TIPS ~ Makanan bagi cerah Kulit

Hye semua..

Alhamdulillah, rajin sikit dah nak menaip sekarang . :) 

aku memang suka baca tips, petua dan segala pasal kecantikan. jadi bagus jugak kalau aku kongsi ye tak?.
bagi mereka yang risaw untuk mencuba produk-produk memutihkan kulit yang berada di pasaran boleh la mencuba dengan kaedah tradisional kat bawah ni.

1. TIMUN 

ambil timun segar dan kisar. titiskan air perahan lemon. letak di seluruh wajah dan leher selama 15 minit. 
bilas dengan air suam. done!.. itu sahaja.

2. YOGURT
cara nya ialah campurkan 2 sudu besar yougurt dengan air perahan limau nipis.Gaulkan dan sapu keserata wajah dan leher..

3. STRAWBERI
untuk strawberi pulak, caranya ambil 5 biji strawberi kisar dan hancurkan. campur dengan susu segar secukupnya. kemudia oleskan (sapu) ke muka dan leher. Bilas dengan air bersih apabila sudah kering.
Tips ni aku rasa agak membazir.. dah la mahal baik aku makan je strawberi tu.. :)

4. KOPI
Kopi mampu menghasilkan minyak antioksida yang boleh mencerahkan dan menghaluskan kulit wajah.
caranya campurkan serbuk kopi dengan minyak zaitun dan tepung sengkuang. kacau dan lulurkan keseluruh badan. Biarkan sejam baru bilas dengan air campuran garam. Selepas tu, mandi macam biasa.

5. BETIK
tips yang terakhir ialah menggunakan betik. Ambil betik yang masih muda, (bukan yang masak seperti gambar diatas :P) potong dan kisar. titiskan air limau nipis. Sapu pada wajah dan leher.

pendapat aku lah kan, kalau kulit hitam manis pun ok asalkan cantik, licin dan sihat. 
ok, itu saja.. psstt.. ada cadangan supplement tak untuk bagi putih melepak. ?. nak try.. hee..

resepi ~ Sexy Chicken Wings

assalamualaikum.. 
selamat datang ke rancangan masak memasak dengan chef licha.

resepi hari ni sangat mudah untuk disediakan dan yang penting,  Murah. 
sedap dan murah, itulah harapan aku tiap kali aku nak masak sesuatu.

tak perlu sembang panjang lebar.. Jadi mari kita lihat bahan2nya.

1. 6 ketul chicken wings 
2. sos barbeku Oriental Jenama Life (6-8 sudu besar)
3. kicap manis (1 sudu besar)
4. sos cili Life (2 sudu besar)

cara-caranya 

bersihkan ayam kemudian rebus dalam air mendidih selama beberapa minit. Jangan lama sangat nanti kepak masak terus.

ni rupa ayam selepas di rebus 

toskan ayam, letak sos barbeku, kicap manis dengan sos cili. gaulkan dan perap selama semalaman di dalam peti sejuk. 

selepas di perap semalaman keluarkan ayam. panaskan ketuhar pada suhu 200- 250 degree celcius. bakar ayam di dalam oven. dalam 15 minit kemudian terbalikkan. cucuk dengan garpu untuk test dah masak ke belum.

itu sahaja. bolehlah di hidang..


nyumm..


p/s:
1. boleh letak madu kalau suka.. kalau nak pedas boleh sprinkle serbuk cili di atas ayam. aku tak suka pedas, so thats it la .. 

2. tak perlu ikut sukatan sangat. sebab aku main agak2 je.. letak sesedap rasa lah. :)



Muzium Coklat di Malaysia

assalamualaikum..

Tahukah anda Malaysia mempunyai muzium Coklat pertama di Asia Tenggara.? 

Muzium ini  terletak di Kota Damansara dan ditubuhkan oleh syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn Bhd. 

Apa yang menarik ialah muzium ini bukan sahaja mendidik orang ramai mengenai asal usul coklat tetapi juga manfaat coklat untuk kesihatan.



Pengunjung boleh mendapatkan banyak jenis pilihan coklat. Terdapat kira-kira 100 jenama serta 1000 jenis coklat dijual di muzium itu. dan semestinya dengan harga yang lebih murah!.


Di samping itu, demonstrasi membuat coklat buatan tangan turut diadakan.
Bunyinya agak menarik.. jadi bagi coklat lover, mungkin tempat ni sesuai untuk anda semua :)

oh, ya. masuk PERCUMA. je.. 

ni alamat :
MSB2, Jalan Teknologi 3/4, Seksyen 3, Kota Damansara, Petaling Jaya.


p/s: ada blogger yang cakap, rupa luarnya nampak macam kilang. aku tak pernah pergi. jadi no comment.

secantik bunga peony

assalamualaikum..

i only write, so u just need to read, not listen . eh. ???

bunga PEONY, atau nama saintifiknya Paeonia suffruticosa. 
bunga ini banyak didapati di Asia, Selatan Eropah dan di barat Amerika Utara. 




Bunga Peony adalah simbol kecantikan dalam lagenda masyarakat di negara-negara Mediterranean. 
Cantik bukan?

ia juga terkenal sebagai bunga kekayaan dan kehormatan oleh kerana warnannya yang terang, serta bau yang WANGI. 


kalau dibuat jambangan bunga untuk pengantin pun sesuai, sebab dia ada pelbagai jenis warna..
nampak lah sikit kelainan dari kebiasaan.. kalau dulu asyik2 pakai bunga ros pun bosan jugak.

\
bunga Peony ni kalau perasan, gambarnya selalu di lukis di atas beg, payung, dan pelbagai cenderamata lain.

:)  teringinteringinteringin sangat


peony anyone?!