising and lowering people or things to different floors or levels". Kesimpulannya, elevator itu lift.

 Senarai asal untuk elevator paling cool di dunia ada 10, tapi banyak sangat kalau aku nak letak semua.
Yelah, masa itu emas tak kan nak biar korang lepak lelama kat sini. haha. 

1. The Hemmetschwand LIfe, Switzerland
Lift "exterior" yang tertinggi di Eropah. Lift ini mampu membawa penumpang 153 meter sehingga kepuncak dalam masa kurang daripada 1 minit, Ia juga merupakan tarikan pelancong yang utama. 

2. The Falkirk Wheel, Scotland
The Falkirk Wheel ialah sebuah lift bot yang berputar menghubungkan antara Forth dan Clyde dengan Terusan Union. Perbezaan ketinggian kedua terusan ialah 24 meter (79 kaki) bersamaan bangunan 8 tingkat.
Secara asasnya, anda menaiki lift di dalam bot.

3. SkyView, Ericsson Globe, Sweden 
Terletak di Stockholm, Ericsson Globe ia kini bangunan hemisfera yang terbesar di dunia dengan diameter 110 meter (361 kaki) dan ketinggian 85 meter (279 kaki). Ia digunakan untuk konsert, pertunjukan dan hoki ais. Di sebelah luar hemisfera, anda boleh mengambil menaiki lif kaca daripada SkyView dan menikmati pemandangan indah Stockholm.

4. Sky Tower, New Zealand
The Sky Tower merupakan sebuah menara pemerhation di bandar Aukland. 
Pemandangan dari 610 kaki di udara adalah sangat menakjubkan. Dinding dan lantai lift diperbuat daripada kaca, jadi pengunjung boleh melihat ke bawah dan sekeliling. 
Perjalanan cuma mengambil masa 40 saat untuk tiba di tempat pemerhatian.

5. Aquadom, Germany
Aquadom di Berlin ialah 25 meter (82 kaki) silinder arcrylic glass aquarium dengan terdapat lif transparent di dalamnya. Cool sangat. Naik lift boleh tengok ikan kan sekeliling. :)

Sekali lagi, elevator tu lif. ok.!

Petua Sembuhkan Sakit Mata


Semalam aku bangun tidur tengok mata sebelah kanan bengkak jadi aku kerja dari rumah ajelah. 
 Hari ni pun masih bengkak lagi dan makin teruk. 
Dah lah dengan gatalnya, sentiasa berair pulak tu. Sungguh tak selesa.

Aku paling tak suka kalau sakit mata sebab dia akan melarat sampai dua belah, kemudian bengkak teruk. Lepas tu berdarah kemudian bernanah. Bab sembahyang la paling azab, bila sujud rasa nak tercabut biji mata. (T_T') . sakit wooo...

Antara petua yang aku jumpa di internet :

1. Ambil satu sudu besar garam dan masukkan kedalam besen berisi air. Kacau sehingga larut. Kemudian masukkan muka ke dalam air tersebut dan pejam celikkan mata beberapa kali. 

2. titikkan air zam zam kedalam mata. 

3. titikkan susu ibu.

4. Minum air masak banyak-banyak

5. jangan makan cili, atau lauk masak sambal. 

Setakat ni aku cuma letakkan sudu kedalam peti ais kemudian letak kat kelopak mata, bagi surut bengkak dan gatal. Ok lah 5 minit, kemudian apa pon tak jadi. Patutnya aku pergi klinik, tapi sebab sayangkan MC aku kerja dari rumah je. 

Nak buat air zam-zam tu aku takde. susu ibu apatah lagi mana nak cari. haha. 
Cuma tawakal dengan petua no 1 tu jelah. 

Korang ada petua boleh kongsi?