5 Tips ~ Hilangkan Jerawat dengan Berkesan (Bahan Semulajadi)

Jerawat memang tidak dialu-alukan kehadiranya apatah lagi kalau menempek berhari-hari di muka. Boleh menambahkan stress yang paling aku tak suka yang tak ada mata tu. Dia timbul tapi tak boleh picit. Haihhh.. Blame the hormone then. Kalau nak hilangkan parut boleh juga beli scar serum, tapi pastikan tinggi kandungan vitamin E. 

Aku lebih suka pendekatan menggunakan barang semulajadi untuk menghapuskan jerawat. Bukan apa, kalau boleh nak jimat dan mengelakkan pembaziran dari beli krim jerawat tapi berkesan tu belum tentu. Kalau tips yang aku kongsi ini cuma menggunakan barang-barang di rumah jadi jom ramai-ramai kita cuba. :) 

1. Jus Aloe Vera
Sapukan jus Aloe Vera 2 hari sekali dapat membantu menyembuhkan parut jerawat. Macam aku, lebih suka kalau ambil lendir kemudian sapu terus ke muka. Senang, dan cepat. Petik je depan rumah. 
Parut jerawat aku pun cepat pudar. 

 2. Bawang Putih
Mungkin agak pedih dan menyakitkan, tetapi bawang putih dikatakan terbukti mampu merawat jerawat.  Gosok/ Sental bawang putih mentah ke bahagian yang terlibat beberapa kali sehari, ia dapat mengurangkan parut. Masalah jerawat yang kronik juga dapat disembuhkan menggunakan bawang putih. **Tidak digalakkan kerana terdapat maklum balas yang negatif mengenai penggunaanya.

3. Tomato
Tomato sangat terkenal untuk kecantikan kulit. Ia boleh digunakan untuk rawatan blackheads dan pori terbuka pada permukaan kulit. Belah tomato dan lumur/gosok pada muka, biarkan selama 15 minit. Cuci dengan air. Rawatan ini sangat sesuai untuk orang yang muka berminyak. 

 4. Timun
Timun selalunya orang cicah dengan sambal sambil makan nasi lemak. wohh. sedap.
Tapi kalau nak cantik bolehlah blend timun sehingga hancur dan menjadi sebatian kemudian sapu di kawasan berjerawat. Biarkan selama 30 -45 minit kemudian bilas. Ini adalah cara termudah menghilangkan jerawat.
Selain itu, kulit akan nampak lebih muda.

5. Madu
Madu ialah "a natural bacteria fighter and mosturizer"  
Ambil satu sudu besar madu dan sapu keseluruh bahagian muka, biarkan selama 20 minit. Cuci menggunakan air suam dan ulanginya setiap minggu. Hasil?. Tiada lagi jerawat. :) 

kaedah kedua ialah ambil 3 sudu besar madu dan 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis. Gaulkan sebati dan tempek sebatian di jerawat sebelum tidur dan basuh esok pagi dengan air suam. Ulangi langkah selama 2 minggu, jerawat hilang selamanya. 

 Nanti aku post pasal kaitan jerawat dengan tubuh badan pulak ye :) 

[Gambar] Comelnya Sushi Kucing



Aku paling suka yang handbag pink tu pipi dia tembam betul.
Korang? 


10 Perbuatan yang Mewarisi Kepapaan


Salam Jumaat kepada korang semua.
Mari kita lihat apakah antara 10 perbuatan yang mewarisi kepapaan. 

1. Menjahit pakaian ketika sedang dipakai dibadan

2. Bersegera keluar dari Masjid

3. Menyisir rambut dengan sikat yang patah

4. Meninggalkan doa untuk kedua ibu bapa

5. Cungkil gigi dengan pencungkil kayi (gunalah tali)

6. Memakai seluar ketika sedang berdiri

7. Tidur selepas solat subuh

8. Menyapu rumah pada malam hari

9. Duduk dibendul rumah

10. Memanggil kedua ibu bapa dengan namanya


tidak ada hadis sahih berkenaan isu ini, tapi adalah digalakkan agar kita meninggalkan perbuatan-perbuatan yang disenaraikan seperti diatas. Yelah, tak kan nak panggil ibu bapa dengan nama kot kan?. Biadap namanya. Jadi renung-renugkan dan selamat beramal :) 


Pemuda Terlalu Gemuk Untuk Terbang

Pernahkah anda bayangkan, kalau tidak dibenarkan untuk menaiki kapal terbang kerana alasan terlalu gemuk untuk terbang?. 

Situasi ini berlaku kepada seorang pemuda Perancis, Chenais 22 yang mempunyai berat 230 kg (500 pounds). Beliau dikatakan terlalu "berat" untuk terbang menaiki pesawat pulang ke kampung halamanya di Perancis. 

Chenais

Chenais mempunyai ketidakseimbangan hormon telah datang ke United State pada tahun 2012 untuk menerima rawatan obesiti di sebuah klinik di Chicago. Pada awalnya beliau telah merancang untuk terbang pulang pada penghujung oktober, tetapi telah mendapat halanagan daripada British Airways untuk menaiki pesawat dengan alasan terlalu gemuk.

Atas sebab keadaan kesihatannya, beliau telah disarankan agar menaiki kapal untuk pulang ke Perancis.