DIY : Cara Buat Bunga Comel dengan Felt


cara membuat bunga hiasan felt sangat lah senang, its not a rocket science. 
Bahan yang digunakan pun tak banyak, iaitu - kain felt, hotgun (pistol gam)/ UHU dan gunting. 

Jadi mari mulakan dengan contoh pertama. 

Bunga Felt 
 
Tekap atau lukis bentuk bulat dengan menggunakan pen diatas kain felt. 
diameter yang dicadangkan ialah 1 inci, semakin besar diameter semakin besar bentuk bunga hiasan itu nanti. Jadi kena pandai agak nak besar mana. 

Ambil sekeping felt tadi dan bentuk kan menjadi bucu 3 segi. (Seperti didalam gambar) letakkan gam di bahagian tengah supaya melekat. 

Kemudian ambil sekeping kain felt bentuk bulat tadi dan tampalkan felt yang telah dibentuk segi tiga. 
Susun dan lapiskan mengikut kreativiti korang. 

Dah siap. 

Kalau korang ada idea kretif boleh jugak dijadikan kerongsang. Caranya letakkan pin dibelakang dan gamkan dengan hot glue gun. 

******************************************

Kalau minat nak buat bunga dengan menggunaka felt aku ada cara yang mudah dan cepat. 

bahan yang diperlukan ialah kain felt, jarum dan benang untuk menjahit.

contoh kedua ini memerlukan sedikit masa sebab korang kena jahit kain felt untuk dijadikan bentuk kelopak bunga. 

bunga kemboja felt 
1. caranya ialah tekapkan contoh bentuk bunga kemboja diatas kain felt, kemudian potong mengikut bentuk bunga tersebut. 

2. Ambil jarum dan benang kemudian jahit belahan kelopak tersebut, mulakan dari hujung ke bahagian tengah kelopak bunga.

3. Jahit setiap kelopak dengan kemas macam dalam gambar. 

4. Hasilnya akan nampak macam dalam gambar.

ini adalah asas untuk buat bunga kemboja, boleh jugak kalau buat kelopak pelbagai saiz, kemudian lapis untuk membentuk bunga yang lebih sempurna dan cantik. Letakkan manik/mutiara di bahagian tengah kelopak bunga bagi mendapatkan hasil yang lebih cantik 


selamat mencuba. 
 

32 comments

  1. cantik, comel, creative and daebakk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamsamida .. (hihi. licha tak tau maksud pon).. anyongseyoo.. :)

      Delete
  2. Replies
    1. tenkiu Fidz :) boleh la cuba nnti kalau ada masa lapang

      Delete
  3. cantik laaa...katne nk cari kain felt ni ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kain felt boleh jumpa dekat kedai kraf, takpun kedai barang pengantin :)
      murah jugak la. orang yang buat bantal tu semua pakai felt la..
      boleh cuba sis

      Delete
  4. waaaaaa kreatifnyaa.. cantik pulak tuu.. hohoho

    ReplyDelete
  5. salam kenal dan join
    torascool(dot)blogspot(dot)com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu singgah blog licha!. u are awesome

      Delete
  6. kreatif dan chantek bunga itu...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu Lan.. eh, jemput datang kenduri licha ye

      Delete
  7. tq sharing.. saya suka saya suka

    ReplyDelete