DIY | Bunga Hiasan di dalam Kotak


Bunga Hiasan di dalam Kotak

Dah lama tak ber-DIY. Kali ini aku nak tunjuk cara-cara membuat bunga hiasan di dalam kotak. Idea asal bagi bunga hiasan ini aku tengok di Pinterest. Bagi mereka yang memang gemarkan DIY Pinterest memang terbaik untuk dijadikan rujukan. Memandangkan aku suka sesuatu yang mudah, cepat dan ringkas maka aku ubah suai sikit dari konsep asal. Tak kisahlah yang penting hasilnya cantik di pandang :). Terpulang kepada citarasa masing-masing bunga ini boleh dijadikan hiasan di meja televisyen, meja makan (as a centerpiece) ataupun di atas pelamin.


Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Kotak kayu. (dibeli dari Daiso)

2. Gabus / Span untuk mencucuk bunga.
3.  Rumput / Daun 
4. Bunga Saiz Sederhana & Kecil (mengikut kesesuaian kotak)

Cara-cara untuk menghasilkan Bunga Hiasan di dalam Kotak: 


1. Potong rumput/ daun mengikut saiz kotak kayu dan pastikan ianya mampu untuk melindungi gabus bunga dari kelihatan. Kemudian letakkan gabus bunga di tengah-tengah kotak. (Rujuk gambar di atas).             

2. Mulakan mencucuk bunga dari bahagian tengah dan kemudian di bahagian tepi. Selang selikan dengan  mencucuk bunga saiz sederhana dan kemudian yang kecil. Begitu juga dengan warna.
Elakkan dari menggunakan bunga yang saiz nya sama walaupun berlainan warna, begitu juga sebaliknya. Tujuannya ialah bagi memastikan dimensi hiasan nampak menarik dan tidak terlalu sarat. 

3. Pastikan bunga di cucuk memenuhi ruang dan span/gabus bunga tidak kelihatan. Jika menggunakan bunga segar, gunakan span yang dibasahkan terlebih dahulu supaya bunga berada dalam keadaan cantik dan tidak layu.

--Tips untuk gambar nampak cantik dari bahagian sisi :
Cucuk bunga agar kelihatan membukit. Maksudnya ialah lebih tinggi di bahagian tengah dan rendah di bahagian tepi                                                                                    
Secara keseluruhan modal yang digunakan tidaklah terlalu mahal kerana kos terbesar ialah bunga. Untuk berjimat aku kitar semula bunga yang digunakan untuk hantaran kahwin haritu. Aku cuma beli kotak RM5.00 , Rumput RM1.90 , Gabus/ Span RM1.00. Semuanya murah belaka :)

6 comments