Bajet Perjalanan Ke Singapore| Fokus utama aku harini ialah pengangkutan.Ada banyak pilihan untuk ke Singapore dari KL melalui jalan darat, laut mahupun udara. Bagi budget traveller setiap kos haruslah dikira dengan bijak. Selagi boleh berjimat apa salahnya berbelanja lebih untuk penginapan. Kan lagi best tidur tilam empuk?. Kan?.
Keretapi
Menurut kata kawan aku dah tak de. Ntah lah. Tak survey pulak. hee.
Kereta
Kalau nak menaiki kereta ke Singapura memang boleh dan tak ada masalah, kos utama yang perlu dikira ialah tol dan minyak. Bagi aku kalau dari tempat yang tak jauh sangat ok lah nak drive. Dan kalau ada orang lain yang mampu nak drive perjalanan jarak jauh. Agak leceh sikit bila nak lepas imigresen dan kastam sebab kalau naik kereta kena beratur panjang tapi kalau naik bas ada laluan khas. Jadi tak delah sangkut lama sangat dekat border.
Bas
Cara yang paling mendapat pilihan di hati backpackers. Kalau dari Kuala Lumpur cuma Puduraya &TBS sahaja yang ada menawarkan perkhidmatan bas ke Singapore. Pengiraan aku : Dari Putrajaya menaiki ERL - berdua RM9.40 (aku guna student card + husband kadar biasa) ke TBS. Dari TBS naik bas ke Larkin harga tiket RM35 seorang. Perjalanan dari TBS ke Larkin mengambil masa lebih kurang 5 jam. Bas berhenti di Yong Ping sekejap untuk berehat.
Dari Larkin naik bas RM1.70 seorang untuk ke sempadan Johor- Singapore. Dan bayar lagi $ 2.50 seorang (kadar tukaran ialah RM2.60 = $1 sgd) untuk sampai ke hentian bas di Singapore (katakan ke Little India). Tempoh perjalanan ialah 7 jam. Jumlah perbelanjaan sehala : RM47.90 Pergi balik : RM95.80
Kapal Terbang
Mungkin sedikit mahal kalau pergi ke Singapore menaiki kapal terbang. Ada banyak jenis airlines yang menawarkan penerbangan ke Singapore. Contohnya-- Air Asia, Jet Star, Mas, Tiger Air dll.
Harga pula agak berbeza mengikut hari dan tempoh belian tiket. Ada yang makin mahal dan makin murah.
Kita mulakan dengan pilihan orang ramai, tak lain tak bukan Air Asia. Katakan aku nak pergi seminggu dari sekarang. Untuk depart Harga cuma Rm67 all-in fare. Tetapi flight pukul 6.10 pagi. Maksudnya pukul 4 pagi dah kena pergi air port. Kena stand by awal-awal sebab KLIA 2 sangat lah besar dan luas. Lenguh nak berjalan. Siyes. Jauh jugaklah nak jalan dari tempat check in.
Hari balik pulak harga Rm122. Itu yang paling murah tetapi flight 8.45 malam. Ok la kan boleh lepak airport dulu lama-lama. Its not a big deal. Wifi pon free. :)
Jumlah Perbelanjaan : RM189 seorang pergi balik.
Pilihan kedua ialah Malaysia Airlines (MAS)
Mas mungkin bukan pilihan yang sesuai untuk orang yang nak berjimat. Lebih sesuai kepada mereka yang menginginkan keselesaan. Tapi flight sejam je pon. Tak perlu nak selesa sangat lah kan. Haha.
Ok tiket pergi ialah RM210 pukul 6.55 pagi. Sama je macam Air Asia tadi.
Boleh balik pukul 3 kalau nak murah, itupun mahal jugak lah bagi aku.
Jumlah kesemuanya ialah : Rm506.00. Not my choice la nampak gayanya.
