Kaf-Ba-Ra-Kaf-Ta-Nun. Keberkatan.
hah, Topik yang agak berat bagi aku dan sejujurnya kalau berpandukan satu perkataan ini nak tulis karangan untuk SPM memang aku akan termenung panjang.
Sebab yang aku tau cuma-- Kalau kerja makan gaji buta atau banyak ponteng lepak pantry lelama nanti duit gaji yang kita dapat tak tu berkat. Itu sebab kalau gaji besar pun masih rasa tak cukup. Itu apa aku paham selama ini. and honestly to elaborate it further I have no clue.
Beberapa tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:
1. Duit banyak, tapi cepat habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja tapi tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu yang tak dapat munafa'at.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
________________________________
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas? Sama-samalah kita bermuhasabah diri.
Jadi sesiapa yang pandai mintak tolong sikit tunjuk jalan yang lurus di bahagian komen.
p:s (senarai tanda-tanda hidup tak berkat aku copy paste dari post FB kawan aku, harap maklum)
hal macam ni hanya yang pakar je boleh elaborate..ika belajar benda ni dulu masa amik syariah time skola..tapi ilmu tak tinggi mana...tak berani nak main cakap je...apa pun semoga kita dijauhkan daripada tanda2 sebegini...kalau ada, cepat2 ubah...kan licha? :)
ReplyDeletebetul tu dear :) bab keberkatan ni memang payah nak justify. tapi untuk tanda2 tu eloklah kalau kita berusaha untuk jauhi
DeleteSama2 la kita muhasabah dri..perbaiki lg apa yg ptt :)
ReplyDeletesetuju sangat my dear :) keep hard on getting better
Deletesama2 kt perbetulkan balik
ReplyDeleteinshaaALLAH
Ye Yui :) kena salu muhasabah kan
Deleteya'allah... semoga ina jauh dari semua ni... keberkatan la paling utama dalam setiap amalan yg kita buat... risau jika dipersoalkan di alam sana.... subhanallah..
ReplyDeleteinsyaAllah dear :) kena salu beringat jugak kan
DeleteThanks licha. Perkongsian yang baik Kena muhasabah diri...
ReplyDeleteSemoga kita semua tergolong dikalangan org2 yg diberkati kehidupan seluruhnya... aamiin..
ReplyDelete3x whisper sbg penghargaan.. mudah2an berkat.. :)
info yang bagus..kdg2 kita tak sedar y kelakuan kita sharian membuatkan kehidupan kita tak berkat..
ReplyDeletehidup xberkat masa berlalu siasia ruginya...
ReplyDeleteantara perkara2 yang kita tak mahu... huhuhu...
ReplyDeleteThanks Liza atas peringatan ini..semoga hidup kita akan sentiasa diberkati olehNya...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Alhamdulillah..
ReplyDeleteterima kasih kerana mengingati....
saling ingat mengingati....muhasabah diri...thanks for sharing dear...
ReplyDeletesemoga apa yang kita buat diberkati Allah..aminnn
ReplyDeleteArtikel ni copy paste ke..bukak 10 blog...10-10 tulis bnda sama sebijik
ReplyDelete