Makan- Makan Nasi Ganja Ipoh

Kedai Nasi Kandar Yong Suan |  Ketika sampai di Ipoh perkara pertama yang dilakukan ialah misi mencari makanan tengah hari.  Memandangkan Ipoh sangat terkenal dengan Nasi Ganja, jadi kami telah membuat keputusan untuk makan tengah hari di Kedai Nasi Kandar Yong Suan.



Adalah menjadi satu kewajipan untuk mencuba Nasi Ganja sekiranya berkunjung ke bandar Ipoh. Nasi Ganja sebenarnya ialah Nasi Kandar tetapi diberi gelaran Nasi Ganja kerana kesedapan dan kebolehan untuk membuatkan orang ketagih.
Sumber : Google 
Nasi Kandar Yong Suan (Nasi Ganja)
Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh, Perak.

Untuk pengetahuan restoran ini tidak mempunyai cawangan di mana-mana tempat selain Ipoh dan hanya beroperasi dari 1 kedai sahaja. 
Kedai Yong Suan Coffee Shop jual Nasi Ganja?.   
Sebenarnya pemilik kedai ialah orang Cina tetapi yang menjual Nasi Ganja ialah India Muslim jadi tak perlu risau.  Nasi Ganja dijamin Halal walaupun nama gelarannya yang agak kontroversi. Pekerja pula kebanyakannya Melayu.  Kedai ini memang menepati konsep 1 Malaysia.  Pelanggan juga terdiri dari pelbagai kaum dan umur.    


Walaupun hanya menjual nasi Kandar, kedai ini sentiasa penuh dengan pelanggan sehinggakan terpaksa beratur panjang terutamanya ketika waktu puncak.  Bagi mereka yang berkunjung untuk kali pertama anda tak perlu risau kerana walaupun perlu beratur panjang tetapi servis mereka sangat cepat dan cekap.  Tak perlu beratur lama walaupun melihatkan baris yang panjang.


Dari segi menu, lauk yang ditawarkan ada pelbagai jenis dan pilihan.  Biasanya mereka akan meletakkan seketul ayam, telur masin, kacang bendi, sambal, timun dan campuran beberapa jenis kuah kari.  Anda juga boleh memilih untuk menambah lauk kegemaran antaranya ikan, sotong, hati ayam dan sebagainya 

Pilihan lauk di Kedai Nasi Ganja.

Secara keseluruhan walaupun kedai ini sentiasa penuh dengan pelanggan tetapi dengan kesedapan Nasi Ganja dan kecekapan servis oleh pekerja kedai yang membuatkan  pelanggan untuk berkunjung untuk kali kedua dan seterusnya.  Dari segi harga adalah dikategorikan agak berpatutan dan berbaloi.  Cuma perlu membayar RM5.50 untuk sepinggan Nasi Ganja di Ipoh.

Dah cuba ke belum Nasi Ganja?.

6 comments

  1. Salam icha. Lama x blog walking dekat sini. 😘

    Wah sedapnye nasi ganja tue. Hari tue ke Ipoh x sempat nk food hunting. Next time wajib try nie. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pergi tapi kena awal sikit. beratur panjang tu biasa :)

      Delete
  2. Nasi kandar memang sedap tapi kekadang portion size dia macam banyak. Memang kenyang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni portion dia cukup cukup sorang makan. :) harga pun murah je

      Delete