Gubahan Bunga Putih + Hijau Inspirasi Pinterest
Teringat
suatu ketika dahulu, ketika aku berada di tingkatan 2 dan diarahkan
untuk membuat karangan mengenai cita-cita. Menjadi seorang "Florist" atau
penjual bunga menjadi pilihan aku pada ketika itu memandangkan aku
masih lagi keliru dan tak tahu untuk membuat keputusan. Antara semua
pelajar cita-cita aku lah yang paling tak glamour. Ish.While many other students opt to be a doctor, architect, lawyer I simply choose to be a florist. Well, now my career has diverted far from being florist but I still wish someday I will open my own shop and send a bouquet of roses to my English Teacher. She love flower, she said. Thank you for having faith in me. #lichatheflorist.
Inspirasi gubahan bunga pada kali ini ialah berdasarkan daripada koleksi gambar dari Pinterest. Gunakan keyword "White Green Wedding" dan bermacam-macam gambar yang akan keluar. Sememangnya akan membuatkan korang rambang mata. Pinterest adalah tempat terbaik bagi bakal pengantin untuk mencari ilham dan konsep perkahwinan impian kerana daripada kad jemputan, hiasan meja, kek, doorgift dan lain-lain semuanya telah di senaraikan. Mudah bukan?.
Spoiler alert the pictures are so beautiful that they will make you wanted to get married again!. Lots of fresh ideas including the concept and the theme definitely helpful to the future brides. What theme do you like? Rustic, Fairytale, Garden Wedding, or even The Great Gatsby?. You may find them on Pinterest.
White Green Wedding on Pinterest
*----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan yang diperlukan :
1. Beberapa jenis bunga berwarna Putih (hydrangea, daisy, chamomile, etc)
Tips : Pastikan bunga yang dipilih adalah berbeza dari segi saiz dan bentuk supaya jambangan bunga kelihatan menarik.
2. Bunga berwarna cream / yellow-ish (peony)
Untuk menambahkan keserian jambagan bunga, tidak perlu diletakkan banyak.
Gunakan rule 3 :1 (3 bunga putih, 1 bunga cream)
2. Beberapa jenis dan saiz daun berwarna hijau
Daun hendaklah tidak terlalu besar agar tidak kelihatan serabut.
3. Pasu kaca berbentuk silinder
Pasu kaca jenis tidak legap adalah paling sesuai, namun ikut kesukaan masing-masing.
4. Bahan asas menggubah bunga
- Lidi bunga panjang
- Tape bunga berwarna hijau
- Gunting/ Cutter
Cara-Caranya:
Untuk cara-cara bagi membentuk bunga menjadi jambangan kecil boleh rujuk link ini
Pastikan setiap jambangan kecil bunga mengandungi daun, bunga putih kecil, dan bunga putih besar seperti gambar dibawah:
Bentukkan jambangan lain bagi bunga berwarna cream dengan menggunakan teknik yang sama.
Sekuntum
bunga cream, bunga kecil, bunga besar dan daun dalam satu ikatan.
Pastikan lilitan bunga tersebut kemas kerana kita akan menggunakan pasu
kaca jernih.
Susunkan
di dalam pasu kaca tersebut dan gubahkan agar nampak menarik. Tinggi
setiap jambangan sangat memainkan peranan agar bunga tidak nampak
terbenam dan terlalu rata apabila di pandang dari sisi. Cadangan lain,
anda boleh juga letakkan satu daun besar di dalam pasu untuk kesan yang
lebih dramatik.
Hasil gubahan bunga yang telah siap.
Gubahan ini sesuai untuk diletakkan di pelamin, bahagian ruang tamu rumah dan untuk dekor ruang meja.
Selamat Berbunga!
kita pernah kerja kat kedai bunga pas abes STP dulu. Hampir dah bos nak train kita jadi florist tapi kita resign sbb nak sambung belajar U.. rindunya masa tu, walaupun gaji ciput tapi seronok bermain dgn bunga. tapi paling tak best bila kena raup bunga rose. abes jari luka.. huhu..
ReplyDeletep/s : lama tak singgah cni.. pe kabor cik blog?
haaa.. itulah tu. kalau minat memang best kan ?. Teringin nak jadi florist tapi belum ada rezeki. insyaAllah 1 fine day.
DeleteCantiknya gubahan Liza buat. Good job!
ReplyDelete