DIY | Gubahan Bunga Untuk Hantaran

Bunga Hantaran 

Memandangkan aku seorang yang agak cerewet dan sukakan DIY masa tunang dan kahwin haritu semua hantaran aku buat sendiri. Terkial-kial jugaklah pada mulanya sebab tak tahu jenis dan konsep yang sesuai. Eventhough it was done last minute, Alhamdulillah it turned out very well. 

Ini adalah salah satu contoh bunga gubahan hantaran yang aku buat untuk dulang rantai tangan nikah dan duit mas kahwin.  Jenis bunga yang diperlukan ialah :
1. Bunga Pink (saiz kecil) |2. Bunga Lily (saiz besar) | 3. Bunga Ros (saiz sederhana)

Bahan lain yang diperlukan ialah : 
Pemotong dawai (untuk kerat bunga), Dawai Lilit Bunga, Gam Tape yang berwarna hijau , bakul / bekas untuk meletak bunga , Hot Glue Gun (optional)

Untuk pilihan bunga gunakan 3 jenis bunga yang berbeza manakala untuk warna seboleh-boleh nya hadkan kepada 2. Tema warna yang aku pilih ialah Pink + Putih. Terpulang kepada citarasa masing-masing  tapi apa sahaja warna yang digabung dengan putih tak pernah "go wrong" . Bagi peminat pastel, gabungan warna terang (solid) dan pastel juga sangat cantik. :) 

Cara untuk membuat bunga hantaran sangat lah mudah. Satukan ketiga-tiga jenis bunga tadi dan lilitkan dengan gam tape berwarna hijau. Tujuannya supaya bunga tadi membentuk jambangan kecil dan kemas. 
Boleh juga menggunakan hot glue gun atau pun dawai tapi hasilnya akan jadi comot (Aku guna dawai semasa buat hantaran tunang). Lessons learnt!. 
Boleh lihat didalam gambar, jambak bunga menggunakan gam tape berwarna hijau.
Kemas kan?

Jambak Pertama

 Jambak Kedua

 Bilangan jambak bergantung kepada saiz dulang/ bakul hantaran tersebut. Sekiranya perlu, buat lagi 1 jambak kecil menggunakan bunga kecil dan bunga sederhana. Langkah terakhir ialah satukan kesemua jambak tersebut dan letakkan di dalam bakul / dulang hantaran. 

Tadaaa... 
Gambar diatas ialah hasil bagi bunga hantaran yang telah siap.


Selamat Ber-DIY. dan Selamat Pengantin Baru Semua 

32 comments

  1. Replies
    1. mucho gracias :) selamat mencuba

      Delete
  2. cantik & kreatif!!! hebat la admin

    VIDEO: Cokelat Haram? Haram Mak Kau.. Kata Pondan Ini
    http://blog3dalam1.blogspot.com/2014/05/video-cokelat-haram-haram-mak-kau-kata.html

    Emma Maembong Bidas Dakwaan Jadi Punca Zizan Razak Kalah
    http://syokbah.com/emma-maembong-bidas-dakwaan/

    ReplyDelete
  3. kalau rajin semua bnda boleh jadi.
    kalau sabar semua bnda boleh jadi cantik.
    mmg jimat kalau boleh buat DIY nie.
    puas hati :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi shark. Yes setuju sangat. Sebab licha suka ada personal touch in everything i do.
      hihihi.. Tenkiu SInggah :) lama tak jumpa

      Delete
  4. Wah.. kreatif & menarik.. best Licha.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Khir. Kena belajar lagi ni :) insyaAllah

      Delete
  5. nice and simple.. yang pasti nampak lembut ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ypu.. sesuai untuk orang yang tak minat kaler terang dan menjimatkan..

      Delete
  6. kreatif nya la hai Liza ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu TY :) mengisi masa lapang je ni

      Delete
  7. tak payah nak bazir duit tempah bagai..buat sendiri lagi jimat dan puas hati kan..akeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes dear :) kena berjimat sikit sekarang ni

      Delete
  8. Replies
    1. buat sendiri masa kahwin dulu :)

      Delete
  9. terasa macam nak kawin plak...hehehe..bunga yang nie, liza punya wedding aritu ker??

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes Azlan :) ni licha buat untuk kahwin

      Delete
  10. dear..wat sndri ke..kreatif nye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Ika :) yup. buat sendiri je semua ni

      Delete
  11. Cantik! Sweet je combination bunga+ warnanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Farrah :) licha suka pastel.

      Delete
  12. Replies
    1. bagus kan DIY fiza? . jimat banyak

      Delete
  13. hehe...baca tajuk entry awak ni teringat masa nak kawen dulu besengkang mata siapkan sendiri bunga dulang & bunga pahar..tapi saya buat bunga dip..memang renyah tapi hasil memang sgt puas ati..yela..nak beli mahal bunga dip nih..so buat sendiri la..huhu..

    neway cantik bunga awak tu.. (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu Mummy hana :)
      hah yelah kan, buat sendiri lebih puas hati, lagipun kita dapat citarasa sendiri. kalau nak orang buatkan nanti ada je tak kena.
      sebab licha ni sangat cerewet.

      tenkiu singgah sini :) :)

      Delete
  14. terimakasih atas sharing ilmu dan pengetahuannya . semoga selalu menjadi manfaat bagi semuanya. salam sukses selalu . amin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...