Seterusnya ialah Tiger Air. Ia merupakan milik Singapura dan juga terdapat di KLIA 2. Dari segi harga pendapat aku agak konsisten kecuali pada waktu tertentu harga mungkin akan sedikit mahal. Boleh perhatikan gambar dibawah:
Ya, cuma RM49 ringgit dan perjalanan pertama ialah pada 9:20 pagi. Pukul 7 lebih boleh stand by dekat airport. Senang la skit kan. Especially to the not-so-morning person like me. Berat maximum cabin luggage ialah 10kg. Kalau pergi 3 -4 hari memang lebih dari cukup lah. Tak perlu nak add on luggage.
Untuk penerbangan balik mahal sikit lah. RM90 per person. Paling aku suka mengenai Tiger Air ialah harga yang dinyatakan ialah include taxes and fees. How cool is that?.
Tips kawan aku :
*Tak perlu pilih seat, cuma perlu check in awal masa dekat kaunter mintak seat mana yang korang nak diorang akan bagi.
*Saiz beg jangan besar sangat, sekalipun lebih 10kg tapi beg kecil-kecil diorang tak strict sangat. Bawa 2 beg la kiranya.
Jumlah perbelanjaan : Rm139 pergi balik. Memang kena bayar banyak tu je. Tak de lah macam satu airlines tu kan, salu je taxes and fees lagi mahal dari tiket. pffftt... Seat dia pun luas. I loike.
Ini satu lagi pilihan untuk terbang ke Singapura iaitu Jetstar. Senang cakap -- Konsep Jetstar ni lebih kurang macam Air Asia. Got that idea?. Ok lets proceed to our search.
Harga yang dipamerkan ialah harga tiket ( I think so) dan apabila dicampur dengan taxes dan fees akan menjadi seperti jumlah diatas. RM 79. Harga lebih kurang dengan Air Asia.
Dari segi servis aku tak pasti ok ke tak sebab kawan aku pun tak pernah naik Jetstar.
Perbelanjaan aku ke Singapore =
Pergi naik Tiger Air dari KLIA2 - Changi Airport : RM49
Balik naik bas dari Little India - TBS : RM47.90
Jumlah keseluruhan : RM96.90 seorang
Aku memang jenis kaki survey nak beli apa pon termasuklah kalau melibatkan perbelanjaan yang besar. Tapi semuanya aku buat last minit, macam tiket flight esok nak fly harini baru beli. Sebab tu aku last-last beli tiket pergi je. Sebab tiket balik tu dah jadi mahal $100 sgd (Rm260 sorang). Mau tak pengsan. haha.
Jadi balik gigih naik bas. Seronok jugak sebab dapat tengok tempat-2 di Singapore. Overall, jimat sikit lah.
menarik perkongsian ni..
ReplyDeletefull pakej ni.
mmg terbaek tip ni untk ke singapore.
bleh le jln2 ke universal studio kalau cmni.
Ini aggaran bajet untuk perjalanan pergi balik.
Deletemoga bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan :)
best kalau pergi USS shark. seronok jugak
Ada lg x pas harian..cmne nk apply?
ReplyDeletemenarik ni..memang nak pi berjlan ke sana pun :)
ReplyDeletetak mahal sangat. pergi 3 hari 1.5k je pakai. tu pun banyak dekat hotel. :)
Deletelama nye xgi spore..info menarik ni
ReplyDeleteoo menarik plak kalau dah kupas satu2 cenggini.senang :D nak bercuti ke Singapore ea :D
ReplyDeletedah pergi dah afzal :) hihi.. ni entry throwback la kiranya .. dah balik baru tulis
Deleterajinnye survey smpai camni...ehehe
ReplyDeletesurvey flight ticket je . sbb nak yg murah :) ihhih
Deletewahh bagus..setiap ada perincian semua..lama tak kesana .. kat sana ada rumah my aunty
ReplyDeleteyke.? best la ada sedara.. sng skit kan. kat sana hotel agak pricy
Deletekita pernah ke s'pore dari KL ke Johor naik kereta, lepas tu ambil bas dari larkin ke s'pore. Jenjalan kat s'pore naik MRT jer.. senang. Kalau bawak kereta sendiri tak tau jalan pun susah. Memang budget tak banyak sangat tapi cuma tu la s'pore ni kan semuanya mahal..
