DIY | Gubahan Bunga Untuk Hantaran

Bunga Hantaran 

Memandangkan aku seorang yang agak cerewet dan sukakan DIY masa tunang dan kahwin haritu semua hantaran aku buat sendiri. Terkial-kial jugaklah pada mulanya sebab tak tahu jenis dan konsep yang sesuai. Eventhough it was done last minute, Alhamdulillah it turned out very well. 

Ini adalah salah satu contoh bunga gubahan hantaran yang aku buat untuk dulang rantai tangan nikah dan duit mas kahwin.  Jenis bunga yang diperlukan ialah :
1. Bunga Pink (saiz kecil) |2. Bunga Lily (saiz besar) | 3. Bunga Ros (saiz sederhana)

Bahan lain yang diperlukan ialah : 
Pemotong dawai (untuk kerat bunga), Dawai Lilit Bunga, Gam Tape yang berwarna hijau , bakul / bekas untuk meletak bunga , Hot Glue Gun (optional)

Untuk pilihan bunga gunakan 3 jenis bunga yang berbeza manakala untuk warna seboleh-boleh nya hadkan kepada 2. Tema warna yang aku pilih ialah Pink + Putih. Terpulang kepada citarasa masing-masing  tapi apa sahaja warna yang digabung dengan putih tak pernah "go wrong" . Bagi peminat pastel, gabungan warna terang (solid) dan pastel juga sangat cantik. :) 

Cara untuk membuat bunga hantaran sangat lah mudah. Satukan ketiga-tiga jenis bunga tadi dan lilitkan dengan gam tape berwarna hijau. Tujuannya supaya bunga tadi membentuk jambangan kecil dan kemas. 
Boleh juga menggunakan hot glue gun atau pun dawai tapi hasilnya akan jadi comot (Aku guna dawai semasa buat hantaran tunang). Lessons learnt!. 
Boleh lihat didalam gambar, jambak bunga menggunakan gam tape berwarna hijau.
Kemas kan?

Jambak Pertama

 Jambak Kedua

 Bilangan jambak bergantung kepada saiz dulang/ bakul hantaran tersebut. Sekiranya perlu, buat lagi 1 jambak kecil menggunakan bunga kecil dan bunga sederhana. Langkah terakhir ialah satukan kesemua jambak tersebut dan letakkan di dalam bakul / dulang hantaran. 

Tadaaa... 
Gambar diatas ialah hasil bagi bunga hantaran yang telah siap.


Selamat Ber-DIY. dan Selamat Pengantin Baru Semua 

Petua Menghilangkan Parut

Aku ada satu petua yang bagus untuk menghilangkan parut. Begini ceritanya, sehari sebelum majlis pernikahan aku jatuh tersembam ke lantai dan mengalami hentakan yang agak kuat sebab aku tak sempat tahan dengan tangan, akibatnya rahang aku lari (misaligned jaw) dan luka yang agak dalam di bahagian dagu yang kini meninggalkan parut. :( 

Jadi makcik aku telah kongsi satu petua yang agak mujarab dan paling penting berkesan!.  Dengan hanya menggunakan bahan semulajadi yang terdapat dibelakang rumah, ianya sungguh menjimatkan poket dan mudah. Jadi bahan-bahan yang diperlukan ialah seperti di dalam gambar dibawah: 

 1. Kunyit hidup
2. Daun pisang
3. Garam 

Caranya ialah mula-mula tumbuk kuyit hidup sehingga lumat (macam tumbuk sambal) , kemudian letak sedikit garam. Selepas itu bungkus sebatian di dalam daun pisang. 

Langkah terakhir ialah dengan memanggang bungkusan kunyit (letakkan diatas sudu) dan diletakaan diatas api dapur. Pastikan api kecil jangan sampai hangus. Tujuan kita ialah cuma untuk memanaskan sebatian tersebut.

Biarkan sehingga suam, kemudian letakkan dibahagian berparut. 

Ulang langkah tersebut setiap hari. InysaAllah parut yang baru akan cepat hilang. 
Kalau parut lama ambil masa sikit lah. :)

Selamat Menghilangkan Parut ye Semua. 




p/s: Sebarang pertanyaan boleh tanya diruang komen ok.

Tanda-tanda Hidup Tak Berkat


Kaf-Ba-Ra-Kaf-Ta-Nun. Keberkatan. 

hah, Topik yang agak berat bagi aku dan sejujurnya kalau berpandukan satu perkataan ini nak tulis karangan untuk SPM memang aku akan termenung panjang.
Sebab yang aku tau cuma-- Kalau kerja makan gaji buta atau banyak ponteng lepak pantry lelama nanti duit gaji yang kita dapat tak tu berkat. Itu sebab kalau gaji besar pun masih rasa tak cukup. Itu apa aku paham selama ini.  and honestly to elaborate it further I have no clue. 


Beberapa tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:


1. Duit banyak, tapi cepat habis.



Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup, tak pernah cukup. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja tapi tak siap.

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu yang tak dapat munafa'at.

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat diri orang pandai, tapi diri sendiri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.


________________________________
Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas? Sama-samalah kita bermuhasabah diri. 

Jadi sesiapa yang pandai mintak tolong sikit tunjuk jalan yang lurus di bahagian komen. 


p:s (senarai tanda-tanda hidup tak berkat aku copy paste dari post FB kawan aku, harap maklum)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...