Tips Mudah| Cara Menghilangkan Bekas Jerawat di Wajah

Cara Menghilangkan Bekas Jerawat di Wajah

Jerawat ialah musuh ketat bagi seorang perempuan. Kalau tak, tak adalah bersepah-sepah produk yang di jual di pasaran untuk menghilangkan jerawat, mencantikkan kulit, meruncingkan dagu, meratakan tona kulit dan sebagainya. :) And trust me, these manufacturers make a lot of money per year for those products they claimed as "anti-acne" and "whitening" your skin. 

Macam mana pun, tidak dinafikan kalau menggunakan barang-barang semulajadi kesannya pon boleh tahan cepat dan berkesan untuk menghilangkan bekas jerawat. Tak percaya boleh la cuba tips di bawah ni :


1. Kayu Manis + Madu
Cara menghilangkan bekas jerawat dengan kayu manis dan madu. Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. Kita buat ala-ala masker. Sapukan pada muka yang ada bekas jerawat. Amalkan untuk buat sebelum tidur dan bilas dengan air sejuk bila dah kering ataupun keesokan hari.

 2. Kayu Manis + Bedak
Cara menghilangkan bekas jerawat dengan kayu manis dan bedak sejuk. Caranya ialah dengan mengambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada parut jerawat, lakukan setiap hari secara konsisten. Insya Allah parut akan pudar dan beransur hilang. Cara ini mungkin agak sedikit pedih tapi berkesan.
 

3. Bawang Putih
Kita boleh menghilangkan bekas jerawat dengan menggunakan bawang putih. Bawang putih dikatakan mampu menghilangkan parut/bekas jerawat dengan berkesan. Seperti kulit kayu manis, Bawang putih juga agak pedih dan menyakitkan. Tetapi ianya dijamin berkesan!. Ambil 2 atau 3 biji ulas bawang putih, tumbuk lumat dan gosok atau sental ke bahagian yang terlibat beberapa kali sehari, ianya dapat mengurangkan parut jerawat anda!.
 

4. Nasi 
Cara menghilangkan bekas jerawat dengan air rendaman nasi. Caranya ialah rendam nasi ke dalam air suam biarkan seketika, lepas tu ambil air rendaman tersebut dan basuh pada muka anda. Biarkan sampai kering dan bilas dengan air sejuk. Petua ini banyak digunakan di negara sejuk seperti Jepun dan Korea.


Cara Menghilangkan Bekas Jerawat seperti di atas sangat mudah dan jimat. Selamat Mencuba  In sha Allah mujarab dan berkesan bila kita lakukan secara konsisten.  Klik Sini.

35 comments

  1. pernah guna juga kulit kayu manis ni dulu..panas gile muka.heheh..tapi memang best..menjadi..siapa yang tak tahan tu harus tabah kan hati..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. pedih sangat kot.. :( huhu.. memang awesome la sesiapa yang boleh tahan

      Delete
  2. so far ika guna madu sahaja tak pernah mix dengan bahan lain, sebab muka jarang naik jerawat tapi suka sapu je madu kat muka sebab nanti kulit jadi lembut2 gitu hewhewhew

    ReplyDelete
    Replies
    1. madu memang bagus untuk kulit dear :) maintain je lagipun efek dia untuk jangka masa panjang

      Delete
  3. haha. baru baca first ayat dh gelak. jerawat = musuh ketat. couldnt agree more >_<

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan dear :) klu tak, tak de la entry ni. hihii

      Delete
  4. Replies
    1. all the best ye dear :) kalau berkesan boleh kongsi

      Delete
  5. saya pernah letak kayu manis tu.. pedih wooo.. tapi hasil memang tip top..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kata orang lah kan. beauty is pain :)

      Delete
    2. Kesan awak pakai tu..brpe lame bru nmpk perubahan die?

      Delete
  6. dah macam bahan2 nak buat nasi goreng pulak..hihi

    ReplyDelete
  7. tips yg bagus...sha selalu guna air beras tuu..

    ReplyDelete
  8. tips berguna...wah lain dah blog... comel2..

    ReplyDelete
  9. dulu, masa zaman sekolah, mana ada duit kak nak beli pencuci muka.. hehehe so, ina guna kulit kayu manis je. bawak gi asrama lagi gosok atas batu.. memang menjadi... :)

    ReplyDelete
  10. hai cantik. tq sudi bace blog kite :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome.. kalau liza free akan singgah lagi.

      Delete
  11. bagus tips ni sebab bahan bahan memang dah sedia ada kat rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza. lagipun lebih jimat kalau macam ni

      Delete
  12. Perkongsian yg sangat menarik..

    ReplyDelete
  13. selalu pakai madu je..tq share

    ReplyDelete
  14. pernah gak pakai serbuk kulit kayu manis ni..banyak khasiatnya...perubatan alami..

    btw, jom ke blog saya

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Jgn Guna bawang putih sbgai masker.. saya da pernah try.mmg pedih saya cuba tahan..esok pagi saya tengok kulit nuka saya mcm terbakar.. terukk sangat. Doktor Ckp kulit muka ade lah bahagian paling snsitif.

    ReplyDelete
  16. salam kak liza, kalau madu tu yg madu botol biasa guna utk masakan boleh juga ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau madu asli lagi better dear :) sebab kalau masakan tu mostly dah campur dengan macam-macam

      Delete
  17. Klu guna kulit kayu manis tu xde kesan sampingan ke sis?

    ReplyDelete
  18. Bisa menghilangkan bercak hitam bekas jerawat ?
    Thanks for the tips.

    Nonton film box office

    ReplyDelete
  19. nice tip sis. insha Allah saya akan cuba buat.berapa lama masa yang diambil untuk melihat hasilnya menggunakan kulit kayu manis?

    ReplyDelete