Makan - makan | Shell Out Murah Restoran Haji Nan Kampar, Perak

Pengalaman pulang ke kampung apabila tiba musim cuti sekolah memang selalunya berakhir dengan perjalanan yang mengambil masa yang lebih panjang.  Disebabkan perut yang sangat lapar setelah meredah 6 jam perjalanan untuk ke kampung halaman yang masih berbaki 2 jam, kami mengambil keputusan untuk berhenti makan di Kampar. 


Teruja memandang menu yang terbentang di hadapan kedai kami sepakat untuk berhenti dan mencuba nasib.  "Harapnya sedap!" Bisik hatiku.  Cadangan awal ialah untuk mencuba mee ketam tetapi apabila masuk ke dalam kedai, boleh dikatakan semua meja menjamah nasi dan shell out. 


Apakah itu Shell Out? 
Sememangnya menu shell out di restoran Haji Nan mendapat sambutan hangat apatah lagi dengan harga yang sangat berpatutan iaitu cuma RM19.90 untuk hidangan 2 orang. 

Shell out ialah hidangan makanan laut yang dimasak dengan pelbagai jenis perasa dan dilambak dia atas meja yang beralaskan kertas. Antara makanan laut yang dihidangkan ialah ketam, udang, siput lala, kerang dan sotong.  Manakala sayur pula ialah jagung, brokoli, tomato, lemon dan kubis bunga.
Sosnya pula tidak terlalu pedas dan sesuai untuk dijamah seisi keluarga.

Shell Out Restoran Haji Nan Kampar, Perak.


Licin sehingga menjilat jari.  Itulah yang boleh dikatakan mengenai Shell Out Restoran Haji Nan Kampar.  Bagi mereka yang ingin mencuba boleh lah merujuk kepada alamat di bawah:

Nama restoran: Haji Nan Mee Kari Ketam Kampar
Alamat: 15&15B Jalan Perdana Taman Kampar Perdana Berhadapan TESCO KAMPAR
No.telefon: 0129418562 (Encik Azhar)

Jika berkunjung ke Kampar, jemput singgah ke Restoran Haji Nan, Kampar.

3 comments

  1. Sedapnya nampak. Tak pernah lagi makan shell out nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba kedai haji nan. Murah dan berbaloi sebab sedap

      Delete
  2. nice share.. sekali je pnah makan shell out, tu pun masa jalan2 makan angin kat melaka.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...