ReplyDeletekalau dengan family ada anak kecik naik kereta sndri mungkin lebih praktikal, ataupun tdur kat johor. pagi2 msuk singapore. pon boleh jgak macam tu. :)
Deletelicha pergi saja nak jalan2 je so stay kt singapore, hotel dia mmg mhal lah jgk
wahhh...liza memang rajin survey nampaknya..tapi harga flight untuk tiger air tu memang murah sangat..rugi kalau tak amik..as for return trip, naik bas lagi best sebab tak perlu rushing sangat untuk kejar masa depature...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
yes :) well.. actually kitorang backpacking je pergi. hahaha.. semua pon pakai konsep redah je.
Deleteter-over spend dekat hotel. and masa tu pon mmg dah plan kalau lari bajet nek bas .
tak de la survey sangat pon lan. semuanya last minute
Kalau kena caranya dan waktunya, transportation guna flight kadang lagi murah dari naik bas kan.
ReplyDeleteyes especially time promo :) kena pandai pilih waktu, dan kalau pergi oversea yg ada 4 musim pun ada musim yg murah untuk fly
DeleteMenarik info ni.. lama dah x ke singapore...
ReplyDeletenanti nak pergi ajak ye :)
DeleteSinggah...
ReplyDeleteInfo menarik nih sebab next year memang plan nak ke singapore.. (^_^)
boleh cuba naik Tiger Air. so far so good :)
Deletemurah plus no hidden charge
boleh la melancong ke sana nanti.. rasanya train ada lg. bas pun ok. boleh tengok pemandangan kan :)
ReplyDeletebas ok tapi leceh skit la sebb lama kan. prosedur pun banyak skit. nak cepat memang naik flight.
Deletekena tengok budget :)
Kalau orang Johor senang ke nak ke singapore :)
ReplyDeletekalo nak g singapoore dari KL, better amik bas ekpress direct ke singapore.. daripada KL-JB-Singapore..
ReplyDeleteyup :) cuma kalau pandai banding harga, baik naik flight . RM50 dah sampai
Deleteinfo berguna. sedang berkira2 nak ke singapura nnt...tq
ReplyDeleteSalam. Hee saya pun baru balik dr jalan2 spore nek bas je. Masaelahnya tungu lama beratur utk chop paspot kt spore imigresen especially waktu rush hour org keje kilang balik dan pergi keje ;p
ReplyDeletesalam :) bestnyaaa... yup itu la yang tak berapa best sikit sebab kena tunggu lama.
Deletebersesak-sesak
Salam. Boleh bagi guide macam mana nak balik ke Malaysia menaiki bas dari Changi? Thanks!
ReplyDeletesalam :) kalau dari changi saya tak sure pulak.. tapi boleh naik bas/MRT untuk pergi perhentian bas untuk ke Johor. Kalau ada duit lebih boleh naik cab , tapi mahal sikit lah.
DeleteLast time pergi saya naik bas untuk ke Johor dari Madras Street jalan kaki sampai stesen bas dekat Bugis Street. Maaf tak berapa ingat sangat sebab dah lama pergi.
Harap membantu
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam sis, betul ke bus ke singapore dan dr singapore ada laluan sendiri? so tak jem sangat la kan pasal tak bercampur kereta.
ReplyDeletesalam Aizat .
DeleteKalau tak salah rasanya macam tu la. Memang ada laluan khas untuk bas. :)
salam sis, betul ke bus ke singapore dan dr singapore ada laluan sendiri? so tak jem sangat la kan pasal tak bercampur kereta.
ReplyDeleteSis naik bus ape eh dr spore-kl tu?
ReplyDelete