[ Resepi ] Ayam BBQ di Hujung Minggu

Hujung minggu ni sedap jugak kalau makan ayam bbq bersama keluarga. 
Apatah lagi kalau yang senang nak buat kan?.
Nah aku nak buat pahala kongsi resepi. heeee.

**** 
Bahan- bahan: 
-beberapa ketul ayam 
- Sos barbeque, aku rekemen guna sos BBQ Life. (5 sudu besar)
(please note that Master Foods does not have the halal logo, my bad!)
-Sos cili Life (3 sudu besar)
-Sos tiram Life (1 sudu teh)
-Madu Polleney (1 sudu teh)

Sukatan :
Gunakan formula 5:3:1
Kalau ayam banyak sila darabkan sukatan.

Bahan tambahan: 
sedikit serbuk Lada Sulah
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
halia


Cara- caranya:

1. Bersihkan ayam di dalam bekas. Masukkan semua bahan-bahan dan gaul sebati.
 2. Potong bahan tambahan, dan gaulkan bersama ayam dan campuran sos tadi.
3. Biarkan selama beberapa jam di dalam peti ais, (aku biarkan semalaman) lagi lama lagi bagus. 


Nyalakan api, dan bakar. 






**Nota :
-madu dan sos tiram tak de pun takpe.
-bahan tambahan tak de pun takpe.
-boleh ganti ayam dengan udang, daging, sotong, sosej, lain-lain
-tak semestinya bakar, nak goreng, panggang pon boleh
-Sebab tak de sos Life, aku beli Master Food tu, tak perasan tak de halal. Maaf semua Umat Islam. (nanti ada pulak marah aku cakap resepi tak halal) 







12 comments

  1. adush...
    nampk mmg sodap..
    tapi nk buat tu mmg malas.
    hehe..
    slamat berhujung minggu :)

    ReplyDelete
  2. look yummy ! Arghh nak buat jugak

    ReplyDelete
  3. simple resepi ni tp sy nk mkn yg dh siap ja..hahahaha
    mls nk bt pny psl.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..senang je ni Hoshi.. buat dengan budak2 best.

      Delete
  4. nak try pun barang2 tak banyak kat umah..tggu awk buat bg sy rasa laa..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. saya buat tahun depan. time raya. meh jemput meh. haha

      Delete
  5. rajinnya buat sendiri...
    nory selalu beli je...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. licha mmg selalu buat..:) sebb boleh mkn byk. hee

      Delete