DIY | Bunga Hiasan Pelamin {Tema : Ungu + Putih}

DIY | Bunga Hiasan Pelamin / Hiasan Rumah
 [Tema : Ungu + Putih ]

Just how much I love being surrounded myself with flowers, I also love creating and arranging them. If I don't have anything else to do in this world i would rather become a florist. Alasannya mudah, sebab bunga boleh membuatkan seseorang yang sedang berduka menjadi gembira. Bunga juga dijadikan sebagai tanda cinta, bilangan kuntum juga membawa satu petanda.

Bagi mereka yang sukakan konsep DIY (do it yourself), bunga hiasan ini adalah sesuatu yang wajib untuk dicuba disamping dapat menjimatkan wang daripada menyewa bunga hiasan untuk pelamin. You can also add your own personal touch to your precious day. Lepas hari bahagia, boleh guna pulak untuk hias rumah. Lets create something beautiful, jom!.

Bahan- bahan yang diperlukan :
 1) Bunga Carnation warna putih
2) Pucuk Bunga warna putih
3) Bunga Hydrangea warna ungu
4) Pasu Bersaiz Kecil
5) Cutter / Pemotong
6) Gabus
Bunga Hydrangea
Pucuk Bunga
Bunga Carnation Pasu Bunga 

________________________________________

Ini adalah cara menggubah bunga hiasan yang paling asas dan mudah. Tak perlu menggunakan tapi hijau dan lidi untuk memanjangkan bunga apabila hendak dicucuk di dalam pasu sebab kita cuma  menggunakan pasu bersaiz kecil. Sila pastikan cutter yang digunakan tajam, dan potong di bahagian paling hujung jambangan.

Cara-cara membuat Bunga Hiasan Pelamin/ Hiasan Rumah

1. Potong setiap kelopak bunga dengan menggunakan cutter/pemotong dan letakkan di tepi.

2. Ukur saiz gabus dan potong mengikut bentuk pasu. Gabus yang dipotong hendaklah muat-muat dengan pasu tersebut supaya bunga terletak kukuh dan tidak senget atau tumbang.

3. Mulakan dengan mencucuk bunga carnation dibahagian tengah. Tandakan 5 point seperti bucu bintang supaya nampak lebih seimbang. Untuk bahagian tengah jambangan, biarkan bunga carnation lebih tinggi dari yang lain. Tujuanya supaya jambangan yang telah siap tidak nampak seperti penyek. (maaf tak ada gambar ketika sedang mencucuk) 

4. Kemudian, cucuk pula bunga hydrangea menggunakan kaedah yang sama diantara bunga carnation tersebut. Kalau perlu cucukkan bunga carnation dan hydrangea rapat-rapat supaya kelihatan cantik dan tidak berlopong. :)

5. Langkah terakhir ialah dengan mencucuk pucuk bunga berwarna putih. Pucuk bunga ini tidak perlu diletakkan banyak. Cukup sekadar memenuhi ruang yang ada. Ianya berfungsi sebagai hiasan tambahan.


Pandangan atas Bunga Hiasan Pelamin
Close up - Bunga Hiasan Pelamin

Selamat Mencuba. Sebarang persoalan boleh tanya kan di ruangan komen :)

Proton Iriz- Betul2 ONz

Proton IRIZ Betul2 ONz

Perasaan memandu kereta baru memang sangat mengujakan. It can be Exiciting, Awesome, Cool, Fantastic and so much more. Apatah lagi kalau kereta tersebut merupakan model keluaran baru dan masih ramai yang belum memandunya. Presenting to you the talk of the town -  the NEW Proton Iriz :)
https://www.betulbetulonz.com.my/
 Dari website je pun dah nampak aura stylo dan sporty, ternyata Proton Iriz memang mampu menepati cita rasa golongan anak muda. Bawa awek pergi dating, dekat traffic light mesti orang usha.. Perghh!.  Well i am a puan now, so doesnt matter which car I am in, nobody will turn their head.

Bagi sesiapa yang masih tercari-cari kereta baru untuk dibeli Proton Iriz boleh di jadikan pilihan. Harga bagi Proton Iriz bermula dari RM 42,438 hingga RM 62,888. Such an affordable price for a good car I have to say. There are many colors that you can choose from - Citrus Green, Genetic Silver, Fire Red, Silver Moondust, etc.
https://www.betulbetulonz.com.my/


Thank you Nuffnang for the CPUV this time.

 CPUV Proton PCC dari Nufnang



 No matter what car you drive, buckle up and be safe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...